Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 November 2010

Sebatan Syariah

Jom kita kongsi pengalaman dari seseorang yang menyaksikan sendiri apa yang diceritakan di bawah ini. Saya telah meminta izin dari beliau untuk saya kongsi pengalaman beliau yang dicatatkan dalam blognya dengan kawan2 blogger semua.



"Banyak kali dah,cubaan untuk hadir melihat sendiri sebatan kepada pesalah jenayah syariah khususnya kesalahan minum arak telah terhalang. Selalunya ada je halangan seperti tugas ditenpat lain , sebatan tak jadi ataupun hukuman dsebat ditukar kepada hukuman lain.Hari ini,bersama hakim yang menjatuhkan hukuman,kami menyaksikan sendiri hukuman dijalankan di Penjara Penur.

Sekitar jam 9.45 pagi, kami sampai dan terus dibawa ke bilik Pengarah Penjara (Tn Abu), sedikit perkenalan dan menulis buku lawatan, 10 minit kemudian terus di bawa ke tempat sebatan,semua pelawat dikehendaki menyerahkan apa jua(termasuk beg duit, HP, dan lain-lain ditempat simpanan selamat penjara.Setelah proses tersebut kami terus masuk(bilik khas sebatan) dan duduk serta di beri taklimat ringkas. Di sana beberapa pegawai bertugas telah bersiap sedia,seorang Dr perubatan juga ada,dan telah memeriksa kesihatan pesakit dan pesalah disahkan sihat untuk jalani hukuman,kelihatan juga tukang sebat dengan lenggangan rotan tersarung kain warna hitam

Tepat jam 10 pagi, pegawai penjara melaporkan kepada Pengarah dan mohon keizinan untuk memulakan hukuman. Pesalah telah dibawa kehadapan,ditanya butiran ringkas data-data peribadi, setelah itu pesalah dibawa ke tempat sebat(tanpa diikat), berpakaian lengkap penjara, tangan dipegang oleh pegawai bertugas(takut dia guna untuk menahan sebatan),dan pandangan kepada penyebat dihalang.Badan dibongkokkan sedikit. Pegawai penjara memulakan arahan dengan menyebut jumlah sebatan(6 kali sebatan),dan hayunan dimulakan dengan hayunan yang ringan,tanpa melepasi bahu,serta sebatan dikenakan dibelakang pesalah 6 kali berturut,adalah sikit bunyi syuut ,sebatan syariah sememangnya jauh lebih ringan dari sebatan jenayah sivil. Pesalah kemudian sekali lagi diperiksa oleh Dr, kemudian dibebaskan.Kelihatan 6 rotan begitu ringan sekali hukumannya,malah lebih ringan dari `public caning` dek Guru Besor masa bebudak dulu hehehe

Kemudianya,tukang sebat dipanggil ke meja tetamu,dan kami meneliti sendiri rotan yang digunakan,hanya sebesar rotan yang dipakai oleh Tok Guru Ngaji Quran masa kecik dulu. Lebih kecil dari kelingking hehehehe. Rotannya licin (walaupun ada ruas) dan hujungnya di ikat rapat supaya tak pecah..simple je.. Kemudian kami beredar ke Kantin untuk makan minum..Tq Pihak Penjara, Pendakwaan JAIP.

Patutlah Allah dan Rasulnya menetapkan hukuman antara 40 sebatan ke 100 kali sebat,bukan sesekali mendera tapi untuk mendidik. dan merasakan sedikit kesakitan untuk pengajaran diri pesalah.Mudahan hukuman yang tidak setimpal ini pun, mufdahan menjadi detik pengajaran untuk berubah kepada pesalah tersebut. Aku mencadangkan pada penjara supaya pakaian yang dipakai oleh pesalah semasa sebatan di nipiskan lagi heheheheh. Penjara juga telah menyediakan penyebat wanita disemua penjara di Malaysia,dan hukuman akan datang aku cadangkan dibuat didewan besar atau Penjabat Mahkamah ini..pihak Penjara bersedia melakukan dimana saja arahan mahkamah untuk menyebat pesalah.

Tempat sebatan Sivil(pesalah diikat)-kena ikatlah kalau tidak lari berganti-ganti mamat tu



Cara Sebatan Sivil





So lihatlah perbezaannya..............makanya dimana justifikasi bantahan oleh NGOS. terhadap sebatan syariah(maaf tiada gambar-) melainkan hanya berdasarkan andaian, kejahilan dan rasa benci pada syariah itu sendiri. Itulah gambaranya sekadar untuk berkongsi dan mengembangkan fakta dan kenyataan bahawa sebatan syariah bukanlah seperti yang difikirkan oleh segelintir orang kat Malaysia ni.WA

*gambar-gambar ini diambil dari www.corpun.com.

10 ulasan:

WaK JeNg berkata...

Asalammualaikum Kunang-kunang..
Kabare??
Selamat Hari raya aidil adha.. Mohon share artikel ini di blog Wak yea..

wakjeng.blogspot.com

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wakm

Lamanya kita tak saling singgah menyinggah.

Silakan wak, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga sihat dan diredhai Allah.

Apa nak dikatakan di sini ialah cara sebatan sivil itu sebenarnya ingin menjustifikasikan bahawa undang-undang penjajah lebih baik daripada yang ditetapkan oleh Allah SWT.

white rose berkata...

salam kak ani...

kak ani sehat ke?

Salam Aidil Adha ya buat akak sekeluarga...

sy dah tengok vidoe seorang pesalah dikenakan sebatan sebanyak 20 kali...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak juga berada dalam keadaan yang sihat.

Kak, apa boleh hidup dalam negara yang tidak mengutamakan hukum dan undang-undang islam. Inilah yang terpaksa kita telan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Macam mana sambut aidiladha meriah ker.

Akak di sini, adik beradik yang sama-sama di sini adalah datang menziarah dan akak juga kerumah mereka. Sebenarnya bagi kami orang Pantai Timur ni hari raya korban kami juga sling menziarah.

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah kak..minda kiter telah dipesongkan oleh NGOS anti Islam yang berhaluan kiri tue huhuhuhu

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..bila kita dengar je kena rotan apa yg terbayang ialah seperti yg kita lihat dipertontonkan oleh pihak penjara dgn gambar2 yg menggerunkan..dengan tulisan Nim ni barulah kakyam tahu yg merotan ikut syariah adalah terlalu lembut dengan tujuan mengajar agar menginsafkan yg kena rotan n pengajaran kpd yg lain..

Miecyber berkata...

Aduss...bisanyer kalau kena rotan tu...

syahbandar87 berkata...

islam lah kebenaran yang paling adil dan tepat.orng yg tiada ilmu agama shja yg berpendpt undang2 manusia adalah yg terbaik..sesungguh diakhrt kelak mereka adalah golongan yg rugi