Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 29 September 2010

Cerita Disebalik Ria Raya


Senja Di Teluk Cempedak


Seperti beberapa tahun yang lepas hari Raya sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha, kami sekeluarga akan menyambutnya di Shah Alam dulu. Maklumlah sekarang kami dah ada satu generasi lagi.

Begitu jugalah dengan raya tahun ni. Raya ke-3 baru kami empat beranak balik ke dungun untuk bertemu sanak saudara di sana. Nampaknya kemeriahan raya tahun ini tergugat sedikit bila Allah menguji saya dengan kesihatan yang kurang baik.

Pada hari ke-2 di dungun, kaki kanan saya berdenyut-denyut, bengkak kemerahan dan sakit bila saya nak berjalan. Saya gagahkan juga bertemu saudara mara dan kawan-kawan mana yang termampu. Tapi pada sebelah petangnya, kaki saya makin bengkak dan sakit. Malamnya kaki saya tetap berdenyut diikuti oleh demam. Saya demam dengan mengigil kesejukan seolah-olah orang kena demam malaria. Nasib baik ubat demam/ubat selsema sentiasa saya bawa kemana saya pergi untuk digunakan sesiapa saja bila perlu.

Esoknya, hari ke 3 di Dungun kaki makin bengkak dan merah, demam masih berterusan sedang ramai lagi saudara mara dan sahabat handai yang tak sempat saya kunjungi. Memandangkan keadaan saya dah begini, suami saya ajak kami balik ke Shah Alam hari itu juga. Kira-kira jam 10 pagi kami berlepas dari dungun.

Malangkan diepanjang perjalanan dari dungun sehingga ke Kuantan, kaki saya berdenyut2 dan demam menggigil masih berterusan. Akhirnya saya rasa dah tak tahan lagi nak tunggu hingga tiba di Shah Alam, maklumlah saya ada diabetes dan darah tinggi. Bimbang terjadi lebih teruk.

Kami singgah di Pusat Perubatan Kuantan (KFC). Setelah berjumpa doktor, saya diberitahu bahawa daging di betis saya terkena 'infection' dan perlu mengambil 'antibiotic' 3 kali sehari selama 3 hari. Tak perlu masuk wad. Boleh berulang alik, jam 8.00 pagi, 4.00 petang dan 12.00 tengahmalam iaitu 8 jam sekali. Terpaksa akur. Bermalamlah kami di salah sebuah hotel di Kuantan yang berdekatan dengan KMC untuk memudahkan kami ke sana 3 kali satu hari untuk diinjek ubat. Nasib baik selepas mendapat satu injection 'antibiotic', demam saya kebah dan denyut di kaki berkurangan walaupun bengkak dan kemerahan masih kekal.

Selama 3 hari di Kuantan saya berjalan (berkereta) di persekitaran bantar Kuantan untuk makan dan melepaskan jemu dengan tangan seperti di bawah



Anak perempuan saya kata "mama, nanti orang ingat mama lari dari hospital". Kebetulan masa tu kami sedang berjalan-jalan berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan.




Dipinggir Sungai Kuantan



Pantai Teluk Cempedak



Orang sakit di Teluk Cempedak


Pada hari Ke 3 di Kuantan saya bergerak balik ke Shah Alam dan dirujuk untuk sambung rawatan di Pusat Perubatan Shah Alam (SALAM). Sekarang ni ada perubahan dan Alhamdulillah.

Pada Isnin lepas sekali lagi jantung saya berdenyut kencang. Tak terkata saya bila menerima khabar besan saya, iaitu bapa kepada menantu perempuan saya dipatuk ular kapak ketika membersihkan kebunnya. Dalam keadaan diri yang tak berapa sihat ditambah dengan suami saya yang sedang merening 'gout'nya kami pergi juga ke Taiping. Menantu lelaki saya yang memandu kereta. Anak dan cucu semua ikut sekali. Tiba di Taiping, Alhamdulillah dapat tahu besan saya beransur baik.

Pada hari kedua selepas melawat besan di hospital dan dapat tahu dia dah dibenarkan balik kerumah, kami pun memutuskan untuk pulang ke Shah Alam. Sebelum bergerak balik lebih kurang jam 3.00 petang, kami singgah makan kue teow yang fames di Taiping iaitu kue teow Doli. Pada saya tak adalah istimewa sangat rasanya. Sama saja dengan kue teow yang dimakan di tempat saya ni.


Dalam Restoran Doli


Gambar-gambar yang sempat di ambik ketika menunggu breakfast di coffee house di Taiping Golf Resort, Bukit Jana. Saya akan menginap di sini bila ke Taiping, suka dengan persekitarannya yang menghijau dan jauh dari kebisingan.


Boringlah tu



Lambatnya



Sabar tunggu akhirnya tiba jua


Dengan suka duka dan sakit pening ujian Allah ini dalam masa orang lain sedang bergembira semoga menjadikan saya orang yang lebih tabah di masa akan datang.

25 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani...

Semoga kakak sudah sihat di ketika ini...

Saya pun tak berapa sihat pada hari raya kedua dan ketiga, sakit kepala berterusan. Tapi gagahkan juga untuk ziarah sanak saudara...

Jaga pemakanan ya kak..

Melor berkata...

