Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 29 Julai 2010

Pembuka Selera


Nasi Kerabu


Nasi kerabu nilah yang mengisi perut saya setiap hari semenjak dua menjak ni. Kalau tak makan untuk breakfast saya akan makan untuk makan malam.

Untuk breakfast selalunya saya akan ke Restoran Seri TTDI di Taman Tun Dr. Ismail Jaya. Kalau terasa nak makan nasi kerabu pada waktu petang atau malam saya beli di salah satu gerai makan di Seksyen 18. Bila makan nasi kerabu ni terbuka selera pulak. Penangan budu agaknya. Tapi kebanyakan nasi kerabu di sini tidak ada kuah sambal tumis budu. Di sini kebanyakannya bubuh cili source (cili dengan cuka agaknya) dan 'raw' budu.

Menurut kawan-kawan dari Kelantan, mereka kata kalau bubuh cili source (cili dengan cuka agaknya) dan 'raw' budu tu nasi kerabu orang siam. Kalau orang Kelantan mesti ada tumis budu. Saya selalu minta ulam lebih walaupun ulamnya apalah sangat. Banyak kobisnya dengan taugeh jer. Kadang-kadang tu di Gerai Seksyen 18 ada daun kesom dan bunga kantan.

Sekarang saya kurang berselera nak makan nasi dengan lauk. Perut rasa lapar tapi selera tak ada. Tengok makaann rasa teringin, tapi bila makan, suap semulut dua, dah tak nak. Mee, mee hoon atau sewaktu dengannya semua tak nak.

Sekarang saya faham kenapa dulu arwah mak saya begitu susah nak makan. Susah hati kalau dia tak makan, takut kena hypo. Maklumlah dia ada kencing manis. Selalu bergaduh (bergaduh sayang) dengan dia pujuk dia makan.

Di Restoran Sri TTDI tu menjual makanan Kelantan disebelah paginya. Nasi dagang, nasi berlauk dan juga nasi kerabu disamping, nasi lemak, lontong dan roti canai serta mee dan mee hoon (wah iklan free untuk Sri TTDI. Tengaharinya pun meriah juga lauk pauknya.


Laksam


Selalunya kalau saya makan laksam saya tak makan kuahnya, saya cuma ambik laksam dan ulamnya saja dengan garfu. Takut tengok kuahnya yang sangat berlemak tu.

14 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Saya tak pernah makan budu, camner lak rasanya erk! Teringin juga nak merasanya tapi kat sini susah nak cari.

Laksam tu saya suka juga tapi tak boleh selalu, lemak sangat kak..:)

white rose berkata...

salam kak ani...
sy penah skali je makan laksam...

sy xtahan sy trus muntah...
mmg sy xleh makan laksam...

tpi tengok kawan2 sy rilek je makan...

nasi kerabu & nasi dagang ok plak...

IKRAB family berkata...

sedapnya kak.kalau dpt berbuka dgn nasikerabu mmg best nih.saya pun makan tak mkn budunya.suka sambal kelapa buh2 bnyk.
p.c.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani...

Sedap kan masakan Ganu ni...hehehe...saya baru aje buat laksam....so, dah tak terliur lagi dah... esok plak ada yang nak belanja nasi kerabu:)

#Tumpang lalu ya...ABDUL RAZAK...kat Kuching ada dijual budu...

aby berkata...

salam k hanim ..

utk beberape hari ni wak kene tukar selera dari makanan jawe kelang ke selera jerantut ..
ade tugasan beberape hari kt sini .

ni buat posting dari kedai rakan kite, Mie cyber ..

sihat rakan kite tu ...

piewahid berkata...

salam kak,
moga akak sekeluarga sentiasa dalam redha ilahi.

betul kak, makan boleh makan tapi jgn berlebihan. masalahnya... camne nak pastikan tak berlebih tu kak? selera saya 'tajam' je tengok makanan ni... :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Budu ni pembuka selera. Sekarang budu dikomersilkan macam kicap jugak.

Cubalah, bila nak makan, letak cili padi dan perahkan air asam limau. Cicahlah dengan ikan bakar atau ulam2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Pada kami yang suka ni memang rasa laksam sedap sangat. Mungkin white rose makan ditempat yang kurang sedap agaknya.

Tapi ialah selera masing-masingkan. Akak ni jenis suka mencuba semua makanan, tak ada masaalah janji dia nampak bersih.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shima,

Eh sebelum puasa ni kalau nak makan nasi kerabu boleh gi TTDI tu. Tapi hari minggu ni akak tak free.

He he lepas rayalah kot. Kat tempat shima ada pasar ramadhan tak. Kalau ada mesti ada jual nasi kerabu, cakaplah dengan penjual tu jangan letak budu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros,

Rajin Ros buat laksam sendiri yer. Pada akak ia cerewet sikitkan. Kak ani ada juga buat sendiri, dulu-dulu.

Selalunya akak buat kuahnya dan lawan dengan laksa sajer. Nasi dagang selalu buat sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Kirim salam pada mei. Umie Aida tak jumpa ker.

Selera di Jerantut macam mana. Kak ani hanya rasa masakan Ikan Patin dengan tempoyak bila berhenti rehat di R&R Temerloh jer. Lain kali nak minta Umie Aida bawa makan di tempt makanan Temerloh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Alhamdulillah bila selera ada tinggal kita kawalnya saja. Tapi kalau selera ada, tapi tak boleh menerima, sedeh.

Bila hilang selera makan, hilang satu nikmat yang Allah beri, tapi kena paksa makan, macam doktor kata anggap makanan tu ubat.

sahromnasrudin berkata...

salam kak..sy mmg tak leh masuk la nasik kerabu nie..tak tau nape? tekak tak leh trima...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Memang lumrah, masing-masing ada selera yang telah ditentukan. Persekitaran dan kawan juga boleh mempengaruhi selera makan ni.

Anak-anak kak ani walaupun mereka dilahirkan dari ibubapa orang terengganu, mereka tak makan budu dan nasi dagang bukan fabret mereka. Ini adalah kerana mereka dibesarkan di Lembah Klang dan dijaga oleh orang luar dari Terengganu (kerana kak ani bekerja).