Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 1 Jun 2010

Semoga Rahmat Allah Sentiasa Bersama Mu

Satu pagi pada 1 Jun 1991, saya dengan langkah yang berat menuju ke Hospital Universiti (sekarang PPUM). Inilah tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak UH untuk saya melahirkan anak yang kelima ini.

Memandangkan saya ada 'bad obstetric history' doktor tidak membenarkan saya mengandung bayi berkenaan sehingga tempoh selama 9 bulan 10 hari sebagaimana sepatutnya. Masuk saja 8 bulan 1 minggu saya diarahkan ke hospital untuk buat 'induce'.



Alhamdulillah, sebelum tiba waktu zohor saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.1 kg. Saya tidak mengalami 'labour' yang lama selepas diinduced. Tak sempat doktor datang saya bersalin dengan dibantu oleh jururawat dan bidan sahaja. Syukur Alhamdulillah.

Saya masih ingat ketika anak saya itu ditunjukkan kepada saya untuk menyebut jantina bayi berkenaan, saya terperanjat bila melihat anak saya seolah-olah berada dalam satu karung pelastik nipis yang bewarna kehijau-hijauan. Sungguhpun begitu saya dapat melihat jantina anak saya itu dengan jelas.

Ketika saya masih merenung anak saya tu, jururawat ingatkan supaya cepat-cepat menyebut jantina anak saya, sebab katanya dia nak pecahkan sarung tu takut budak lemas. Rupanya dia lahir bersama sarungnya sekali. Itulah kebesaran Allah.

Tapi sayangnya tak beberapa minit selepas tu saya mengalami tumpah darah yang banyak sehingga jururawat yang membantu saya tu menjerit-jerit memanggil doktor untuk memberhentikan darah yang saya sendiri merasakan membuak-buak keluar. Masa tu tangan jururawat tu masih memegang tali pusat yang masih terikat pada uri dalam rahim saya. Sekali lagi Alhamdulillah, Allah masih mahu saya hidup, selepas diberikan satu injeksyen darah berkurangan. Tapi saya masih ditahan di 'labour room' sehingga besok paginya.

Sebenarnya saya mengandungkan Salam dengan engkar kepada nasihat doktor. Memandangkan apa yang saya kata 'bad obstetric history' doktor tidak membenarkan saya mengadung sebab risikonya sangat tinggi. Tapi masa itu saya terfikir siapalah saya nak menentukan anak mana yang harus saya lahirkan dan anak mana yang tidak harus saya lahir. Doktor kata 'the risk is very high', tanpa fikir panjang saya jawab 'I'll take the risk'.

Sekarang Muhammad Nur Salam telah berusia 19 tahun. Nama 'Nur Salam' sempena dengan nama seorang ulamak dari Indonesia yang saya sering mengikut ceramahnya ketika masih belum mengandungkan Salam lagi. Saya memohon izinnya seandainya saya dapat anak lelaki saya akan namakan anak itu sempena nama beliau. Tapi saya tambahkan 'Muhammad' di depannya.

Salam, mama doakan semoga Salam dilindungi Allah selalu dan berjaya dalam apa yang sedang dan akan Salam cita-cita dan usahakan.

15 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Diucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 19 buat anaknda nur salam. Semoga menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dan penyebab semua ahli keluarga mewarisi syurga.. Amiin.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

...'bad obstetric history' penyakit macamana ya...

Alhamdulillah selamat sejahtera akhirnya ya...Itulah kuasa Allah Yang Maha Besar...Semoga semuanya dalam lindungan-Nya.Ameen.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih atas doa akak.

Allah Maha kaya, Salam dan Sakinah dilahirkan berikutan tahun selepas anak ketika berusia 7 tahun.

Allah telah mengatur segalanya. Salam sangat mirip dari segi rupa dan kelakuan arwah Iskandar.

Kunang-Kunang berkata...

Maaf kak maksud saya 'anak ketiga', bukan 'ketika'

Kunang-Kunang berkata...

Salam Ros,

'bad obstetric history' tu maksudnya segala macam penyakit dan kesulitan yang kak ani hadapi berkaitan dengan hal-hal obstetric. Kak ani ada yang bersalin melalui pembedahan iaitu arwah iskandar sehingga masuk darah dan ada lagilah masaalah lain.

Terima kasih Ros sudi doakan kami.

sahromnasrudin berkata...

alhamdulillah..sy jadi pengikut saudari yang ke 62..jemput ke blog sy..tenkiu

Miecyber berkata...

Pengalaman yang sungguh mencemaskan...Alhamdullilah semua selamat....

aby berkata...

salam k hanim..

memang ade kalanye kite kene buat perjudian ... wlu kite tau kite berdepan dgn kemungkinan yg tk menentu ..
ape pun alhamdulillah ... sumenye selamat ...
semoga Salam k hanim menjadi insan harapan kpd agama dan bangsa ...

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..alhamdulillah hanim selamat..kak yam gerun membacanya..kak yam jenis yg payah bersalin..sebab tu Allah hanya memberi 3 orang anak saja..yg kedua dan ketiga perbezaan 10 tahun lebih..apa pun bersyukur kita..

ummu berkata...

salam Kak Ani
sedih dan terharu membaca pengalaman akak melahirkan Adik Salam.
Allah masih panjangkan umur kita...syukur alhamdulillah saya dapat jumpa kak Ani meski di alam maya sahaja...

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sahrom,

Terim kasih sudi singgahj blog akak ni. InsyaAllah akak akan ke blog sahrom nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mie,

Alhamdulillah kami berdoa selamat. Segalanya telah ditentukan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummussalam Wak,

Itulah wang kadag2 ada ketika kita kena tawakkal dan berdoa semoga pilihan kita itu bertepatan dengan apa yang telah Allah tentukan.

Kunang-Kunang berkata...

Walaalaikumussalam Kak Yam,

Itulah yer kak yam orang kata setiap anak yang dilahirkan tidak sama cara sakitnya.

Apa pun Alhamdulillah kita orang perempuan ni diberi kekuatan oleh Allah untuk menanggungnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Benarlah seperti kata orang tua2 ni, bersalin ibarat nyawa dihujung rambut. Besarnya pengorbanan seorang ibu (termasuk kita semua) dalam menyambung zuriat manusia di dunia ini.