Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kasih Sayangnya Berbeza



Hari ni diam tak diam dah 4 Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Orang-orang yang nak balik beraya di kampong mungkin dah mula merancang perjalanan masing-masing. Mana yang ada kereta berkeretalah mereka balik nanti. Mana yang guna kenderaan awam, mungkin dah mula tempah tikit agaknya.

Bila menjelang syawal ni mesti ada yang gembira dan ada yang sedih. Tak kiralah ibubapa atau anak-anak. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk merasa sedih dan gembira dihari yang sepatutnya semua orang bergembira.

Kebetulan beberapa minggu lepas saya ada menonton satu rancangan di tv iaitu kalau tak silap saya program 'Islah'. Saya sangat tertarik dengan isu yang dibawa oleh Datuk Hassan Mahmud. Beliau bercakap mengenai kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak. Memandangkan saya sendiri pun ada anak-anak yang remaja dan yang dah berkeluarga, saya rasa kandungan ceramah beliau telah mencelikkan mata dan hati saya tentang betapa kadang-kadang kita tak perasaan yang kita telah melukai hati anak-anak kita tanpa kita maksudkan.

Kata Ustaz Hassan, selalunya pilih kasih berlaku bila anak-anak dah dewasa. Jauhkanlah sikap pilih kasih antara anak-anak kita. Kalau ketika mereka masih kecil dulu, kasih sayang kita kepada mereka sedikit pun tiada berbeza kenapa bila mereka dah dewasa, kasih sayang kita berbelah bagi. Semasa mereka kecil, kita sedaya mungkin cuba memenuhi semua kehendak anak-anak. Kasih sayang kita kepada mereka sama saja, pada along, angah dan yang bongsu tanpa kita bezakan mereka.

Pilih kasih berlaku mungkin tanpa di sedari. Bila anak-anak telah dewasa, perjalanan hidup mereka mungkin tidak sama. Ada yang senang dan ada yang susah. Ada ibubapa yang menunjukkan kasih sayang yang lebih kepada anak-anak yang senang lenang hidupnya memandangkan mereka nilah selama ni yang banyak membantu dia. Sedangkan anak yang kurang bernasib baik dan tidak sekaya yang lagi satu ini diketepikan. Kita kena ingat walaupun anak-anak kita lahir dari perut yang sama, takdir perjalanan hidup mereka mungkin tidak sama.

Contohnya yang sulong dan yang tengah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan yang bagus serta bergaji besar, kita beri mereka layanan istimewa. Ini kerana ibu dan bapa telah dilimpahi Along dan Angah dengan wang ringgit. Sayangnya nasib sibongsu tidak sama dengan nasib Along dan Angah memandangkan si bongsu kurang maju dalam pelajaran. Jadi tinggalkan si bongsu di kampong melakukan kerja-kerja kampong. Si bongsu mungkin tidak mampu mencurahkan wang ringgit kepada ibubapanya tetapi dialah yang banyak menyumbang tenaga menjaga ibubapa ketika abang dan kakak mereka jauh diperantauan mencari kehidupan.

Setiap kali Along dan Angah balik, Bongsu diketepikan. Siibu akan masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga along dan angah. Si bongsu dan keluarga seolah-olah tidak ujud di situ. Dia dilupakan seolah-olah dia tidak pernah berbakti kepada ibubapanya selama ini. Kalau musim buah pula, siibu akan menyimpan buah-buah yang bagus untuk keluarga Along dan Angah.

Sikap pilih kasih ini akan menimbulkan perasaan dendam, dengki dan benci dihati anak-anak yang kurang bernasib baik. Anak-anak ini akan berdendam dengan ibubapanya. Akan benci pada adik beradiknya yang lain. Akibat merajuk mungkin akan menjauhkan diri dari ibubapa dan adik beradiknya.

Perasaan ini akan menimbulkan akibat yang buruk kepada ibubapa. Anak-anak yang tinggal jauh dari ibubapa mula merasa malas nak balik kampong walaupun pada hari raya. Mereka tak mahu melukai hati sendiri. Apa lagi jika sudah ada keluarga. Dia bimbang anak-anaknya mungkin akan dibezakan dari anak-anak abang dan kakaknya yang lebih disayangi ibubapanya. Lama-lama sianak langsung tak balik kampong.

Perasaan dendam juga mungkin menjadikan anak-anak langsung tak nak ambil tahu hal ibubapanya. Di hatinya mungkin berkata biarlah adik-adiknya yang lebih disayangi yang menjaga ibubapanya.

Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya menghulurkan kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin semasa kita membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan, kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Janganlah kita pilih kasih, kerana kita tidak tahu anak yang mana yang akan mendoakan kita nanti bila kita sudah tidak ada di dunia ini. Sebagai ibu bapa, sayangilah anak-anak kita agar mereka juga menanam sifat kasih sayang itu dalam jiwa mereka.

