Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 3 September 2010

Hidup Tanpa Kepuraan



Alhamdulillah hari ni dah 24 hari kita berpuasa. Tak lama lagi bulan Syawal pula akan menjengok kita semua.

Dibulan yang penuh keberkatan ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kisah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW menjalani kehidupan baginda. Maklumat ini saya petik dari kandungan buku yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang bertajuk "Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad".

Sebagaimana kita tahu Nabi Muhammad menjalani kehidupan tanpa mengejar kemewahan dan kesenangan. Baginda juga orang yang kuat beribadat tanpa mengharapkan kemewahan dan kesenangan dunia.

Cara baginda menjalani kehidupan dan cara baginda beribadat yang mengatasi orang lain itu menjadi bukti bahawa baginda tidak berbohong dengan agama yang dibawanya. Antaranya:

Bengkak Kaki Kerana Beribadah

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim - Aisyah menceritakan. Nabi bersembahyang malam sehingga bengkak kedua belah kakinya, Aisyah berkata "Mengapakah kekanda melakukan ini, ya Rasullullah, sedangkan Allah mengampunkan dosa-dosa kekanda yang terdahulu dan kemudian?". Baginda menjawab "Tidakkah sepatutnya aku menjadi hamba yang bersyukur?".

Menggantikan Solat Sunat Yang Tertinggal

Imam Muslim menceritakan daripada Aisyah, Nabi Muhammad menggantikan solat malam beliau walaupun ia tidak diwajibkan apabila beliau tidak dapat menunaikannya atas sebab-sebab tertentu. Berkata Aisyah, "Nabi Muhammad, apabila beliau tertinggal solat malamnya kerana sakit ataupun seumpamanya, beliau mengantikannya pada siang harinya dengan bersholat sebanyak 12 rakaat

Berpuasa Setiap Bulan

Imam An-Nasai meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas mengenai puasa sunat yang Nabi Muhammad sentiasa lakukan. Beliau berkata "Nabi Muhammad tidak pernah berbuka puasa pada hari-hari 13, 14 dan 15 setiap bulan sama ada dalam keadaan musafir ataupun tidak.

Iktikaf pada Akhir Bulan Ramadhan

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, "Nabi Muhammad, apabila tiba sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan beliau mengejutkan isteri-isterinya daripada tidur supaya mereka bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan beliau menguatkan ikatan tali pinggangnya".

Sentiasa Memohon Keampunan

Imam Bukhari meriwayatkan Nabi Muhammad sentiasa memohon keampunan Allah sebagai lambang kerendahan diri beliau pada penciptanya. Beliau bersabda "Wahai manusia bertaubat dan minta ampunlah daripada Allah. Sesungguhnya aku beristighfar sehari semalam sebanyak seratus kali

Harta Peninggalan Yang Tidak Seberapa

Imam Bukhari meriwayatkan daripada saudara lelaki Ummul Mukminin Juwairiyah binti Harith yang bernama "Amri bin Harith mengenai harta peninggalan Nabi Muhammad semasa beliau wafat.

Beliau berkata, "Semasa Nabi Muhammad wafat, beliau tidak meninggalkan walaupun satu dirham. Beliau juga tidak meninggalkan walaupun seorang hamba lelaki ataupun perempuan. Beliau sekadar meninggalkan seekor keladai, sehelai pakaian perang dan sebidang tanah kecil yang kemudiannya disedekahkan"

Pemimpin Yang Sederhana

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas mengenai kisah Omar yang memasuki bilik Nabi Muhammad semasa beliau menziarahinya, Omar berkata "Aku duduk dan melihat tanda tikar pada badan Nabi Muhammad. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung. Aku pun terus menangis.

Terus Nabi Muhammad bertanya, "Wahai Ibn Khattab, mengapa kamu menangis?" Aku menjawab. "Mengapa tidak ya rasul Allah. Aku ternampak bekas tikar kasar di badan mu dan aku melihat harta mu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Maharaja Parsi yang hidup dalam kelazatan, sedang kamu adalah Nabi (hidup seperti ini). Nabi Muhammad terus bersabda, "Wahai Ibn Khattab kamu tidak reda bahawa bagi kita akhirat dan mereka dunia?"


Nabi Tidak Mencintai Emas Dan Perak

Nabi Muhammad tidak berminat mengumpul harta benda demi kesenangan peribadi beliau. Imam Thabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Saad. "Pada suatu hari beliau sakit dan pada masa itu beliau mempunyai emas sebanyak tujuh dinar, lalu diberikannya kepada Aisyah supaya diberikan kepada Ali dan disedekahkan."

