Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 11 Oktober 2010

Kurma Dan Ibu Mengandung



Di dalam Al-Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah kurma semasa sedang mengandung iaitu dalam surat Maryam ayat 23 hingga ayat 26. Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Allah berfirman:

"Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata 'Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.' Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata 'Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawah mu. Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arah mu pasti pohon itu akan mengugurkan buah kurma yang masak kepada mu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu'."

Secara dasarnya buah kurma memang berkhasiat untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan vitamin B6, asid folik, kalium, zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperolehi dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah. Kerana itu buah kurma bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung.

Kajian sains menunjukkan semasa sedang dalam proses melahirkan anak, kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan, antaranya karbohidrat di samping kalium (potisum) bagi mengembalikan tenaga.

Menurut laporan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan buah kurma memang kaya dengan karbohidrat. Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk ke dalam sistem darah dengan segera.

Justeru itu, buah kurma sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan perintah Allah supaya Maryam memakan buah kurma semasa hampir melahirkan Nabi Isa sememangnya saintifik berdasar penemuan semasa.

22 ulasan:

ummu berkata...

Salam Kak Ani
kurma memang mempunyai khasiat yang banyak. ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu hamil dan lepas bersalin.
alhamdulillah dengan izinNya,kesihatan saya dan anak segera pulih.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Baru tadi dengar kat radio, buah kurma boleh mengatasi tension. Saya memang gemar buah kurma, biasanya makan 5 biji satu hari.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Segala makanan yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad s.aw. semuanya sumber makanan yang baik. Contoh madu.

Cuma kita saja yang tidak tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Akak sihat Alhamdulillah. Dan boleh hadir ke kelas-kelas semula walaupun pergerakan agak perlahan.

Kak ani juga suka dengan buah kurma ni. Begitu juga dengan kismis.

syahbandar87 berkata...

thanks 4 this info kak :)

Werdah berkata...

Salam Ani.

Dikatakan amalan minum jus kurma waktu sebelum sarapan memudahkan lawas,InsyaAllah.

Caranya hancurkan 7 biji jika kurma ajwa, 3 biji jika kurma yg lainnya dengan sudu dalam secawan air kosong.Kalau nak blendkan pun tak apa.

Kak dah cuba alhamdulillah. Cuma jika kencing manis kena perhatikan juga bacaan gulanya.

Dikatakan juga bahawa perkataan 'Kurma' terbentuk daripada kata akar Ka ra ma yang bermaksud baik, mulia, kelebihan dan seumpamanya. Jadi kurma ni bermanfaat kesemuanya yakni batangnya, pelepahnya, buahnya dan lain-lainnya. Allahua'lam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shah,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semasa di Mekah dahulu ada students kita disana beritahu, kurma ajwa dicampur susu diberi minum pada orang yang kena santau, InsyaAlllah akan keluar bisa2nya. Mungkin dibaca juga ayat-ayat alquran.

aby berkata...

salam k hanim,
zaman utk menjage makanan utk isteri mengandung dah tk lps, klu ade pun kene tunggu bile anak dah berkahwin ... utk bg tips kt dia.

mcm mane klu kite amalkan makan kurma setiap tk payah tunggu ramadan,

rase tk perubahan nye ..

luahfikiran berkata...

SALAM,
KURMA MEMANG BANYAK KHASIATNYA. BUKAN SETAKAT MASA NAK BERBUKA PUASA SAHAJA ! TERIMA KASIH ATAS INFO

en_me berkata...

ghiteww kanns..

IKRAB family berkata...

salam kak Ani, tq share info yg amat bermanfaat ni.
skg ni kurma dah dtg dlm mcm2 bentuk dan rupa kan ada celup coklat...ada yg ada badam dlmnya.
yg original lagi berkhasiat ye tak.
p.c.

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..apa khabar..dah sihat ke..
kurma yg tak berapa masak sedap min..rasa pahit2 kelat..diKB susah nak cari..bulan puasa dulu adik ipar bawa dari KL..sangat sedap..katanya sangat bagus untuk orang kencing manis..

Insan Marhaen berkata...

kita cuma berkurma bila ramadhan. habis ramadhan, kurma hanya kenangan...

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Zaman nabi saw. kalau tak ada makanan lain, kurma sebiji sudah memadai untuk menahan lapar dahaga.

Satu info baru bagi saya, ia baik bagi ibu mengandung. Tak pernah mengamalkannya. Mungkin kalau ada 'rezeki' lagi selepas ini, boleh mencubanya.

TQ

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Itulah kan dulu mungkin orang2 tua kita tak tahu khasiat buah kurma jadi tidak diberitahu kepada kita (ini kak anilah kan). Kita cuma tahu buah kurma dimakan pada bulan puasa kerana Rasulullah berbuat demikian.

Sekarang kita dah tahu rupanya kurma ini khasiatnya lebih daripada itu.

Yerlah wak, mana yang baik tu kita beritahu pada anak-anak kita kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Alhamdulillah, banyak dah rasa perubahan pada kesihatan saya ni. Sebenarnya disamping makan ubat doktor saya juga minta air penawar pada ustaz.

Kurma muda ni mungkin boleh dapat dekat2 nak Ramadhan saja. Saya pun jarang nampak.

Saya ingin dulu semasa melawat masjid terapung dekat laut merah di Jeddah ada perempuan2 indon menjual putik2 kurma. Harganya agak mahal tapi katanya khasiatnya sangat bagus untuk wanita.

Kiranya dia berkhasiat di setiap peringkat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato',

Itulah sedikit yang dapat dikongsi bersama dan bersyukur sekiranya ia dapat memberi manfaat pada rakan2.

Kunang-Kunang berkata...

Salam en_me

Terima kasih sudi singgah sini lagi.

Semoga en_me sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Mungkin kita diberikan penerangan yang salah mengenai pemakanan dan masa bila buah kurma boleh di makan. He he.

Ini mungkin sebab masa kita kecik2 atau muda2 dulu buah kurma hanya senang didapati bila hampir bulan puasa sedangkan sekarang ni kita boleh bila2 masa saja dengan kurma yang berkualiti tinggi.

Dulu kalau kita makan buah kurma kita rasa macam kita makan halwa kerana terlalu manis. Sekarang ni macam2 jenis boleh kita beli di sini saja tak payah tunggu orang balik dari Mekah cuma harganya saja yang agak mahal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shima,

Semoga Shima sekeluarga sihat sejahtera selepas raya ni.

Kak ani ada pengalaman tentang buah kurma ni. Ini terjadi kepada cucu no 3 kak ani (anak Dzulkarnain) bila dia tak nak susu botol (bila mak dia dah mula bekerja), dibuat bubur pun dia tak nak.

Nak jadikan cerita, semasa nak masak bubur, menantu kak ani tak tahu nak masukkan apa di dalam bubur anaknya supaya dia nak makan, jadi bila di buka peti ais nak cari bahan yang boleh dimasukkan dalam bubur dia ternampa kurma ajwa yang kak ani beli agak banyak semasa menunaikan umrah tahun lepas, dia cuma campur kur ajwa tu dalam bubur.

Alhamdulillah semenjak tu, itulah campuran bubur cucu kak ani sehingga kurma tu habis. Cucu kak ani makan dengan berseleranya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu (Admin)

Terima kasih sudi singgah blog kak ani ni.

Pada kebiasaannya makanan yang disukai oleh Rasulullah mengandungi khasiat yang kita kurang pengetahuan mengenainya.

Alhamdulillah semakin maju ilmu sains semakin banyak terserlah tentang kebenaran Alquran dan sunnah nabi.