Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 10 Oktober 2010

Mertua vs Menantu



Sesekali bila kebetulan, saya layan juga tengok drama "Mertua vs Menantu" ni di TV3. Pelakun utamanya Era Fazira dan Aqasha.

Dari cerita yang sesekali saya tengok ni saya perhatikan banyak ditonjolkan mengenai si isteri (Nurul Ain, lakunan Era Fazira) yang membuat sesuatu tanpa berunding dulu dengan suaminya (Rosyam, lakonan Aqasha) apa lagi mendapat keizinannya. Dia selalu melakukan sesuatu yang difikirkan tidak perlu suaminya tahu. Akibatnya berakhir dengan pergaduhan suami isteri dan timbul syak wasangka dan fitnah.

Contohnya dalam episod terbaru yang menunjukkan Nurul Ain menjadi model kepada satu syarikat membuat pakaian, tanpa memberitahu suaminya. Malah ditunjukkan yang dia memang nak menyembunyikan perkara ini dari suaminya kononnya untuk 'surprise'kan suaminya bila gambar dia terpampang di papan iklan nanti. Akhirnya perkara ini diketahui juga oleh si suami dan terjadilah pergaduhan besar antara dia dan suami serta tuan punya syarikat jeans tu. Kejadian ni menjadikan si suami menyangka yang Tuan punya Syarikat jeans tu nak mengorat isterinya. Secara tak sedar telah menimbulkan fitnah.

Yang nak saya katakan ialah sikap begini tidak elok diamalkan oleh seorang isteri yang beragama islam. Isteri orang islam tidak boleh melaku sesuatu tanpa mendapat kebenaran dari suaminya. Takut ia menjadi fitnah dan salah sangka. Silap haribulan boleh merosakkan maruah suami.

Memandangkan suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak, jadi isteri hendaklah menjaga kehormatannya dan nama suami. Jika hendak keluar rumah pun mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu.

Rasulullah s.a.w ada bersabda "wanita-wanita yang menunaikan lima kali sholat (fardhu), berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan patuh kepada suaminya akan masuk syurga daripada pintu gerbang mana yang dia sukai"

Sebagai wanita islam kita hendaklah tahu bahawa antara segala manusia, sama ada ibubapanya, anak-anaknya, suaminyalah yang utama dan paling perlu ditaati (selagi dia tidak terkeluar dari syariat islam).

Dalam Alquran Surat An Nisa': Ayat 34, Allah berfirman "Lelaki-lelaki adalah pemimpin terhadap wanita-wanita kerana kelebihan yang mana Allah telah kurniakan ke atas sebahagian mereka terhadap yang lain dan kerana itu adalah disebabkan mereka membelanjakan harta benda mereka (untuk memelihara wanita)."

Ada juga beberapa hadis yang memberi penekanan betapa tingginya darjat suami dan betapa pula pentingnya si isteri mentaatinya. Antaranya Rasulullah ada bersabda "Wahai wanita, Lihatlah, sesungguhnya dia adalah Jannahmu atau Jahannammu"

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Caranya iaitu dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Adalah dipercayai suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Semoga dengan ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri boleh mengelakkan perceraian yang menjadi-jadi sekarang ini.

17 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Cerita fasal Prolotherapy lagi ni.

Benar sangat apa yang Ani katakan, tentang urut tu. Sebab itulah kak tak berani ke PUSRATU tu.

Prolotherapy ni sejenis injection, bukan urut.

Bab Mertua vs Menantu ni, dulu siri satu ada juga tengok sesekali, yang kedua ni rasanya baru sekali, itupun tak sampai habis.

Benar, kita isteri biar apapun suami kita, kita kena ambilkira pertimbangan mereka, jangan bila suami seperti Aqasha dalam cerita tu kita nak membelakanginya pula.

Namun suami jangan pula ambil kesempatan terhadap isteri yang baik. Ini kerana tanggungjawab untuk membahagiakan rumahtangga terletak kepada kedua-duanya.

ummu berkata...

Salam Kak Ani
"Semoga dengan ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri boleh mengelakkan perceraian yang menjadi-jadi sekarang ini. "
amin,,,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Sebenarnya saya pun macam tu juga, kalau kebetulan duduk di depan tv, saya tengoklah drama yang ditayangkan.

Saya memang tak berkenan dengan jalan cerita yang dibawa. Dibimbangi terikut-ikut oleh anak-anak gadis kita bila mereka kawin kelak.

Apa pun suami isteri kena saling bertolak ansur demi kebahagian keluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Itulah doa dan harapan kita semuakan.

Insan Marhaen berkata...

IM jarang tengok drama Melayu. Entah kenapa. banyaknya cerita orang kaya-kaya...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Memang betul, drama-drama sekarang cerita orang kaya2 saja.

Kayanya orang melayu sekarang?

si para para berkata...

realiti sebahagian masyarakat sekarang...

di manakah kita?

white rose berkata...

salam kak ani...
benarlah kata kak ani...

sy yg belum berkahwin, kena ambil tahu semua tentang tugas seorang isteri yang baik...

sy suka dengan sabda Rasulullah tu..."Rasulullah ada bersabda "Wahai wanita, Lihatlah, sesungguhnya dia adalah Jannahmu atau Jahannammu..."

sungguh mendalam maknanya...
terima kasih ya kak ani...

sahromnasrudin berkata...

salam..saya setuju dengan itu..kadang2 drama kita ini mengajar sesuatu mende yang tak baik untuk dilakukan..contohnya seperti qalesya..sewajarnya orang di belakang tabir ini kan memikirkan akan kesannya...

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Semoga kakak sihat hendaknya..

Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Pada saya walaupun ianya realiti dalam kehidupan kita, penulis atau sapa saja yang terlibat dengan sesuatu drama untuk memikirkan juga implikasi dari drama mereka.

Jangan sampai anak-anak remaja keliru antara kehendak islam dan kehidupan masyarakat kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Pada mereka yang berfikiran secara barat memang tidak berasa bersalah berkelakuan sperti dalam cerita ini.

Tetapi hakikatnya ia amat bertentangan dengan syariat islam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Akak juga setuju sesebuah drama kenalah mengambilkira syariat islam kita.

Seperti cerita "Di bawah Ketiak Isteri". Takut tengok, derhakanya isteri-isteri itu kepada suami. Seolah-olah mereka bukan isteri-isteri yang beragama islam. Suami pun seolah-olah tak tahu hak ia sebagai suami sanggup diperlembukan oleh isteri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah akak beransur sihat sekarang.

Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda:

"Seluruh dunia ini adalah manfaat yang sementara dan manfaat sementara yang terbaik ialah isteri yang solehah".

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..kakyam tak tenguk drama tu..lepas habis nurkasih dah tak suka tenguk drama2 melayu..bosan..
betul nim..kakyam hairan ada kawan2 muda2 masa kerja dulu beli barang sembunyi dari suami..kan tak berkat namanya tu..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Menyorok hutang dari suami ni bahaya yer yam, buatnya kita mati tak sempat nak bayar hutang tu macam mana.

Menanggunglah kita tak lepas di akhirat kalau orang itu tak halalkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Menyorok hutang dari suami ni bahaya yer yam, buatnya kita mati tak sempat nak bayar hutang tu macam mana.

Menanggunglah kita tak lepas di akhirat kalau orang itu tak halalkan.