Nabi Tidak Pernah Kenyang

Nabi Muhammad tidak pernah kekenyangan dalam hidup seperti diriwayatkan oleh Imam Tarmizi daripada Anas bin Malik, "Tidak pernah Nabi Muhammad bersantap di atas meja dan tidak pernah beliau memakan roti halus, iaitu daripada jenis tepung yang baik, sehinggalah beliau wafat"

Nabi Menjahit Kasut dan Baju Sendiri

Antara amalan Nabi Muhammad di rumah adalah menjahit pakaian beliau sendiri. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada Aisyah yang bermaksud "Nabi menjahit sendiri kasut dan bajunya yang koyak"

Anti Nepotisme

Nabi Muhammad tidak mengamalkan nepotisme dalam pemerintahan beliau. Anak, isteri dan saudara mara tidak diberikan keutamaan bagi mngaut keuntungan duniawi apatah lagi memperalatkan baginda.

Tiada Pengecualian Dalam Hukuman

Nabi Muhammad tidak pilih kasih apabila melaksanakan hukuman. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, Nabi Muhammad berkata "Sesungguhnya sudah hancur mereka yang sebelum kamu kerana sekiranya orang-orang berpangkat daripada kalangan mereka mencuri dan mereka biarkan. Tetapi sekiranya yang mencuri itu daripada kalangan orang-orang bawahan, mereka menghukumnya. Demi Allah, sekiranya anak Fatimah mencuri aku akan potong tangannya"

Seksaan Digandakan Ke atas Keluarga Nabi

Menjadi isteri-isteri Nabi Muhammad bukanlah tiket bagi melakukan sesuka hati. Sebaliknya, penghayatan berpandukan syariat lebih dituntut ke atas mereka. Andai kata mereka dengan sengaja melakukan perbuatan-perbuatan keji, Allah gandakan seksaan ke atas mereka.

Ini berpandukan surat Al-ahzah ayat 30 yang bermaksud "Wahai isteri-isteri Nabi Muhammad, sesiapa antara kamu mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya dilipatgandakan seksaan ke atas mereka dua kali ganda. Dan yang demikian itu mudah bagi Allah".

Nabi Muhammad dan Keluarga Haram Menerima Zakat

Berpandukan hadis riwayat Muslim daripada Abdul Mutallib bin Rabi'ah yang bermaksud, Sesungguhnya harta zakat tidak halal bagi Muhammada dan keluarga Muhammad"

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi sebagai menambah pengetahuan kita mengenai junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

20 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Nabi Muhammad saw membuat semua ini adalah untuk kita, tapi kebanyakan daripada kita tidak mahu mengambil tahu dan mengikutinya.

Membaca ini terasa amat kekurangan. Mudah2an diampunkan segala dosa yang lepas dan akan datang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussala Kak Werdah,

Itulah kak, kita mengaku kita kasihkan dia sebagaimana dia kasihkan kita, tetapi kadang-kadang kita begitu berat nak mengamalakan cara kerhidupan yang ditunjukkannya.

luahfikiran berkata...

Salam,
Terima kasih atas perkongsian ini.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Terima kasih atas tazkirah ni, kak.

Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik)

pB berkata...

Salam Akak


Selamat Hari Raya
Maafkan segala kesilapan dan salah kata pB selama ini ....

sahromnasrudin berkata...

salam kak..semoga kita mengambil iktibar bahawa kita semua telah jauh terpesong dari landasan Islam...semoga Allah selamatkan bumi Malaysia ini...

a kl citizen berkata...

menarik sekali kak ani
rasa sayang bertambah2 terhadap Rasulullah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LF,

Terima kasih kembali.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PB,

Selamat Hari Raya juga kepada PB sekeluarga. Kalau balik kampong berhati2 dijalanraya yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Nabi Muhammad insan yang menjadi tauladan terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Sama-sama kita menghayati sunnah-sunnah Rasul kita tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah

Mudah-mudahan kita mendapat shafaat baginda di akhirat kelak.

Insan Marhaen berkata...

muga-muga kita dapat mencontohi. kalau tidak semua sebahagian daripadanya.

en_me berkata...

slamat hariraya akak kunang2 ittewww..

penjejak maya berkata...

salam,

begitulah keperibadian Nabi SAW tak pernah menggunakan kedudukannya dan sentiasa beramal ibadat meskipun baginda telah dijamin syurga oleh Allah SWT..

white rose berkata...

salam kak ani...
SUBHANALLAH, bgitu kasihnya Nabi Muhammad kpd hamba2nya...

Nabi melalukan semua ni kerana umatnya...supaya umatnya sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNYA...

kakpah berkata...

salam ani...
terima kasih kerana berkongsi.

kakpah ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya dan maafkan segala apa yang terlanjur kata.

white rose berkata...

salam kak ani,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
AMPUN MAAF DIPINTA DIATAS SEGALANYA...

semoga bulan kemenangan ini memberikan seribu kemenangan buat kita semua...

hati2 dijalan raya...

INTAN RH berkata...

salam kak, selamat hari raya maaf zahir n batin.

piewahid berkata...

salam,
terima kasih kak berkongsi ingatan yg sungguh bermakna. insya-Allah kita cuba teruskan ketekunan beribadah di bulan ramadan ini hingga ke akhir hayat kita.

*************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.