Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kebahagian Abadi



SYUKUR, SABAR, TAUBAT

Al Qoyyim mengatakan bahawa tanda kebahagian ada 3:

Pertama - Syukur ketika mendapat nikmat. Syukur terbina di atas 5 perinsip:

* Ketundukan orang yang bersyukur kapada yang memberi nikmat
* Rasa cinta kepada yang memberi nikmat
* Mengaku adanya nikmat yang diberikan
* Memuji orang yang diberi nikmat
* Tidak mengguna nikmat dalam hal yang tidak disukai oleh pemberi nikmat

Kedua - Sabar Ketika Menerima Dugaan. 3 rukun kesabaran jika kita mampu melaksanakannya dengan benar, dugaan InsyaAllah berubah menjadi sebuah kenikmatan:

* Menahan hati untuk tidak berasa marah terhadap ketentuan Allah
* Menahan lisan untuk tidak mengadu kepada makhluk
* Menahan anggota tubuh untuk tidak melakukan hal yang tidak
dibenarkan ketika terjadi musibah

Ketiga - Bertaubat ketika melakukan kesalahan. Jika Allah menghendaki seorang hamba untuk mendapat kebahagiaan dan keberuntungan di dunia dan akhirat, Allah pasti memberikan taufik kepada diri hambanya untuk bertaubat.

Kata Hassal al-Bashri "Carilah kenikmatan dan kebahagiaan dalam tiga hal, iaitu dalam sholat, berzikir dan membaca Al-Quran. Jika kalian dapatkannya maka itulah yang diinginkan, jika tidak kalian dapatkan dalam tiga hal itu masa sedarilah bahawa pintu kebahagian sudah tertutup bagimu"

-

10 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

salam..tidak ramai yg mengamalkannya..saya pun lum mampu lagi dan akan cube berusaha ke arah itu :-)

luahfikiran berkata...

salam,
Terima kasih atas entri ini. InsyaAllah, kita sama2 berusaha melakukannya.

Insan Marhaen berkata...

salam,

kalau mampu laksanakan ke 3-3nya ini pasti bahagia kehidupan ini.

muga allah bantu kita semua ke arah itu.

white rose berkata...

salam kak ani...
sy rasa senang bila membaca 3 rukun sabar tu...

insya'Allah, sy dalam usaha ke arah itu...

mudah2an kta smua sentiasa dibawah lindunganNYA...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Kita sama-sama berusaha kearah yang lebih baik. InsyaAlllah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LF,

InsyaAllah semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IM,

Terima kasih sudi singgah blog saya.

Sebagai hambanya kita cuba sebaik mungkin untuk melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White,

Selamat melakukan puasa di dalam ramadhan ini.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Banyak lagi kekhilafan pada diri yang perlu diperbaiki. Moga Allah terus membukakan pintu hati ini ke arah menjadi insan yang lebih baik..Ameen.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Mudah2an kita semua jadi uamt yang bersyukur, sabar dan selalu bertaubat. Amiin.