Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 November 2010

Lusa Aildiladha



Get more Aidil Adha: Click here



Assalamualaikum rakan-rakan semua. Lamanya saya tak kembali ke sini. Memandangkan Aidiladha makin hampir saya jengok rumah ni dan singgah sekejap di rumah-rumah rakan-rakan serta blogger lain untuk membaca berita dan cerita dari kawan-kawan semua.

Sekarang ni, sahabat handai kita, saudara mara kita sedang wukuf di Arafah. Oleh itu marilah kita meriahkan suasana Aidiladha dengan takbir dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan kejayaan kepada umat Islam menunaikan ibadah haji serta mengimbas kembali detik-detik pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya Nabi Ismail ketika diberi dugaan yang sangat berat dari Allah SWT lalu kita muhasabahkannya ke dalam diri kita.

Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha untuk semua rakan blogger. Semoga Aidiladha kali ini dapat meningkatkan lagi cahaya keimanan kita seterusnya mendapat keberkatan/kemulian dari Allah dunia dan akhirat. Amin.

12 ulasan:

Abd Razak berkata...

aSSalamUlaikum Kak Ani...

Semoga kakak sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang~Nya...

Selamat Hari Raya Eidul Adha..

Mohon maaf atas segala silap dan salah..

sahromnasrudin berkata...

salam ziarah..salam eiduladha 1431H untuk kak juga ya

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga sihat dalam redha Allah SWT.

Selamat Menyambut 'Idul Adha dan semoga kita dapat meraih keberkatannya. Allahumma Amiin

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..selamat beraya korban..balik mana raya ni..

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely sis Ani:)

Selamt Hari raya Aidil Adha..
Semoga akak dilimpahi keberkatan dariNya dan kebahagiaan disamping family tersayang:)

Moga akak sihat2 di sana:)

putrylady berkata...

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KAK HANIM.
SEMOGA IBADAH QURBAN UMAT ISLAM TAHUN INI DITERIMA ALLAH S.W.T...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah akak sihat. Semoga Abd Razak juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Sama-samalah kita merayakan aidiladha tahun ini

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya berada dalam keadaan sihat. Diharap kak pun begitu juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Tahun ni raya di Shah Alam saja. Rasa tak larat nak balik ke Terengganu. Sakinah pun cuti sehari jer dah kena balik belajar, kesian pulak nak tinggal dia kat rumah.

Semoga kak Yam sihat di hari raya aidiladha ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga sis tinie sekeluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Selamat menyambut Aidiladha yer Sis.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lady,

Terima kasih sudi jengok blog kak hanim ni.

Semoga Lady sekeluarga sihat sentiasa.