Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 23 Julai 2010

Hari-hari Yang Semakin Pendek





Semalam birthday Eresya. Dah 4 tahun usia dia. Saya cuma belikan dia sebiji kek, saja suka-suka sebagai budak-budak. Selain doa yang diiringi semoga Eresya menjadi insan yang berbahagia dunia dan akhirat. Itulah impian semua nenek rasanya ingin melihat anak cucu berjaya di kedua alam.

Selain Eresya dan Izati yang semakin membesar, Kaisah juga dah pandai bertatih. Dah agak tegap kakinya melangkah. Mulut pun riuh rendah. Seronok mendengarnya walau tak paham apa yang dikata. Itu pun sudah cukup mengembirakan kami di rumah.





Di rumah ini, selain pada hari minggu, sudah tak semeriah dulu. Cuma bila hari minggu kalau Izati dan Eresya datang bermalam di rumah dengan mama dan abahnya, baru riuh sikit rumah ni. Selalunya sakinah dan salam juga balik ke rumah bermula hari Jumaat hingga Ahad kalau mereka tiada kelas. Hari-hari lain rumah semakin sepi.

Itulah kehidupan harian kami berdua buat masa ini. Rumah makin kurang dan kurang penghuninya. Dulu masa anak masih kecik-kecik sibok membuat renovasi rumah supaya semua anak dapat bilik sorang satu. Tapi bila anak-anak dah mula masuk asrama kemudian belajar ke IPT, rumah dah bermula kosongnya. Sekarang bila anak-anak dah membesar, yang dah kawin berpindah ke rumah sendiri, yang belajar duduk di asrama dan seorang dah mengadap Ilahi, bilik-bilik tu semua tinggal sepi.

Kami berdua cuba memenuhi masa-masa sepi itu dengan aktiviti-aktiviti yang dirasakan dapat memberi kami ketenangan dalam menjalani hidup ini disamping mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kesana. Apa lagi bila melihat anak-anak yang semakin meningkat usia dan cuc-cucu yang semakin membesar terasa betapa hampirnya hari bertemua DIA.


Buaian yang dihias cantik terletak
di atas pentas rendah


Pada hari Sabtu lepas saya berkesempatan menghadiri Majlis cukur jambol dan aqiqah cucu seorang kawan rapat. Terpesonanya saya melihat persiapan majlis tersebut. Seolah-olah sebuah Majlis perkahwinan.

Siap dengan tenda (khemah) yang cantik berhias skelop kuning dan pink (cucu perempuan) dipasang di halaman rumah untuk tempat tetamu menjamu selera. Di ruang tamu rumah tersedia sebuah pentas yang diletakkan sebuh buaian bayi yang cukup cantik seolah-olah di atas pelamin.

Saya tidak pernah menyambut hari cukur jambul dan aqiqah cucu-cucu saya sebegini mewah. Pada saya ini terlalu tinggi citarasanya di samping membazirkan duit. Pada saya majlis cukur jambol ni cukuplah dengan tahlil, merhaban dan berzanji. Tapi yerlah terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Itu pendapat saya saja.

17 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

SALAM KAK..semua jenis kenduri skrg dh mcm 1 industri..berlumba-lumba org membuatnya

pB berkata...

salam Kak


sakan sungguh majlis tu , yer kak.
bagi yang berduit , apa sangat lah kan ....

iBu...gUru berkata...

salam kak ani
bila tinggal berdua kita semakin rapat .......... kemana saja tak boleh berpisah. kadang2 terbayang juga bagaimana keadaan bilamana salah seorg dari kita dijemput ke SANA ......... bagaimana hendak menghabiskan sisa2 usia yg semakin pendek ini

Abd Razak berkata...

Salam kak...

Moga kakak sihat hendaknya...

Tiada lain bila usia yang kian berkurang tu ya kak, waktu untuk meningkatkan amalan soleh dan dekat dengan Allah..

piewahid berkata...

salam kak,
semoga kak ani sekeluarga sentiasa dlm redha Ilahi dan anak cucu cemerlang dunia akhirat.

Pn Kartini berkata...

Salam..:)

Sesekali berkumpul di rumah..mmg riuh kan..:):)

Moga Kak Ani sentiasa ceria bersama keluarga..dan apa yang utama akak diberikan kesihatan yang baik:):)

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Menghadapi hari-hari yang semakin pendek menggusarkan hati saya juga.

