Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 10 September 2010

Diri Yang 'Diterlupakan'



Mula-mula sekali nak ucap selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-rakan blogger yang singgah di sini.

Dua tiga hari ni saya menyaksi satu iklan raya oleh Produa yang ditayangkan di TV. Dialog dalam iklan ni begitu menyentuh hati saya. Antara pelakonnya ialah Zulkifli Zain (orang tua).

Iklan ni mengesahkan tentang seorang pemuda menaiki bas dan menegur seorang lelaki yang sudah berumur. Antara dailog yang menyentuh perasaan saya ialah apabila lelaki yang sudah berumur itu memberitahu dia hendak menziarah isterinya. Katanya ia akan melawat isterinya setiap hari dan beliau juga akan membawa makanan untuk isterinya itu. Katanya isterinya tak sihat dan ditempatkan di bawah jagaan seseorang. Isterinya sakit alzheimer.

Lalu pemuda itu bertanya "Isteri Pak Cik ingat Pak Cik".

Lelaki itu menjawab "walaupun dia tidak ingat kepada Pak Cik lagi, Pak Cik selalu ingatkan pada dia".

Saya rasa beratnya penanggungan perasaan dan sedihnya hati bila diri dilupakan dalam erti kata "lupa yang sebenarnya" oleh orang yang pernah kita sayang dan pernah menyanyangi kita. Kita sudah hilang terus dari ingatannya. Kita sudah jadi orang asing. Sedangkan dahulunya itulah orang yang disayangi dalam hidupnya dan hidup kita.

Penyakit Alzheimer ialah penyakit yang seringkali dikaitkan dengan golongan dewasa akhir (apabila mencapai umur 65 tahun ke atas). Ia merupakan sejenis penyakit otak yang secara perlahan menyebabkan individu tersebut hilang intelek, memori dan kesedaran serta kebolehan untuk mengawal funsi badannya.

Dalam tahap akhir ia boleh menyebabkan paralisis dan masalah pernafasan (pneumonia) serta tingkahlaku seperti kebudak-budakkan. Simptomnya yang paling jelas adalah apabila kehilangan memori terutamanya mengenai perkara yang baru berlaku, senang marah, tidak dapat duduk diam dan gagal membuat keputusan yang mudah.

Terdapat pelbagai hipotesis tentang sebab terjadinya penyakit Alzheimer. Antaranya adalah disebabkan oleh pengumpulan Amyloid Protein yang terhasil daripada APP yang seterusnya membawa kerosakkan kepada bahagian otak yang lain.

Individu yang mengalami penyakit ini memerlukan pemerhatian 24 jam. Selalunya mereka ditempatkan ke Pusat Penjagaan yang dikhaskan untuk penyakit Alzheimer. Keadaan ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mengenal ahli keluarga masing-masing dan tidak boleh makan tanpa pertolongan.

Terdapat 3 teori utama yang menerangkan sebab berlakunya proses penuaan. Teori-teori berikut ialah seperti berikut :

Teori Genetik

Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan wujud oleh kerana kerosakkan atau perubahan dalam maklumat genetik yamg terlibat dalam proses pembuatan protein sel. Contohnya, Teori Ralat Penuaan ( Theory Error ) menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh pengumpulan ralat yang terlibat dalam pemindahan maklumat dari molekul DNA kepada hasil protein.

Teori Sel Bukan Genetik

Teori ini menyarankan bahawa perubahan yang terbentuk dalam protein sel selepas ia dibina. Perubahan tersebut menyebabkan sesetengah daripada sel mati disebabkan peningkatan usia. Contohnya, Teori Perlucutan ( Deprivation Theory ) mengatakan bahawa penuaan disebabkan oleh perubahan vaskular yang kekurangan zat dan oksigen.

Teori Fisiologi

Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh ketidakfungsian sistem organ atau kerosakkan dalam mekanisme kawalan fisiologi. Contohnya, Teori Stres ( Stress Theory ) menyatakan bahawa disebabkan oleh pengumpualn stres dalam sepanjang zaman kehidupannya. Di mana setiap stres dikatakan meninggalkan kesan dan lama-kelamaannya apabila terkumpul akan meninggalkan kesan negatif dalam sistem badan.

