Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 19 September 2010

Tak Macam Sekala Lagi



Susahkah Mefahami
Yang Seorang Ini
Keadaan Macam Tak Sekala Lagi
Kehendak Hayat Deras Terjadi
Berarus Laju Bersama Hari

Daya Lengoh Bila Berdiri
Melangkah Sederap
Ada Duri Dikaki
Sendu Hiba Berulit Hihati
Setianya Alam Pada Janji

Putaran Masa Menuntut Janji
Riang Dibibir, Diqalbu Sepi
Keadaan Tak Macam Sekala Lagi
Redha Dihati Takdir Menguji
Yang Tersurat Akan Terjadi

13 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga Kakak sihat hendaknya di sana..

Kakak tak sihat ker?

penjejak maya berkata...

salam,

di sebalik segala rasa yang bersarang di hati seharusnya kita menadah syukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya jua..

Pn Kartini berkata...

salam my dear kak Ani:)
Semoga ketenangan itu masih ada biarpun dilanda kegusarannya..
Semoga kebahagiaan dianugerahiNya utk akak sekeluarga..Amin:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Begitulah nampaknya perjalanan hidup. Hari ini kita sihat tiba-tiba kesihatan ditarik sedikit.

Sebagai manusia, bila sakit, dalam sabar dan sedar hati gusar juga takut yang terjadi lebih dari apa yang disangka.

Terima kasih doakan kak ani. Semoga Abd Razak juga dalam keadaan sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejak Maya

Tepat sekali sebagaimana saudara tuliskan.

Selalu mengajar diri menerima takdir dengan tabah dan tenang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga sihat dan gembira di hari raya ini.

Diri diuji sedikit, sesuatu yang tak jelas tapi berharap diri berdaya menerima ujian kali ini. Sudah putaran alam.

sahromnasrudin berkata...

tengok ungkapan setianya alam tue teringat kat setia alam..uma mak saya 5km je dr tesco setia alam tue huhuhh

Werdah berkata...

Salam Ani.

Kata orang langit tidak selalu cerah, apabila malam tiba siang menghilang, ada ketika kita rasa suka kemudian digantikan duka, itulah lumrah kehidupan.. semoga Ani dikurniakan kekuatan dan kesihatan.Amiin

white rose berkata...

salam kak ani...

ahai...kenapa ni?
ada masalah ke?

semoga kak ani dirahmati Allah...

IKRAB family berkata...

Salam kak Ani yg disayangi.
Moga dipermudahkan segala urusan ye kak.
Moga sihat dan ceri aselalu.Amiin.
p.c.

IKRAB family berkata...

Salam kak Ani yg disayangi.
Moga dipermudahkan segala urusan ye kak.
Moga sihat dan ceri aselalu.Amiin.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sahrom, Kak Werdah, White Rose dan Purple C.

Maaflah kak ani lama tak masuk ke blogsendiri kerana keadaan diri yang tak berapa mengizinkan.

Semoga kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sentiasa menyambut bulan raya ni.

mohdandmeriam berkata...

salam Nim..dah 4 kali masuk hari tapi tak dapat baca..tak tahu sebab..baru sekarang dapat.
kak yam ucapkan selamat hari raya buat.maaf kalau terkasar bahasa..
Kak yam doakan nim sekeluarga diberkati olehNya.