Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 20 Jun 2010

Sepasang Kekasih Lama



Usia Meningkat
Sisanya Meniti Bilah-bilah Senja
Cahaya Syorga Menyegar
Mengganti Anggun Yang Dulunya Megar

Kudratnya Hampir Sirna
Ditelan Rakus Hebat Dunia
Yang Telah Dijanji Akan Binasa

Pasangan Bahagia
Semenjak Mula Bersama
Hingga Menghabis Umur Tersisa

Manisnya
Tangan Dipegang Erat
Langkah Beriringan
Senyum Kendur Memikat
Dengan Renungan Bercahaya

Syahdunya
Kekasih pertama Menjadi Kedua
Kekasih Kedua Pengikat Setia
Dari Rukun Pertama
Hingga Selama Disimpan

Indahnya
Cinta Sesama Manusia
Sepasang Kekasih Lama
Bersandar Pada Yang Esa



Sehibul Anuar Asrani
Sarawak

8 ulasan:

piewahid berkata...

salam kak,
kasih yang suci berlandaskan Islam insya-Allah kekal selamanya.

semoga ianya kekal hingga ke syurga, amin..

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :) ↲

Harap sihat sokmo ye..↲
↲Saya doakan agar akak juga tergolong di kalangan pasangan bahagia hingga akhir usia..ameen.

Abd Razak berkata...

Salam Kak ani..:)

Moga kakak sihat hendaknya..

Semoga kakak serta suami berbahagia hingga ke akhirat...ameen

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..hendaknya jodoh kita n kasih sayang kita bersama2 orang tersayang berkekalan hingga kehujung nyawa..
makcik harap hanim n keluarga sihat..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Semua kita mengharapkan bahagia dan kasih sayang berkekalan.

Semoga keluarga pie juga di rahmati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih doakan akak. Semoga kita semua bahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Terima kasih doakan akak. Kami sekeluarga Alhamdulillah.

Kami sihat sebagaimana sihatnya orang seusia kamilah.

Kak Ani juga doaka semoga Abd Razak juga di bawah lindunganNYA selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Itu doa kita sentiasa yer kak yam. Sentiasa inginkan kasih sayang suami dan anak-anak bersama kita.

Semoga kita semua dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah.