Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 3 November 2010

Bencana Letusan Gunung Merapi dan Tsunami




Gunung Merapi


YOGYAKARTA: Indonesia pada masa ini bukan saja memantau Merapi yang memuntahkan gas dan debu panas semalam tetapi juga 21 gunung berapi lain yang menunjukkan tanda-tanda semakin aktif termasuk Galunggung, Dempo, Sinabung dan Anak Krakatau.

Letusan baru itu dilaporkan ketika Indonesia turut bertungkus lumus menangani kesan tsunami dengan dua bencana itu mengorbankan hampir 500 penduduk menyebabkan tentera turut membantu.

Merapi adalah antara 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Letusannya menyebabkan 38 kematian sejak seminggu lalu. Lebih 69,000 penduduk sudah dipindahkan daripada kaki gunung itu yang kini diselaputi debu.

Penduduk yang berada di khemah perlindungan sementara beberapa kilometer jauhnya turut lari mencari tempat lebih selamat selepas Merapi meletus lagi diikuti letupan kuat, kata Subrandrio, pegawai pemantau Merapi.

Gunung itu banyak kali meletus sejak dua abad lalu. Pada 1994, 60 orang maut manakala 1,300 terbunuh dalam letusan pada 1930 yang memusnahkan lebih 24 kampung.

Kerajaan juga meningkatkan tahap berjaga-jaga membabitkan 21 gunung berapi lain yang menunjukkan peningkatan aktiviti termasuk gegaran dan muntahan debu hitam sejak dua bulan lalu, kata pakar gunung berapi, Syamsul Rizal.

Seorang lagi pegawai, Gede Swantika berkata adalah biasa tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi ditetapkan lima hingga 10 kerana sesebuah gunung berapi itu mungkin meletus dalam tempoh dua minggu.

Katanya, pegawai yang memantau aktiviti gunung berapi mengesan lebih banyak tempat menunjukkan aktivisi seismik lebih tinggi.

“Kita akui ini suatu yang luar biasa kerana membabitkan lebih 20 gunung berapi pada satu masa. Kami perlu terus memantau tetapi saya tidak boleh kata atau ramal mana satu akan meletus. Kami hanya dapat kesan coraknya,” katanya lagi.

BANTUAN TERSADAI DIPELABUHAN

Di PADANG, pihak berkuasa menafikan laporan bahawa bantuan tersadai di Pelabuhan menyebabkan mangsa tsunami yang terselamat terpaksa mencari tumbuhan liar selepas bencana alam yang membunuh eratus-ratus orang.

Ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata bahawa negaranya menerima bantuan asing untuk pembinaan semula kampung yang terjejas, ada laporan menuduh kerajaan merancang untuk menempatkan semula penduduk jauh dari kawasan pantai.

Mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami setinggi tiga meter di Pulau Mentawai, barat Sumatera mengadu bahawa bantuan terlalu perlahan tiba kepada mereka manakala pekerja bantuan berkata koordinasi adalah terlalu lemah.

Tsunami berikutan gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter itu meranapkan kira-kira 10 kampung, memusnahkan sekolah, masjid dan rumah tradisional di kawasan pedalaman dan pantai yang popular di kalangan peluncur asing.

“Penangguhan disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi sekarang kami sudah tiba ke kawasan terjejas dan bantuan dihantar walaupun ia gak terbatas,” katanya.












Gambar keadaan Selepas Letupan Gunung Merapi



Mbah Maridjan penjaga kunci Gunung Merapi
ditemui mati dalam bersujud mengadap kiblat



Mbah Maridjan penjaga kunci Gunung Merapi
semasa hidupnya

18 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

Ya Allah..sungguh besar ciptaan-Mu..Bersyukur negara kita terletak di luar Lingkaran Api Pasifik

piewahid berkata...

salam kak,
moga sihat dan bahagia selalu.

siapa pun mereka dan di mana saja mereka berada, selagi atas nama sesama insan (apatah lagi seagama) kita berkewajiban membantu setakat yang terdaya.

tiap yg blaku ada pengajaran bagi yang mahu berfikir.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Semoga mereka yang terkena musibah ini tabah. Tak dapat nak bayangkan jika terkena pada diri sendiri.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani,

Semoga mereka yang terkena musibah ini menghadapi nya dengan kesabara n dan ketabahan.

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..takut kakyam bila mengingatkan perkara2 beegini..syukur kita tak mengalaminya.diharap mereka tabah..

white rose berkata...

salam kak ani...
YA ALLAH, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...

kesian tengok mereka nih...

Miecyber berkata...

Sebenarnya penjaga kunci Gunung Merapi ialah Allah dan bukannya Mbah Maridjan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan kasihNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Akak Alhamdulillah buat masa ini.

Simpati pada mereka yang terlibat. Tak ada apa yang dapat kita lakukan selain mendoakan yang terbaik untuk yang terlibat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Banyak pengajaran yang dapat kita ambik dari kejadian ini untuk kita jadikan iktibar dalam menjalani hidup.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Kita hanya memandang, mereka yang mnanggung dan merasa, semoga Allah lindungi mereka semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Syukur sangat kita, tidaklah diuji Allah dengan sesuatu yang amat berat seperti ini.

Semoga kita sentiasa ingat kepadaNYA.
Semoga mereka yang terlibat tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Allah maha berkuasa, jadi kataNYA, maka terjadilah apa yang dikehendaki terjadi.

Semoga kita semua sentiasa dijauhkan musibah dan ujian begini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Adakah 'Penjaga Kunci Gunung Merapi' tu sebagaimana yang ada dalam fikiran Mie.

Akak tak pasti, selama ni yang ada difikiran akak ialah maksudnya 'Penjaga Kunci Gunung Merapi'ialah berkaitan kegiatan di gunung berkenaan bukan sebagai lebih dari itu.

Stuju dengan Mie. Semua makhluk dan apa saja di alamraya ini adalah dibawah jagaan Allah.

fzi berkata...

Salam kak ani....
Sayu terhadap apa berlaku di tanah seberang...moga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah... aminn

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak :)

Semoga yang menerima musibah ini bersabar menghadapi dugaaan ini. Bagi yang terkecuali ambillah iktibar atas apa yang berlaku.

Segala yang berlaku itu terkandung hikmah di sebaliknya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Fzi,

Semoga kita semua dilindungiNYA dari ujian yang segetir ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusslam Ros,

Sekelip mata Allah boleh mengubah dan meniadakan sesuatu yang ada.

Dia Maha Berkuasa atas segalanya.