Salam akak semoga akak cepat sihat ye

sahromnasrudin berkata...

salam..sy doakan semoga akak sekeluarga sihat sejahtera ya..insyaAllah..

endiem berkata...

doa, semoga sihat sejahtera sekeluarga.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Alhamdulillah dapat juga berziarah pada musim raya ni kan Ani.. semoga Ani tabah hadapi ujianNYA.

Jadi, Ani ke Taiping juga ya.. Taiping tempat kak belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, (1-3 di SM Methodist Girls' School dekat penjara) dekat Taman tasik, (4-5) di KEVII hampir dengan hospital.(memang indah dan sejuk di sana)

Kak tak taupun ada kue teow yang fames di Taiping ( kue teow Doli).. ya lah sebab jika balik kampong pun terus je ke destinasi kemudian balik semula ke KL tanpa singgah mana-mana.

Didoakan semoga Ani cepat sembuh. Sakit juga pakai benda untuk cucuk tu.

mohdandmeriam berkata...

salam nim..kakyam harap sakit tu dah beransur pulih..kakyam pun ada penyakit juga..apa pun kita redhalah dan berikhtiar mengubatinya.

iBu...gUru berkata...

salam kak ani
dah sihat ke......
mudah-mudahan kak ani dah sihat.....

Miecyber berkata...

Semuga tabah mengharungi dugaan yang di lalui..

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely kak Ani:)

Tinie masa raya pun tak sihat juga..ras ank demam..last2 kena jangkitan kelenjar lakk..dugaan kan kak..:)

Pe2 moga akak diberikan kesihatan yang baik & ceria2 selalu:)

luahfikiran berkata...

SALAM,
JAGA KESIHATAN DAN JAUHILAH JENIS2 MAKANAN YANG BOLEH MENGGANGGU KESIHATAN. HARAP KESIHATAN KEMBALI PULIH .

aby berkata...

salam k hanim ...
panjang catatan k hanim,
dan cantik gmbo2 yg d paparkan.
harap k hanim dan abg man sihat.

dengan syawal yg tk berape hari lg ni,
harap2 dapat ziarah k hanim di umah S alam ..

ummzaid berkata...

semoga kak ani sabar dan tabah dgn ujianNya..

jaga diri ye kak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Semoga Abd Razak berada dalam keadaan yang sejahtera sekarang.

Itulah bila tak dapat mengunjungi saudara mara bila hari raya, ralat jugak rasanyakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Melor,

Alhamdulillah sekarang ni beransur-ansur sihat walaupun kaki tu masihlah bengkak lagi sikit-sikit.

Semoga Melor sekeluarga pun sihat. Balik raya baru ni tak berani nak makan tapai, teringinnya bukan main.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom

Terima kasih doakan akak. Semoga Sahrom dan keluarga pun berada dalam keadaan sihat.

Maklumlah jemputan raya tak habis2 hingga sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem,

Terima doakan akak. Semoga endiem sekeluarga berada dalam sihat juga.

Kali ni berada di Kuantan tak boleh merayap ker Tanjung Lumpur cari ikan bakar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Semoga Kak bertambah sihat.

Tulah kak yam, bila tanya doktor kenapa jadi macam ni, dia kata bukan sebab kencing manis.

Kemungkinan digigit serangga atau apa-apa lagi yang saya tak perasan. Tapi pelik di dua2 hospital tu tak nampak kesannya.

Jadi saya minta2 jugak air penawar pada ustaz. Alhamdulillah dengan ubat dan doktor dan air penawar yang diminum, banyaklah juga perubahan, walau bekas sakit tu masih rasa pedih bila tersentuh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LF,

Terima kasih atas doa dan nasihat.

Yerlah dato' bila dah berusia ni tak boleh silap makan langsung.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Guru,

Alhamdulillah banyaklah juga nampak pemulihannya tu.

Semoga Ibu Guru sekeluarga pun diberi Allah kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Saya memang selalu ke Taiping semasa hasben masih bekerja dulu bila dia ada kerja di Taiping, kalau saya dapat cuti saya akan ikutlah.

Taiping memang banyak tempat cantik kan. Muziumnya, Taman Tasik, Zoo dan macam-macam. Kebetulan dapat pulak besan orang Batu Kurau, lagi keraplah ke sini bila ada urusan.

Hospital Taiping dalam proses membangun bangunan baru. Cantik hospitalnya sekarang.

Restoran Doli ni dah lama cuma sekarang dia pindah ke tempat baru. Rasanya dia berhadapan dengan Klinik Kesihatan Pergigian.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Terima kasih doakan akak. Alhamdulillah sekarang ni banyaklah kurangnya. Tapi yerlah makan pun berpantang jugaklah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Yerlah kita diuji macam-macamkan. Semoga Sis Tinie sekeluarga dah sihat

Kunang-Kunang berkata...

Salam Wak,

Itulah keadaan akak pada hari raya Wak. Nasi dagang ker aper ker langsung tak buat.

Gambar-gambar tu guna h/pho jer.

Semoga wak sekeluarga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummzaid,

Alhamdulillah dah beransur pulih.

Tahun ni itulah dugaanNYA pada kak ani. Apa nak buatkan, mungkin bulan puasa tu masa berbuka tak terkawal minum air batu. Ikutkan haus.

Semoga ummzaid sekeluarga sihat.

intanrh berkata...

salam kak, moga sentiasa ceria dan sabar walaupun sentiasa diduga.

takecare kak :)