Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 18 Oktober 2010

Cameron Highland, Kami Datang Lagi




Pemandangan semasa naik ke CH


Abahnya mengalah dengan ajakan Sakinah untuk ke Cameron Highland konon untuk berehat kerana baru habis praktikal selama 3 bulan dan minggu depan akan sambung kuliah balik.

Fikir punya fikir, bagus juga kebetulan Salam pun sedang cuti semester lebih kurang 2 bulan. Jadi baguslah juga boleh cuti bersama. Saya pun booking hotel. Tapi perkara sebaliknya berlaku bila Salam ada hal tak dapat ikut sekali. Mahu tak mahu kami pun ke Cameron Highland 3 beranak saja. Kami ke sana pada hari Khamis dan kembali ke sini pada hari Sabtu.

Sebelum ke sana saya dah berjanji dengan Sakinah di CH nanti saya tak nak ke mana-mana. Maksudnya ke Rose Garden ker, Cactus Garden ker atau apa-apa garden pun sebab almaklum kaki ni nak pakai lama. Dia setuju, lagipun setiap kali ke sini asyik ker tempat tu jer perginya.




Rumah-rumah orang asli di sepanjang jalan ke CH



Mungkin budak-budak orang asli
bermain berhampiran jalan, siap buat peace lagi
bila saya ambik gambar mereka



Inilah antara 2 orang budak dalam gambar
di atas, saya suka tengok budak 2 orang ni, Seronoknya mereka


Tahun lepas ketika kami dan adik-adik seramai 7 keluarga dari Terengganu berombongan ke sini, saya masih berdaya merayap ke taman-taman ni dan juga ke Stesen MARDI untuk beli orkid dan bunga lili. Sebenarnya saya memang suka ke sini walaupun sekarang keadaannya tidaklah sesejuk dulu. Tapi kalau musim cuti sekolah, kalau boleh elak, baiklah elak dari datang ke sini sebab huu huu jem teruk.

Selain berehat di hotel, kami juga ke tempat-tempat yang tidak memerlukan kita berjalan sangat. Antaranya berkereta melihat pemandangan dan merasa nyamannya udara di sini. Kami akan berkereta hingga ke Kampong Raja.

Selain merayap di pasar malam dan gerai-gerai untuk beli barang-barang yang ada lambang CH sebagai tanda dan kenangan untuk cucu 3 orang tu yang dah kirim suruh beli macam-macam yang ada rupa/gambar strawberry, kami juga ke ladang strawberry kepunyaan orang melayu di Kampong Sedia.






petik sendiri buah strawberry yang dibeli



Kebetulan anggur pun ada ditanam di sini tapi untuk tengok jer



Salah satu orkid highland yang ditanam
di ladang ni untuk hiasan. Tak pasti orkid apa


Pada pagi Sabtu sebelum turun balik ke Shah Alam, saya beli juga sedikit sayur-sayuran dan limau madu (manis) di sana. Sakinah sebok nak beli ros. Jadi belilah juga sikit selain beli buanga ever lasting flowers (terkenang masa belajar dulu, kalau ada member ke CH bunga nilah dikirim untuk hias bilik asrama), nostalgia bunga tu.

24 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

salam..jelesnya tgk strawberri tue..mesti boleh dimakan begitu sahaja kan ( tapi kne la basuh dulu heheeh)lama saya tak kesana..ble nak pi ntah hahahah

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..best kan ke CH..tapi sebab pembangunan yg pesat dah tak sesejuk dulu2...

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

...saya belum ke CH,insyaAllah satu hari nanti :)

Werdah berkata...

Salam Ani.

Lama sungguh tak ke sana. Masa sakit ni baru sekali ke sana, itupun hanya lalu bahagian luarnya saja iaitu semasa dalam perjalanan balik dari Batu Kurau,turun juga beli sayur dan madu..

white rose berkata...

salam kak ani...
amboii...berjalan2 sambil cuci mata ye...

banyak kak ani soping nih...

bln 7 aritu sy baru je pegi CH...
bawak kanak2 ribena...

Insan Marhaen berkata...

