Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 5 Ogos 2010

Sahur Oh Sahur - Rahsia Mu



Hari ni dah 5 Ogos yang bersamaan 24 Sha’aban. InsyaAllah panjang umur, hari Rabu minggu depan kita mula berpuasa.

Bila mula berpuasa bermulalah juga amalan bersahur. Tak semua orang suka bangun untuk bersahor. Contohnya saya, masa muda-muda dulu, terutamanya ketika menyambung belajar selepas SPM dan tinggal di asrama, malasnya nak bangun sahor. Selain dari rasa mengantuk, rasa macam tak berbaloi nak bangun pun ada kerana lauk nasinya tak sedap. Dan ada juga kawan-kawan masa tu tak nak bersahur kerana nak diet. Makan sekali saja iaitu berbuka puasa.

Masa tu kami tak tau betapa bersahur tu salah satu amalan yang penting di bulan Ramadhan. Ada hadis tentang disuruh bersahor di bulan puasa ni antaranya:

Diriwayatkan oleh Bukhari, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Jadi selain mengelakkan perut kosong ketika berpuasa, bersahur juga ada keberkatannya. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur”. Begitulah dituntutnya amalan bersahur kerana ianya menjadi perbezaan antara puasa umat islam dengan ahli kitab.

Umat Islam juga digalak melewatkan waktu bersahur, iaitu bersahur semasa menghampiri subuh. Rasulullah saw ada bersabda “sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka puasa.”, hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad.

Penekanan yang dibuat oleh Rasulullah supaya dilewatkan bersahur dan tidak mengabaikannya adalah signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Ada kajian yang dibuat menunjukkan makanan yang paling utama adalah sarapan pagi.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.

Bersahur sangat penting kepada kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun daripada tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Ada satu lagi kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Berdasarkan kajian-kajian ini, ia menunjukkan bahawa secara umumnya, bila kita berpuasa dengan mengambil sahur tidak akan mendapat kemudharatan akibat dari puasa yang kita lakukan. Ia juga satu ibadah kerana ia adalah sunnah nabi dan waktu bersahur juga waktu yang dipenuhi keberkatan. Allah juga ada menjelaskan dalam surah Ali-Imran ayat 15 hingga 17:

“Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya., Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hambanya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan perliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang bersabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur”.

Rujukan – Quran Saintifik

15 ulasan:

IKRAB family berkata...

salamun alaik kak.
terima kasih di atas info dan peringatan tu.kejap je dah nak bertemu Ramdhan Al-Karim.Moga semuanya berjalan dgn baik ye kak.
p.c.

white rose berkata...

salam kak ani...
syukran mengingatkan kita smula dalam menunggu lembaran Ramadhan Al Mubarak ini...

semoga Ramadhan kali ini meningkatkan amal ibadah & ketaqwaan kita kpd YANG MAHA ESA...

selamat berpuasa kak ani

endiem berkata...

salam..
semoga dipanjangkan usia untuk ramadhan kali ini..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shima,

Sambut puasa balik kampong ker. Semoga puasa kali ni kita semua berebut sebanyak pahala yang mungkin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Semoga kita sama-sama merebut sebanyak mungkin pahala yang ditawarkan oleh Allah kepada kita di bulan yang mulia ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Endiem,

Yer semoga Allah sempatkan kita sama berpuasa di bulan Ramadhan ini. Semoga Allah melimbahkan keberkatannya kepada kita semua. Amin.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak ani

kita doa agar sempat kita bertemu ramadhan kali ii dan selamt mengerjakan ibadat dengan jaya sepanjang bulan ini kan

penjejak maya berkata...

salam,

kalau yang ada famili tu bersahur ramai2 best la tapi kalau yang dok sorang tu nak bangun sahur pun rasa berat je tapi sewajarnya ikutlah suruhan Nabi SAW..

IKRAB family berkata...

insya Allah balik kg nuzul quran nanti.5 hari cuti..lama sket dpt berpuasa dan berbuka dgn abh mak.
jum kak dan abg osman dtg ke kg saya :)
p.c.

IKRAB family berkata...

insya Allah balik kg nuzul quran nanti.5 hari cuti..lama sket dpt berpuasa dan berbuka dgn abh mak.
jum kak dan abg osman dtg ke kg saya :)
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

Mudah2an Allah panjangkan usia kita untuk sama-sama melakukan ibadat puasa untuk tahun ini dan tahun mendatang seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejak Maya,

Memang betul, kadang2 tu ada orang yang bertambah berat badan dalam bulan puasa kerana selain berbuka, semasa bersahur pun dia berselera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shima,

Bestnya dapat berbuka di kampong. Bagi akak kalau bulan puasa selalu terkenang kuih muih asli terengganu walaupun makannya tak banyak mana,dapat merasanya pun dah puas hati.

Tahun ni bulan puasa tak balik kampong, Sakinah praktikal sekarang, jadi dia duduk di rumah. Kesian dia kalau kami tak ada.

luahfikiran berkata...

Salam,
Beberapa hari lagi menjelang ketibaan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat mulia yang memang kita nanti-nantikan.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Mudah2an Allah bagi kekuatan dan kesihatan kepada kita semuanya agar dapat bersahur dan beramal. InsyaAllah