Bila kita membesarkan anak-anak kita, ketahuilah kita bahawa itulah tanggungjawab kita kepada mereka. Janganlah besarkan anak-anak dengan mengharapkan perbuatan itu sebagai satu pelaburan di mana kita mahukan ganjarannya satu hari nanti. Percayalah, kasih sayang itu akan datang kepada kita kalau itu yang kita hulurkan kepada orang lain, tak kira sama ada anak kita atau anak orang lain!

20 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Memang ramai ibubapa yang besikap berat sebelah apabila anak-anak dah berkeluarga.

Ibubapa kekadang lupa dengan 'tenaga' yang disumbangkan oleh anak yang tidak berharta. 'Tenaga' merupakan harta yang tidak ternilai yang tidak dipunyai oleh kebanyakan yang kaya harta benda.

Ibubapa sebegini seharusnya sentiasa bermuhasabah tentang tanggungjawab mereka supaya tiada hati yang merana.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Membezakan kasih sayang terhadap anak-anak memang kerap berlaku. Ramai ibubapa mengharapkan kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi sebagai pulangan yang lumayan bagi mereka, lalu melupakan tujuan sebenarnya peranan mereka.

Yang pasti anak-anak mereka yang tidak berjaya sering terpinggir. Dan anak inilah yang apabila ibubapanya sakit menjaga mereka bersungguh-sungguh hingga ke nafas yang terakhir.

Melor berkata...

askm kak rohani
pengalaman melor mengatakan ibubapa perlu memberi kasihsayang sama rata pd anak2.tak kiralah mcmanapun anak2 kite tu.

luahfikiran berkata...

Salam,
Semestinya kita tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak kita. Samada yang berjaya dan yang kurang berjaya, mereka tetap anak kita.

LF dapat lihat sendiri ada beberapa kes di mana anak-anak yang kurang berjaya dan diketepikan yang menjaga ibu bapa yang sakit tua. Mereka ini yang berulang-alik ke hospital. Sementara anak yang berjaya kononnya, yang sentiasa disanjung dan dilayani oleh ibu bapa bersikap tidak ambil kisah terhadap kesihatan ibu bapa. Alasan yang sellu diberikan ialah sibuk dan tidak ada masa.

aby berkata...

salam k hanim.
menarik tulisan tu, sbb anak wak pun dah besar2 jd faham la maksud kasih yg bebeza beza tu. yg saye tengok wlupun sebagai ibu bape kite tidak boleh membeza kasih sayang, tp keserasian kt anak2 mungkin ade perbezaan nye. tk semua anak boleh memahami jiwe bape mereka. ade yg mendekati ibubape mereka lembut, yg buat ibu bape begitu senang dgn pendekatan anak tu, namun ade juge yg pendekatan dgn ibubapenye agak kasar, yg boleh buat ibubape makan hati bile becakap dgn anak tu... apetah lg bile ibu bape dah berumur ... mereka mudah tersentuh .. kt sini mungkin berlaku kasih ibu bape jd berbeza beza

sahromnasrudin berkata...

salam ramadhan kak..perkara ini mmg berlaku sehingga menwujudkan dendam dikalangan adik beradik..malah drama tv pun selalu tyg cerita cenggini...

Pn Kartini berkata...

salam kak Ani..:):)

Moga akak diberikan kesihatan yang baik di sana:)

susah juga kan bila hati dirabuni dgn materialistik...kasih sayang pun boleh terjejas..moga dijauhi...

piewahid berkata...

salam kak,
semoga kita beroleh keberkatan, keampunan dan taqwa sempena ramadhan kali ini.

t kasih bkongsi maklumat ni. peringatan utk saya yg belum menempuh situasi begitu.

tapi situasi yg telah saya tempuh ialah sebagai anak yg berbeza taraf hidup sesama adik beradik.

secara peribadi sebagai anak pula saya rasa kita tak perlulah sensitif dan berkira sgt. bersangka baik terhadap ibi bapa kita.

kdg2 langsung mereka tak berniat membeza2kan, bahkan berkorban mcm2 tapi biasalah, kelebihan org juga yg kita nampak...

kelebihan yg kita rasa dan nikmati langsung tak perasan. kasihanilah pada ibu bapa yg dah berusia.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros,

Rasanya sebagai ibubapa perasaan kasih yang berbeza tu tak terniat dihati tapi mungkin secara tak sedar kadang-kadang anak yang didepan mata ni kurang diberi perhatian apabila anak-anak yang jauh balik.

Ini mungkin disebabkan yang dekat tu dah selalu didepan mata. Rasa rindu tak terbeban sangat. Yang baru balik ni jarang-jarang nampak itulah yang nampak special sikit sehingga tak tersedar yang telah menguris hati yang selalu berdekatan dengannya.

