Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 19 Julai 2010

Akhiran Kisah "Sedih Pun Singgah Juga"


Warna warninya ikan ini seolah-olah mengambarkan
perjalanan hidup yang beranika rentaknya


Pengakhiran kisah dari N3 dulu tu tak adalah tragis sangat.

Bila tiba saja ke dungun, emak saya terperanjat nampak saya. Mungkin dia terkejut kerana saya berani naik bas sorang diri dengan bawa beg sekolah saja. Sesuatu yang tak pernah terjadi.

Saya ceritakan pada mak apa yang berlaku. Nampak mak sedih. Tapi dari peristiwa itu, ayah saya kecik hati sangat. Dia ungkit-ungkit dengan mak. Dia kata dia tak sangka saudara mak sanggup buat anak dia macam ni.

Mungkin saya rasa tertekan sangat dan lekat dihati hingga sekarang bukanlah sekadar kerja-kerja yang perlu saya lakukan seperti saya ceritakan dalam N3 lepas tapi setiap leteran dan kemarahan yang saya terima setiap kali melakukan sesuatu kerja.
Cuma saya tidak pernah dipukul. Tiap kali balik sekolah saya rasa takut bila tiba dirumah, saya tak tahu apa lagi kesalahan yang saya telah lakukan. Kadang-kadang perkara yang menimbulkan kemarahan tu tidak sepatutnya menjadi kemarahan.

Itu perasaan saya pada usia itu. Tapi sekarang pandangan saya dah lain. Saya rasa kerja-kerja yang diminta saya membantu tu adalah kerana kesempitan hidup. Cuma rasa saya tidak salah kita meminta anak-anak membantu untuk menambah sumber kewangan keluarga tetapi biarlah kerja yang berpadanan dengan kudrat kanak-kanak tu.

Apa pun dari pengalaman tu, saya tahu macam mana atap rumbia dibuat, macam mana rokok daun tu terjadi dan yang paling penting kehidupan dalam suasana yang segala-galanya kurang dan peringatan supaya susah senang selagi terdaya biarlah anak-anak membesar didepan mata kita.

15 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Cerita yang penuh dengan pengajaran. Pengalaman merupakan ilmu yang sangat berharga. Terima kasih Kak Ani .... :)

pB berkata...

mahal sungguh pengalaman nie.

penjejak maya berkata...

salam,

tanpa kita sedari peristiwa yang dilalui itu ada hikmahnya.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PB,

Setiap yang berlaku ada pengajarannya pada kita dan amat berguna, cuma ketika terjadi kita amat terasa keperitannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejak Maya,

Sungguhpun pahit ketika terjadi, tapi tetap kekal dalam ingatan sehingga bila.

Bila terkenang, ada rasa sedih atau sukar mempercayai perkara yang pernah dilalui.

Shida berkata...

Memang tak sanggup berpisah dengan anak² apatah lagi utk jangkasama yg panjang.

Kisah ini memang sedih tapi menarik dapat dikongsi bersama.

IKRAB family berkata...

kisah hidup yang sungguh berharga ye kak.banyak iktibarnya.
akak sihat ye.
p.c.

Werdah berkata...

Salam Ani,

Inilah yang dinamakan pahit manis kehidupan.. bila kita ingat kembali adakalanya menginsafkan..

Kak juga ada pengalaman pahit manis, maklumlah kak ditinggalkan ayah semasa umur setahun setengah, dan allahyarham dikebumikan di tengah lautan Hindi, lagi 12 hari nak sampai ke Tanah Melayu ketika itu naik kapal menunaikan haji, mak pula meninggal semasa kak menunggu reslut SRP, selepas pemergian mak episod kesedihan semakin bertambah.. tapi sekarang mengerti bahawa semuanya adalah ujian.

Benar, kita harus memaafkan tapi kita tak mudah lupa. Apa-apapun segalanya menjadi tauladan dan sempadan. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shidah,

Rindunya kak ani pada shidah. Lama kita tak bertemu sama ada di alam nyata atau alam maya.

Semoga shidah sekeluarga sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shima,

Kisah yang tersembunyi selama ini shima. Hanya abang yang tahu kisah silam ini. Itu bercerita ketika melintasi kawasan ini setiap kali balik ke dungun.

Alhamdulillah akak macam biasalah. Sakit biasa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Banyak kisah-kisah sedih hidup ditahun-tahun kita membesar yer kak. Cara kita membesar tidak sama dengan cara anak-anak kita membesar.

Apa pun Alhamdulillah Allah sentiasa membaikkan hidup kita dengan rahmatNYA dari masa ke semasa.

mohdandmeriam berkata...

salam nim..betul nak mita tolong biarlah berpadanan dgn kudrat akan2..sedih kakyam membacanya..tapi itulah pengalaman yg sangat berharga ..anak2 kita sekarang ni amat bertuah kerana mereka dibesarkan dalam zamam mudah ,tak spt kita dulu..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Begitulah perjalanan hidup kita dulu2kan.

Tapi shukorlah ianya hanya sekejap sahaja. Jadi pengajaran pada ibubapa juga, jangan tinggal2 jer anak dengan orang.

Pn Kartini berkata...

salam..:)

sayu je bila baca kisah akak..
betapa tika itu pasti tercalar perasaan...
Namun itulah pengalaman yang membuat kita menghargai akan anugerah yang diberikan olhNya pada hari ini..

Moga akak sentiasa dilimpahi kebahagiaan dariNya..:):)