Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 21 Jun 2010

Sayang Yang Tak Pernah Terucap



Sejak beberapa hari kebelakangan ni terutama semalam meriah memperkatakan hal 'Hari Bapa'. TV pun ada drama mengesahkan hal kehidupan bapa. Di Radio pun banyak ucapan selamat hari bapa disiarkan.

Kata Inah pada abahnya pagi semalam "Bah, selamat hari bapa, sori tak sempat beli hadiah, inah belanja makanlah."

Saya senyum, nak belanja abah makan. Duit nak belanja abah makan tu duit siapa. Duit abah jugakkan.

Saya juga ada kenangan manis, indah dan tak kurang sedih ketika ayah masih ada. Saya masih ingat lagi ketika itu mungkin saya dalam usia 6 tahun (sebab belum sekolah) ayah telah ditukarkan bekerja di sebuah tempat yang sangat jauh dipendalaman di Ulu Terengganu. Penduduk di situ majoritinya bersawah, tanam pokok koko, tanam pokok kopi dan tanam pokok gambir.

Cerita yang saya ceritakan ni telah berlaku dizaman akhir 50an. Masa tu banyak kawasan-kawasan pendalaman di Terangganu masih mundur. Kami 3 baradik (pada masa tu) banyak dibesarkan di sekitar Kuala Terengganu. Jadi bila terpaksa tinggal di kawasan pendalaman agak sukar juga.

Saya masih ingat, perigi untuk mandi manda dan sebagai sumber air minuman, terletak nun jauh di lembah di tepi sawah. Mungkin lebih kurang 200 meterdari rumah. Ketika itu emak tidak benarkan kami ke kawasan berumput bila keluar dari rumah, dia benarkan kami bermain di kawasan tidak berumput saja. Sebabnya, di mana ada rumput di situ ada pacat.

Setiap pagi sebelum ayah pergi kerja, ayah akan dukong kami bertiga untuk dibawa ke perigi. Ayah bimbang kami digigit pacat. Saya anak yang sulung akan ayah gendong dibelakang (gendong, kata orang terengganu), 2 adik lelaki saya ayah akan dokong kiri dan kanan. Tiba diperigi, ayah akan letakkan kami di bangku panjang tepi pergi. Selesai mandi, ayah akan bawa kami balik ke rumah dengan cara yang sama. Begitu juga diwaktu petang bila ayah telah balik dari kerja. Ayah akan mandikan kami.

Bukan itu saja yang ayah buat, memandangkan perigi jauh, ayah akan angkat air dari perigi untuk diisi dalam tempayan atau besin hingga penuh untuk memudahkan mak membuat kerja rumah dan masak memasak.

Pada zaman itu, memasak hanyalah dengan cara menggunakan kayu api (dapur kayu, kata orang Terengganu). Ayah akan pastikan kayu api siap tersusun dibawah rumah. Kami hanya tolong angkat kayu tu pada mak bila mak memerlukannya.

Setiap hari Jumaat selesai saja mandi pagi, kami bertiga akan duduk berderet tunggu giliran ayah potong kuku. Hal potong kuku ni ayah lakukan sehingga saya darjah 6 di sekolah rendah.

Saya juga masih ingat, ketika kami tinggal di kawasan pendalaman tu, rumah yang kami sewa tu dikelilingi oleh pokok rambutan di samping pokok-pokok lain. Memandangkan kami tidak mempunyai pokok sendiri, ayah akan memajak sepohon pokok rambutan yang berdekatan dengan rumah untuk kami buat apa yang kami suka dengan pokok tu. Pajakan bermula dari mula rambutan berbuah hingga habis. Ayah bimbang kami panjat dan ambik buah rambutan orang. Mungkin masa tu ayah takut benda-benda yang bukan hak kita masuk ke perut kami. Terima kasih ayah.

Kenangan ini sangat indah dalam ingatan ayah. Ayah memang garang. Tapi dia tidak pernah cuai dengan tanggungjawabnya terhadap kami dah mak. Saya rasa mak sungguh beeruntung mendapat suami macam ayah.

Semoga roh ayah dan mak dicucuri rahmahNYA.

7 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

indah bila dapat mengingati semula kenangan silam semasa zaman anak-anak..

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, indahnya saat2 itu...

sungguh bahagia bila terkenangkan semua itu...

syukur alhamdulillah, anak2 skrg tak alami semua itu...

abah sy garang, kalo gi main lecah balik umah je kena laa rotan...

semoga arwah ayah & ibu kak ani ditempatkan bersama org2 beriman...insya'Allah...

piewahid berkata...

salam kak,
semoga sihat selalu.

begitulah hebat danb tulusnya pengorbanan seorang bapa.
semoga mereka ditempatkan di sisi org2 yg beriman.

p/s gambaran kampung tu sama spt kampung saya di merapoh, k lipis semasa kecil2 dulu.

sahromnasrudin berkata...

kenangan kanak-kanaklah kenangan yg paling sukar utk dilupai...:-)

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..sedih kakyam baca..yalah zaman kakyam pun begitu..susahnya hidup masa dulu..kena angkut air diperigi n cari kayu api..tapi kami semua bersyukur n tabah menghadapinya..ada kak yam buat n3 tentang ni.apa pun kita menjadi tabah n bersyukur dgn apa yg kita ada..agaknya sebab tu hidup kita berkat n dirahmati oleh Allah.diharap hanim n keluarga sihat2 je..

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani,

Moga sihat hendaknya..:)

Semua orang ada kenangannya masing-masing, namun pada hakikatnya pergorbanan ayah tidakkan pernah dapat kita balas. Hanya doa untuk mereka sering kita lafazkan setiap hari agar mereka bahagia dan terampun dosa.

Kunang-Kunang berkata...

Salam semua pada kawan-kawan yang meninggalkan ulasan

Penjejak Maya
White Rose
Piewahid
sahrom
Kak Yam
Abd. Razak.

Minta maaf tak dapat respon balas ulasan-ulasan yang kawan-kawan tulis seperti internet down.

Semoga kawan-kawan semua sihat sentiasa dan berbahagia dunia dan akhirat.