Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 1 September 2010

Malam Rahsia



Assalamualaikum pada semua yang sudi singgah di Blog saya ni. Selepas agak lama tidak mencatatkan apa-apa disini, akhirnya Alhamdulillah dapat juga saya kembali ke sini.

Dah 22 Ramadhan rupanya hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Akhirnya kita dah tiba pada 10 hari terakhir ramadhan. Semoga di 10 hari terakhir Ramadhan ini Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beribadat dengan lebih baik lagi.

Bila dah tiba 10 hari terakhir Ramadhan, mesti kita sangat-sangat mengharapkan dapat bertemu dengan malam Al-Qadr. Malam yang mana Allah telah sengaja merahsiakan dari pengetahuan kita. Ia dirahsiakan daripada kita sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya dengan terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat.

Allah berfirman dalam Surah Al Qadr (Ayat 1-5): “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar”


Surah Al-Qadr


Sama-samalah kita berusaha mencari reda Allah dengan meningkatkan pencarian pahala yang berlipatganda seperti yang Allah SWT janjikan. Di malam Al-Qadar ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Di malam itu juga ibadat seorang hamba Allah digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ke 3)

Allah juga akan memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat pada malam berkenaan seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan
pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan oleh Ibnu umar ra. bahawa Rasulullah saw juga bersabda:

"Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir."

Malam Al-Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Kesimpulannya memandangkan Malam Al-Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan sama-samalah kita mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya Allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

10 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

salam kak..semoga ramadhan yg bakal meninggalkan kita ini akan menyebabkan kita terus beramal serta konsisten mengerjakannya

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga kita dapat kekuatan menjalani amalan yang diredhaiNya dan semoga kita dijauhkan daripada api Neraka. Amin

luahfikiran berkata...

Salam,
Semoga kita bertemu malam 100 bulan ini, insyaAllah. Amin !

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Moga dengan kesungguhan, kita dipertemukan malam yang penuh berkat itu...amin

Pn Kartini berkata...

Salam my dear sis..Kak Ani:)

Moga diberikan kesihatan yang baik dan ceria2 selalu di sana:)

Terasa begitu cepat masa berlalu..
Kian hampir menuju penghujung Ramadhan...semoga diberikan kesempatan menemui satu malam yang penuh keberkatannya itu...InsyaAllah..:)

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sahrom,

Itulah doa kita semua semoga kita dipertemukan dengan malam yang bersamaan dengan 83 tahun itu. Semoga kita istiqamah dalam beribadat walaupun dah berakhir ramadhan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah.

Itulah harapan kita semua, didoakan setiap masa semoga kita dijauhkan dari siksa api neraka.

Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beramal kepadaNYA pada hari-hari seterusnya. InsyaAlllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LF

Semoga kita semua terpilih untuk bertemu di malam yang bersamaan dengan 1000 bulan itu. Tanpa malam itu kita tidak akan mampu beramal sehingga 83 tahun dengan sisa-sisa umur yang tinggal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah di bulan yang penuh keberkatan ini Allah kurniakan kesihatan yang sangat baik kepada akak sehingga akak mampu duduk dilantai masjid selama 3 jam sehari untuk bertadarus yang mana selama ini akak tidak mampu duduk di lantai dalam waktu yang lama.

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan bertemu di malam yang kita cari-cari itu. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga juga dikurniakan Allah keberkatan dan kesihatan yang baik. Kak Ani Alhamdulillah selain sakit lutut yang biasa tulah.

Semoga kita dikurnikan Allah umur yang panjang supaya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang dan semoga segala amalan dan ibadah yang dilakukan diterimaNYA.