Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 3 Ogos 2010

Yang Tersirat

Tadi saya singgah di Blog Ustazah Azimah. Saya tertarik dengan 2 tazkirah di N3 beliau. Tazkirah yang saya rasa diolah dengan simple dan santai tapi mengandungi pengajaran yang penting dan melibat hukum yang kadang-kadang kita terlepas pandang dek kerana kita sudah sebati dengan sesuatu yang selalu dilakukan dalam masyarakat kita. Lalu saya ingin kongsikan disini.



PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari…

Jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu", beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..!!

PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA:

• Jauhi perasaan hasad dengki, menjadi batu api, cucuk menyucuk kepada orang lain dan kawan sendiri, selalu mengadu-ngadu dan membuat fitnah atas perkara yang remeh dan kecil. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina dalam hidup.

• Kita tidak akan bahagia dalam kehidupan. Dan jangan lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan mendengar.Allah tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu MahaMengetahui. InsyaAllah sumpahan KAMU dengan nama Allah akan mendapat balasan di dunia ini juga.. bukan untuk di akhirat nanti…. kerana kamu mempermainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganiayai seseorang.. dan

HUKUM SAMBUTAN HARI LAHIR



Yang ni saya tambah sebagai penyeri


Majlis Sambutan Hari Jadi@Lahir dan sewaktu dengannya.. Hukum asalnya ialah harus. Ini bermakna buat tak dapat pahala dan jika tidak buat tidak berdosa.

Ini adalah kerana Nabi saw tidak pernah mengajarkan kepada kita umatnya untuk membuat sambutan atau majlis seperti itu. Dan tidak ada pula NAs Al-Quran atau Hadis Nabi yang menghalang kita dari melakukannya.

Oleh itu bolehlah kita meraikan sambutan ulangtahun kelahiran kita itu..dengan pelbagai cara yang baik dan menjuruskan kita untuk meraih pahala bertepatan dengan peningkatan atau pertambahan umur kita itu. Seperti melakukan solat sunat hajat, memberi makan fakir miskin dan anak yatim, bersedekah sempena hari jadi kita.

Dan berhati2lah kita agar Majlis atau sambutan Hari Lahir kita itu tidak ada unsur2 haram yang akan mengundang dosa iaitu memotong kek yang ada lilin dan meniup lilinnya itu hukumnya haram kerana itu adalah amalan orang kafir. Hadis NAbi saw ” Barang siapa yg meniru gaya atau amalan orang kafir maka mereka itu sebahagian darinya”.

18 ulasan:

kakpah berkata...

salam ani. muga sihat. kakpah anak beranak sambut hari lahir makan2 satu keluarga. beli kek sebijik kalau kakpah malas nak buat hehe..

sahromnasrudin berkata...

salam kak..ape lg yg mampu sy utarakan selain ucapan ribuan terima kasih atas entri yg bermanfaat serta hukum sambutan hari lahir tue, kak..sy doakan semoga kak sentiasa berbahagia di samping keluarga...

Abd Razak berkata...

Salam...

Ya..kebencian itu sepatutnya kita letak jauh dari sudut hati kerana segala apa yg ada di dunia ni merupakan kurniaan Allah, membenci seperti menghina ciptaan Allah, Nauzubillah...

Membenci ada tempatnya..

P/S: Berdoalah yang terbaik ketika datangnya hari lahir

penjejak maya berkata...

salam,

menarik sekali cerita tu yang pasti kita seharusnya melemparkan perasaan benci sesama kita itu jauh-jauh khususnya dalam kalangan saudara seagama..

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, tertarik laa dgn permainan pisang ni...

mmg banyak pengajaran dsbalik permainan tu...

terima kasih kak ani share cite ni...

dah lama sy tak singgah blog ustazah azimah

piewahid berkata...

salam kak,
t kasih & jazakallah khier kerana sudi bkongsi ilmu dan peringatan.

moga kak sekeluarga dlm redha-Nya.

Melor berkata...

Salam kak ani
Gitu ke cite ye, baru melor tau.

endiem berkata...

salam..
banyak maklumat dari entri ini..insyaallah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Kami pun macam tu juga. Setiap kali ada ahli keluarga yang tiba hari lahirnya kami akan raikan dengan makan-makan dan beli kek sebiji.

Cuma baru-baru ni cucu yang no 2 tu terpekik2 nak lilin atas kek dia, jadi kami letak jerlah lilin tanpa api.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Semoga apa yang kita lakukan hari-hari tidak bercanggah dengan syariat islam. Dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita dunia dan akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Terima kasih sentiasa doakan kakak. Dendam juga merosakkan jiwa dan fikiran kita.

Sebarang acara jika ianya berlandaskan agama akan membawa keberkatan dalam hidup kita. Kadang2 tu benda yang dianggap remeh tu, rupanya boleh mengakibat syariat kita. Semoga Allah sentiasa melindungi kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejak Maya,

Kadang-kadang cerita yang simple macam ni mengadungi makna yang amat mendalam pada yang mengambilnya sebagai pengajaran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Terima kasih doakan kami. Semoga Pie sekeluarga juga dirahmati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Cerita yang menarik dan membawa kesan yang mendalam. Dendam ibarat 'pisang busuk' yang dibawa dalam hati.

Dengan tiada dendam semoga hati akan sentiasa tenang dalam meneruskan kehidupan yang sekejap ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Melur,

Nilah pengajaran secara moden agaknya yer. Mendalam dan memberi pemahaman pada anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Endiem,

Terima kasih sudi membacanya.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Menyimpan perasaan benci dalam hati akibat dengki atau iri hati amatlah menyakitkan. Benci yang sepatutnya ialah benci kepada perangai buruk seseorang.Analogi yang baik oleh ustazah Azimah.

Tanpa Nama berkata...

wvjptrwguijccmfnivxo, http://yahooscanner.net yahoo Scanner, ecITzKz.