Jadi sebagai anak kita maafkanlah kealpaan perasaan oleh ibubapa ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Rasanya segelintir sahaja ibubapa yang bersikap pilih kasih ni. Itupun mungkin secara tak sengaja. Kalau disengajakan harap-harap Allah berikan dia keinsafan yang anak-anak ini adalah amanah Allah kepadanya.

Sebuah keluarga itu mesti sedar yang anak-anak ni ibarat setandan kelapa mesti ada yang masam. Begitu juga anak-anak yang dilahirkan tak semuanya serupa walaupun dididik oleh ibubapa yang sama. Jadi kita sebagai ibubapa rasanya kenalah tumpukan sedikit perhatian, kasih sayang kepada yang kurang ni.

Untuk tidak mengecikkan hati anak-anak lain, ibubapa kena terangkan kepada anak-anak kenapa kita berikan tumpuan sama ada kasih sayang atau bantuan kewangan lebih sikit kepada yang sorang ni.

Contohnya kalau kita ada harta seperti kebun getah atau apa-apa yang boleh memberikan hasil dan tanah itu pun diusahakan oleh yang kurang ni, apa salahnya dibincang baik-baik dengan anak-anak yang lain untuk memberikan kebun berkenaan kepada yang ini memandangkan abang-abang dan kakaknya mempunyai pendapatan lumayan dan mampu mengumpulkan harta senditi. Sedangkan yang ini kalau tak dibantu, akan susahlah hidup dia.

Rasanya anak-anak yang didik dengan penuh kasih sayang oleh kita ni akan faham dan sama-sama kesian pada yang kurang ni. Bila telah jika dipersetujui semua tak timbullah rasa dengki dan tak tercetuslah perkataan 'pilih kasih'.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LF,

Rasanya dengan adanya banyak ceramah-ceramah mengenai peranan ibubapa kepada anak-anak dan peranan anak-anak kepada ibubapa mungkin boleh menyedarkan orang-orang yang terlibat.

Sebagai ibubapa kita kena pupuk perasaan sayang antara satu sama lain kepada anak-anak kita. Pupuklah rasa kesiah belas antara adik beradik dan mana yang lebih bantu yang kurang.

Sebagai anak pula sekira nampak ibubapa ada menjurus kearah pilih kasih, janganlah berkecik hati sebenarnya mungkin mereka tidak berniat demikian.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Kak ani nak ke masjid untuk tadarus Alquran, nanti balik akak sambung lagi pada komen kawan-kawan yang lain. Maaf yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Melor,

Maaflah berperingkat2 pulak respon pada kawan2. Sebok sikitlah, cheehhhhh, bukan main lagi.

Sebenarnya ibubapa mana yang tak sayangkan anak, cuma kadang2 mungkin ibubapa terlepas, anak-anak pula yang terasa.

Selamat berpuasa melor.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Kita manusia biasa, tak terkecuali ibubapa kita, jadi kalau berlaku pada kita, maafkanlah mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Wak,

Kak ani faham apa yang wak maksudkan. Memang kadang-kadang anak yang selalu ambik berat dan manja pada kita tulah yang disebut2 selalu. Sebenarnya tak ada niat membeza2kan. Cuma dia lebih rapat.

Sebenarnya sebagai ibubapa mungkin sudah berusaha sedaya mungkin untuk berlaku adil tetapi anak-anak masih rasa tersisih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Setuju dengan pendapat Pie tu. Sebagai anak kita jalankanlah peranan dan tanggungjawab kita kepada ibubapa dan ibubapa menjalankan tugas mereka.

Jika ada terguris rasa dengan ibubapa, lupakanlah dan maafkanlah mereka, mereka tidak bermaksud begitu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie.

Semoga Sis Tinie juga diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulai ini. Selamat beramal.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Membaca peringatan ini timbul pula rasa bimbang di hati kak, biarpun setakat ini tak pula kak rasa membezakan-bezakan kasih sayang antara anak-anak, teringat juga kata ustaz Kariman, adil tu maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya, jadi anak-anak tak sepatutnya berasa ibubapa membezakan kasihsayang kepada mereka. Contoh jika abang long dah banyak berjaya sedangkan abang ngah atau kak chik kurang berpendapatan jadi apa salahnya mereka dibantu dengan kewangan jika mereka memerlukan.

Diharapakan kita sebagai ibu bapa dapat menerangkan kepada anak-anak tentang perkara ini. Mudah2an kasih sayang sesama mereka bertambah bukan berkurang dan tidak ada rasa irihati.

a kl citizen berkata...

anak saya seorang je kak ani, jadi tak timbul insyaAllah masalah ini, masalh lain lah pulak kut...