IM tak boleh lupa pengalaman jem selama 8 jam ikut lebuhraya simpang pulai ke CH

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Saya pernah sekali ke sana, seronok bila beli strawberry ambik sendiri kat pokoknya..

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.

Para pemimpin kita dok canang cuti-cuti Malaysia, tapi depa pegi keluar negara.

Negara Malaysia penuh dengan keindahan dan kedamaian.
Lepas nie silalah datang bercuti ke Sarawak pula. Di sini pun tak kurang tempat yang indah dan unik untuk dilawati.

TQ

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Kata orang strawberry ini akan terasa masam bila tiba di bawah.

Betul ker

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Sekarang dah senang yer kak yam dari kelantan nak ke CH kerana dah ada jalan terus ke sini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Sekarang ni dari Terengganu boleh ke CH melalui Kelantan. Dah dekat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Erdah,

Saya pun suka beli sayur-sayuran di sini. Saya juga suka beli kelidek, manis. Saya rebus saja.

Tapi saya tak suka beli kobis sebab ada 'benda hidup' kak dalamnya. Geli.

Semoga akan sihat sejahtera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Berbeli belahlah juga untuk cucu2. Suka2. Untuk diri sendiri beli sayur saja.

piewahid berkata...

salam kak,
moga sentiasa dlm rahmat-Nya.

kami kalau ke CH selalu bawa bekal kiub tomyam dan dapur gas kecil. (yg gasnya mcm spray nyamuk tu...)

kami beli mcm2 sayur segar tu byk2, pastu campak2 je dlm periuk. jadilah tomyam sayur, makan panas2 dlm suhu sejuk tu. sedap...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Saya pernah kena juga jem semasa ke CH tahun lepas. Ketika turun ke Tapah melalui jalan ke Tapah tu, di atas bukit ketika menurun ada lori terlekat antara satu sama lain.

Satu lori nak naik, satu lori nak turun. Kami yang dah tiba ditengah perjalanan di bukit tu terpaksa pusing balik melalui jalan Simpang Pulai. Memang teruk dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Memang seronok di CH tu, udaranya nyaman. Akak suka menyusur jalan di Kampong Sedia yang penduduknya terdiri dari orang melayu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam A(P&P),

Mungkin mereka dah rata lawat Malaysia. he he jadi tak ada apa yang menarik lagi pada mereka di tempat kita ni.

Akak dah pernah ke Sarawak ketika hasben akan masih bekerja dulu. Bila dia ke sana untuk kerja, akak akan ikut. Tapi akak ikut setakat Kuching saja, kalau dia ke tempat lain tak ikut.

InsyaAllah ada masa dan rezeki lebih nak lagi ke sana.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Alhamdulillah gembira Pie dah sihat.

Sebenarnya kalau kita bawa rice cooker pun dan cukup. Akak kalau kebetulan sewa hotel apartment yang ada dapur pun tak gamak nak guna sebab tak tahu apa yang dimasak sebelum ni kan.

Jalan terbaik bawa periok sendiri.

Sekarang ni dah banyak tempat-tempat makan yang jual masakan panas (penjualnya mungkin orang Kelantan atau siam), harga tak banyak beza dengan harga kita di bawah ni. Rasanya pun boleh tahan sedap.

2010 Oktober 20 10:19

aby berkata...

salam k hanim,
mcm mane cuace kt CH tu ..
sejuk tk,
wak plak, sabtu 16 hb tu gi umah adik kt pahang sbb di wat kenduri nk gi haji. on the way balik wak naik genting,
bawak budak2 masuk taman thema kt hotel First World tu ..
apelagi .. kopak la poket ..

apepun harap k hanim sihat

Miecyber berkata...

Uwaa....nak pergi Cameron Highland gak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Untuk mengembirakan anak-anak kita sanggup buat apa sajakan.

Saya dah lama (semenjak anak-anak dah besar) tidak ke genting.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Pegilah Mie, sekarang bukannya jauh kalau dari Jerantut.

Semoga Mie sihat sejahtera dan gembira selalu.

ketikketok berkata...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.