Muda tidak bermakna langkahnya semakin panjang, bahkan tidak mustahil langkah orang muda semakin pendek berbanding orang yang lebih berusia.

Seringkali langkah yang diatur tersungkur di pertengahan jalan, dan seringkali juga mata ini terpana dengan 'fatamorgana'.

Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang benar sepanjang langkah ini diatur.Ameen.

mohdandmeriam berkata...

assalamualaikum nim..membaca coretan hanim membuat kakyam sedih..itulah yg dihadapi oleh kita yg dah 'tua' ni..tapi kakyam lagi tua nim..tak boleh kakyam bayangkan bila pakcik pergi dulu dari kakyam..sebab semuanya dibuat bersama..kakyam jaga cucu ni pun dia yang banyak membantu kalau tak tak mampu..
kakyam pun tak pernah membuat cukur jambul n aqiqah sehebat tu..buat ala kadar je..tapi bagi mereka yg berduit,apa sangatlah kan..

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Sharom,

Nampaknya sekarang ni orang yang terlibat dengan peralatan pengantin/kenduri seperti khemah, kerusi meja dll menjadi satu bisnis yang baik.

Kadang2 hingga tak cukup alat nak disewakan.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam pB,

Yerlah sekarang kenduri apa pun memang berkhemah bagi. Mewahnya orang sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Ibu Guru,

Tinggal berdua ni mengajar kita erti saling memerlukan.

Akak juga pernah bayangkan saat sedih begitu. Tapi herlah kita kena terima hakikat bahawa perkara itu akan berlaku entah dia dulu, entah kita dulukan.

Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita dalam menghadapi suka duka hidup ini.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Pie,

Meningkatkan amalan pada yang memang dah berilmu dan mencuba menambah ilmu sedaya mungkin untuk diamalkan pada orang yang tak berapa pandai seperti kak ani ni.

Apa pun Alhamdulillah Allah membuka hati kak ani untuk menerima kekurangan diri dan beri rasa keinginan untuk belajar, itu sudah satu rahmat Allah pada kak ani.

Semoga Pie sekeluarga dilindungi Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah Allah sentiasa membuka hati akak ke arah itu. Semoga ianya berkekalan sehinga bila-hila.

Yerlah masa muda2 dulu beramal juga tapi berebut2 dengan masa untuk mencari rezeki. Sekarang masa agak tenang, jadi nak cuba yang terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sis Tinie,

Memang saat12 semua orang ada dirumah tulah yang sentiasa ditunggu2.

Bila anak-anak dah besar ni rasa yang tinggal 4 orang ni sikit sangat. Yerlah 2 dah bekeluarga, 2 lagi sedang menimba ilmu, tinggalkan kami berdua, yang bergaduh itu, yang menghibur pun itulah. He he

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Ros,

Memang betul, buah yang nak gugur tak kira buah muda atau tua tapi lazimnya yang tualah dulu yang akan gugur. He he.

Apa pun Allah penentu segala jadi semasa muda dan kudrat masih kuat beribadat sedaya mungkin. Masa muda tak akan berulang.

Alangkan manisnya beribadat ketika badan masih kuat. Dapat mengerjakan pergerakan sholat dengan sempurna. Sayangnya ramai orang muda yang melepaskan peluang keemasan ini tanpa menyedari betapa beruntungnya beribadat ketika masih muda dan kuat.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Kak Yam,

Saat-saat manis ketika ini seandainya Allah mengambilnya, hanya Allah yang tahu perasaan kita.

Hidup bersama berpuluh-puluh tahun, susah senang dihadapi bersama sehingga usia sekarang memang sukar rasanya untuk berpisah.

Saya juga seperti kak yam, kemana-mana saja kami akan berdua dari dulu hingga sekarang. Bersyukur sangat Allah berikan kita seorang suami yang baik dan bertanggungjawab yer kak yam.

Yang paling penting, dia tetap sayangkan kita walaupun kita dah tak 'semeriah' dulu.

Saya doakan semoga Kak Yam dan Abang Mad sentiasa dipelihara Allah dan diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Minta maaf pada semua kawan-kawan kerana lambat kak ani respon pada catatan kawan2. Masa akan terhad sedikit sejak akhir-akhir ni dan kesihatan pun kurang baik siki.