Semoga Allah menjauhkan penyakit ini dari kita supaya dengan ingatan dan kesihatan yang baik memudahkan kita beramal di usia senja.

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya di sana..

Selamat Hari Raya Eidul Fitri..
Maaf zahir batin..

Terima kasih atas infonya..

P/S: Malam tadi dah baca n3 kakak ni tapi tak larat rasanya terus tidur & sambung balik pagi ni utk komen..:)

luahfikiran berkata...

SALAM,
BEGITULAH HENDAKNYA. MENGHARAPKAN KITA SIHAT HINGGA KE AKHIR HAYAT KITA - - SIHAT YANG MEMBOLEHKAN KITA MENGURUSKAN DIRI KITA SENDIRI DAN MELAKUKAN IBADAT

aby berkata...

salam k hanim ..
wak perasan gak iklan tu, Zulkifli zain dalam bas lame. ..teringat wak pd kelincahan persilatan dia mase dalam crite Matinye Seorg Patriot,
namun mase berubah, begitu juge pisikal pun berubah same..

psl penyakit Alzheimer, tq atas info tu .. bile umo dah masuk pade peringkat akhir kite tk tau apa nasib kite pd wktu tu, namum nabi saw dh ingatkan kite, yg antaranye .. mase muda seblm tua dan mase sihat mu seblm sakit, seblm sampai dua wktu tu .. kite perlula bersedia ...

apepun, selamat hari raye kt k hanim. maaf zahir batin klu ade keterlanjuran kate2 dr wak.

dah bau nasik dagang k hanim .. hu..hu..

Werdah berkata...

Salam Ani.

Mengikut ustaz Kariman dalam CD Rahsia 60 tahun tu, jika pesakit Alzheimer ni sejak awal amalannya soleh, Allah akan masukkan ke syurga tanpa hisab.

Namun kita hendaklah selalu berdoa agar kita tidak tergolong di kalangan mendapat sakit ini, semoga kita tidak menyusahkan orang lain.

Untuk mengelakkan sakit ini kena banyak membaca al-Quran.

Selamat Hari raya, maaf zahir batin.

penjejak maya berkata...

salam,

begitu la kasih sayang yang erat biar sampai ke pintu syurga..

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak ani

tengok iklan tu memang sedih gak, sebab tak tahu nasib sendiri di masa depan...
harap2 kita dijauhkan dari sakit seperti itu kan kak ani

→ : digeruni dan dimusuhi

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya maaf zahir batin. Maaf saya lama tak ke blog sendiri kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.

====> Terima kasih atas doa Abd Razak. Hanya Allahlah yang akan membalas doa yang baik itu.

====> LF - Semoga kita diberikan kesihatan dan ingatan yang baik untuk membolehkan kita manfaatkan ilmu yang ada pada kita untuk diri sendiri dan apa lagi jika dapat dimanfaatkan untuk orang lain sekali.

====> Wak - Semoga wak sekeluarga berbahagia dengan kesihatan yang baik yang dikurniakanNYA.

====> Kak Werdah - Memang betul banyak saya dengar dari orang-orang yang tahu mengatakan seelok2nya kita sentiasa membaca alquran dan kalau dapat menghafalnya, lagu bagus dengan cara tu otak kita sentiasa bekerja.

Ada doktor beritahu, jika kita menghadapi sesuatu yang amat menyedihkan dalam hidup kita, kita jangan cuba mengikis ingatan itu dengan ingin melupakan segala-galanya, nanti kita akan menjadi seorang yang mudah lupa.

====> Penjejak Maya - Mudah2an Allah tidak tarik balik kesihatan yang dikurniakan kepada kita kerana kesihatan merupakan sesuatu yang amat kita perlukan.

====>Cikgu Normah, Mudah2an Allah lindungi kita dan keluarga dari segala kesusahan dan kesulitan dalam menjalani hidup ini.

Miecyber berkata...

Selamat Hari Raya & Mohon Maaf Zahir dan Batin.Iklan itu memang sungguh menginsafkan kita...