Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 10 Ogos 2010

Turun Naiknya Iman


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".

Walaupun iman naik dan turun, ia tidak boleh dibiarkannya. Ia hendaklah diperbaharui dengan beberapa cara antaranya

menghadiri majlis ilmu

tilawah dan tadabbur Al-Qur'an

berusrah, sentiasa bermuhasabah

beristiqamah melakukan kebaikan atau berkumpul
dengan orang-orang soleh dan sebagainya.


Beberapa tanda menunjukkan iman kita mula turun, antaranya:

Terjerumus dalam kemaksiatan itupun dalam maksiat-maksiat kecil yang kita lakukan seperti mata kita lihat, apa yang telinga kita dengar, apa yang kaki dan tangan kita lakukan, dan apa yang mulut kita bicarakan.

Tidak tekun dan malas beribadah. Solat dibuat tidak tepat pada waktunya dan tidak membaca al-Qur'an atau pun solat-solat sunat duha, witir, tahajud dan sebagainya.

Pudarnya ikatan silaturahim dan lemahnya ikatan ukhwah Islamiyah. Tidak suka menziarahi saudara mara dan sahabat handai.

Sibuk dengan urusan duniawi hinggakan sampai tak ada masa solat berjemaah bersama keluarga atau solat berjemaah di masjid.

Banyak alasan apabila diajak kepada program tarbiyah dan majlis ilmu.

Tidak suka mengajak yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Antara Penyebabnya

Jauh dari suasana keimanan (seperti Pengajian dan berkumpul dengan orang2 sholeh)

Jauh dari pelajaran dan teladan yang baik.

Jauh dari menuntut Ilmu syari'ah.

Berada di lingkungan yang penuh maksiat.

Tenggelam dalam kesibukan duniawi.

Panjang angan-angan.

Berlebih-lebihan dalam hal tidur, makan dan tertawa.

Kita patut bersyukur jika Allah s.w.t masih mengingatkan kita disaat iman kita sedang turun. Kita masih sedar dan ingat. "Ya Allah imanku sedang turun. Segala puji bagi Engkau ya Allah yang telah mengingatkan aku, aku harus kembali kejalan-Mu aku tidak boleh larut dengan suasana jahiliyah. Engkau yang mengawal hati ini Ya Allah, maka sentiasa tetapkanlah aku di jalanMU."

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kak sihat hendaknya..

Ya Allah..
Perkayalah Kakakku ini dengan keilmuan
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan
Perihndalah fisiknya dengan kesihatan
Serta terimalah amal ibadahnya dengan berlipat ganda..
Kerana hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin..
Moga beroleh Taqwa..

kakpah berkata...

salam ani. selamat mengerjakan ibadah dalam bulan ramadhan. semuga mendapat keberkahan dan ganjaran berlipat ganda.
maaf kalau ada tersilap kata...

luahfikiran berkata...

Salam,
Usaha yang baik itu mesti berterusan - - istiqamah. Mari kita sama lakukan.

sahromnasrudin berkata...

salam ramadhan..mmg sukar utk beristiqamah tp kiter kne usaha untuk mendakapnya..jgn biarkan ia berlalu pergi

Werdah berkata...

Salam Ani.

Mudah2an kita semua sentiasa berusaha muhasabah diri, bila sahaja terasa iman menurun, perbaharuilah usaha di samping tekad dan azam meningkatkannya kembali. Semoga Allah membantu kiita dalam mengingatiNYa. InsyaAllah.

Miecyber berkata...

Dugaan semakin banyak sekarang ini Kak Nim...

white rose berkata...

Salam Ramadhan buat kak ani...
smoga peroleh keberkatan & rahmatNYA...

insya'Allah...

white rose berkata...

Salam Ramadhan buat kak ani...
smoga peroleh keberkatan & rahmatNYA...

insya'Allah...

Kunang-Kunang berkata...

Maaf saya lambat respon pada ulasan-ulasan kawan. Ramdahan ni nampaknya masa akan terhad.

===> Waalaikumussalam Abd Razak. Terima kasih doakan kak ani. Rasa terharu. Dari kejauhan ada juga orang yang saling ingat mengingati dan mendoakan kesejahteraan kak ani. Semoga Abd Razak juga begitu dan dirahmati Allah dibulan yang penuh keberkatan ini.

===> Waalaikumussalam Kak Pah, Begitu juga pada Kak Pah, semoga dibulan yang berkat ini kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk beribadah.

===> Waalaikumussalam LF, Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kesihatan yang baik dariNYA untuk melakukan ibadat di bulan yang penuh keberkatan ini.

===> Waalaikumussalam Sahrom, kalau tak berdaya melakukan ibadat yang banyak2, cubalah istiqamah dengan apa yang biasa kita buat.

===>Waalaikumussalam Kak Werdah, Semoga akak sihat dan dapat menjalankan ibadah dibulan berkat ini dengan selesa.

Saya juga kena berjaga2 dalam bulan puasa ni supaya tidak terlebih mengambil makanan manis (terutama air manis), nanti kilang gula dalam badannya lebih pulak produksinya.

===>Waalaikumussalam Mie, Semoga kita tabah menghadapi ujian Allah dan semoga kita dipermudahkannya dalam apa jua urusan yang kita lakukan.

===>Waalaikumussalam White Rose, Selamat berpuasa juga pada White Rose sekeluarga. Semoga kita semua dilimpahkan keberkatanNYA di bulan yang penuh keberkatan ini.