Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 9 Oktober 2010

Pantai Yang Terhakis



Semalam berakhirlah sudah bulan syawal untuk tahun 1431 ini. Datanglah pula bulan Dzulkaedah. Di sepanjang bulan Syawal ini selain menghadiri jamuan raya tak kurang juga jemputan kenduri doa selamat yang diadakan oleh saudara mara dan kawan-kawan yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah menunai Fardhu Haji.

Alhamdulillah tumpang syukur dan gembira pada yang mendapat jemputan menjadi tetamu Allah, pada yang belum tu, janganlah sedih, InsyaAllah mungkin tahun depan pula dijemput Allah untuk menjadi tetamuNYA.

Begitulah juga saya, dalam keadaan yang masih belum sihat betul, saya balik lagi ke Dungun minggu lepas untuk bertemu dan menghadiri kenduri adik ipar yang akan berangkat ke Mekah.

Seperti biasa setiap kali saya ke sana, saya akan meluangkan masa untuk berkereta di sepanjang pantai Teluk Lipat. Pantai tempat saya bermain semasa masih kanak-kanak. Betapa di Pantai ini kami akan manda mandi dan memungut ikan bila ada nelayan memukat ikan di persisiran pantai. Kalau tak silap saya dia orang panggil 'pukat tarik'.

Sekarang keadaan pantai ini dah berubah. Walaupun begitu masih ada sisa-sisa keindahan pemandangannya di Pantai itu. Namun banyak kawasannya yang telah roboh dan terhakis oleh laut.






Masih jadi tempat berehat dan memancing


Pantai ini masih dikunjungi ramai. Berdekatan pantai telah didirikan gerai-gerai makanan oleh Kerajaan Tempatan. Terdapat juga 2 buah hotel yang agak cantik didirikan. Kelihatan juga beberapa buah 'home stay' yang didirikan oleh penduduk tempatan. Kiranya tempat ni sudah menjadi sumber rezeki pada penduduk berdekatan.

Diperhujungan Pantai ini iaitu di Tanjung Sura terletaknya UiTM cawangan Terengganu.

Saya perhatikan di sepanjang Pantai dibina tembok-tembok batu sebagai benteng untuk menghalang pantai ini terus terhakis boleh ombak terutama ketika musim tengkujuh. Di musim tengku biasanya air laut akan melempah hingga ke jalanraya di sepanjang pantai. Masa nilah nelayan pun tak dapat ke laut mencari rezeki.


Guni-guni Pasir juga diletakan berdekatan laut
untuk menghalang ombak dari terus ke tebing



Hanya pokok-pokok Ru yang tinggal meneguhkan tebing


Dulu di Pantai ini banyak terdapat pokok-pokok renek dan pokok-pokok pandan (pokok pandan yang seperti pokok mengkuang). Pokok-pokok ini akan mengeluarkan bunga berwarna unggu. Cantik sangat. Sekarang semuanya dah gondol. Hanya tinggal pokok-pokok Ru yang saya tak tahu sama ada tumbuh atau di tanam. Di Pantai ini juga sekarang tidak boleh manda mandi lagi sebab pantainya curam.

13 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Seronok nengokkan gambar pantai ni. Dah lama tak berpeluang mandi manda.

Ani dah baca ke tentang prolotheraphy di blog kak. Manalah tahu dapat membantu.

Kata Ani, ipar Ani di Batu Kurau, betul-betul pekannya ke? kampong kak di Sempeneh. Pernah ke sana ke?

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummussalam Kak Werdah,

Saya belum singgah lagi blog rakan-rakan sebab baru nmi onkan pc.

Di Batu Kurau tu besan saya. Tempat sebenar ialah di Anak Kurau. Kaki saya masih sembab, tu yang tak berani nak lama-lama duduk satu-satu tempat.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Moga kak ani sihat hendaknya..

Saya dah lama tak ke pantai, dah kurang minatnya nak mandi manda di laut...

Insan Marhaen berkata...

kemusnahan ini dilakukan oleh bukan lain makhlok melainkan manusia jua...

Melor berkata...

salam akak
bila cite pasal kg laman melor pun rindukan kg laman melor. pantai kat sana pun cantik2.

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, seronoknye bercanda di tepi pantai...

dah lama sy tak pegi pantai...

kak ani tak sehat lagi???
dah pergi klinik ke???

semoga kak ani cepat2 sembuh ya...

Werdah berkata...

Salam Ani.

Jadinya selalulah ke Anak Kurau ya. Kak dah lama tak ke sana, ada anak sepupu tinggal di sana, disebabkan lama tak pergi, akahir pergi ketika bersekolah rendah, jadi dah tak ingat kedaan di sana.

Ok sekarang ni tentang Pusratu pula. Pusratu tu lain dengan rawatan prolotheraphy ni, Pusaratu ada di Sungai Buloh, di Keramat dan satu lagi kak dah tak ingat. Rawatannya menggunakn urut siku, kak dengar dalam rancangan di IKIM.FM dah lama dah.

Mulanya bercadang juga nak pergi tapi bila telefon dijawab bahawa kaedahnya dengan urut, tak jadilah kak pergi.

Yang ini pula, Alamat kliniknya; (Kumpulan Klinik Keluarga dan surgeri), No 21 Jalan PJU6, Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya. No tel : 03 77271360.. kak dah buat tenujanji, insyaAllah pada khamis ni..nak tengok bagaimana rawatannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Kak Ani Alhamdulillah, adalah kurangnya.

Semenjak dewasa ni, Kak Ani ke pantai pun tak pernah mandi sebab rasanya tak selesa.

Ada orang kata, kalau orang lumpuh atau sakit2 sendi elok rendamkan anggota yang sakit tu dalam air laut ni. InsyaAlllah tulang akan jadi kuat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Akak rasa kemusnahan di Pantai ni kerana hakisan bukan kerana manusia. Ombak di sini bila musim tengkujuh (bulan November - Disember/Januari) tinggi dan ganas, setiap kali ombak yang nak ke tebing tu balik ke laut dia akan tarik sekali apa saja yang dilaluinya. Terutama tebing dan pasir.

Salahnya manusia, kerana lambat mengambil tindakan, mengapa dah parah baru nak bertindak. Tak peka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Melor,

Di Kelantan memang banyak pantai yang cantik2. Dulu-dulu pernah ke Pantai Sabak, cantik sungguh masa tu, sekarang tak taulah.

Ke PCB pun selalui tiap kali ke Kota Bharu.

Yerlah kita disini pantai terdekat Port Dickson, sekarang ada orang jumpa buaya pulak kat situ. Seram jugakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Alhamdulillah ada banyak perubahan dah kaki akak ni.

Sebenarnya ketika ke pantai tu tak turun pun dari kereta, snap gambar pun guna h/set saja.

Pantai di Terengganu berpasir. Tak larat nak jalan kalau orang ada masaalah kaki.

Semoga White Rose dan keluarga sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya tak tau Batu Kurau masa dulu tapi sekarang dah cantik.

Suka ke sana bila ada kenduri, lain sangat dari cara kita di bandar ni, semangat gotong royongnya masih kuat. Besan saya yang lelaki dah berusia 70 tapi masih kuat berbanding dengan hasben saya yang hambir 13 tahun beza dengan dia.

Besan yang perempuan berusia 60'an pun masih kuat, saya yang rasa malu nak banding dengan kesihatan dia.

IKRAB family berkata...

Salam kak Ani.
saya sempat ke sini bulan jun lalu.masa gi untuk ke kenduri kak Hana.Shbt saya, Ina bwk saya singgah ke pantai ni.Bila nak gatehring lagi ye kak.
p.c.