Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 26 Jun 2010

Quran Saintifik

Hampir seminggu saya tidak dapat menjengok blog saya ini. Bukan saya tak mahu atau pun terlalu sibok tetapi kerana internet saya down lebih kurang 4 hari. Semalam barulah bernyawa balik. Lega sikit rasanya, bolehlah berblog balik.

Pada hari Ahad lepas saya ke Kompleks PKNS Shah Alam,untuk mencari sebuah buku yang direkomenkan oleh Ustaz Bahasa Arab saya iaitu buku di bawah ini. Kata beliau buku ni sangat bagus. Akhir saya beli buku ni di salah sebuah kedai buku di Kompleks tu.



Bukunya bertajuk "Quran Saintifik" ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin. Rasanya mesti ramai yang kenal dengan Dr. Dabial ni. Beliau seorang doktor perubatan yang mendapat pendidikan di Universiti Iskandariah, Mesir dalam bidang perubatan.

Saya juga beli MP3 beliau. Tapi saya belum mendengarnya. Ustaz saya kata MP3 Tasfiran beliau juga bagus.



Saya dah baca buku ni beberapa bab. Belum habis lagi. Saya nak kongsi sesuatu yang saya rasa antara menarik yang telah saya baca.

Quran Dan Teori Kejadian Alam


Alam semesta mempunyai permulaannya. Dalam surah Al –Anbiyak ayat 30 Allah berkata “Apakah orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa> kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq) . Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup”

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya kehidupan tidak akan wujud sama sekali.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan fokus, iaitu. Ratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataam Arab yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup.

Fatah pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang.

Berhubung dengan ayat ini , Imam Said bin Jubair berkata, “Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditingikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini”.

Tafsir oleh Imam Said itu yang dinyatakan lebih daripada 1000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al Asas fi al-Tafsir, “Tafsiran yang dibuat, sebagai contoh oleh Imam Said bin Ubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.”. Hal ini disebabkan kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.

Teori Big Bang

Teori yang menjadi pegangan umum oleh para sainstis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di lamna web N.A.S.A., dalam segmen Big Bang cosmology di http://map.gsfc.nasa.gov, kejadian alam bermula 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa millimeter sahaja. Sejak daripada tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 billion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Justeru, kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner. Beliau adalah seorang Profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi Dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata “Melihat asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu saya rasa tidak akan mampu mengetahuinya”.

Akhirnya beliau berkata “Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan (quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Banyak daripada kenyataan ini tidak dapat dibuktikan dahulu tetapi pada hari ini sains moden dapat membuktikan kebenarannya.” Hal ini dilaporkan dalam A Brief Illustrated Guide to Understanding Publications, . edisi kedua, Mei 1990

8 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

dalam al-Quran itu terungkap seribu rahsia yang tak terbatas..

Abd Razak berkata...

Salam kak ani..

apa khabar kak, moga kakak sihat hendaknya..

Rasanya saya pernah beli buku ni dan saya menyukai tulisan dan ceramah Dr Danial.

Pn Kartini berkata...

Salam Kak Ani..:)

Maha Kuasa Allah..
...menyelongkar segala rahsia alam yg bisa terjawab dari hanya melalui Al-Quran..:)

kakpah berkata...

salam ani. muga sehat.
al quran pegangan dan panduan hidup hingga ke akhir zaman....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejak Maya,

Semuanya ada dalam alquran,cuma kita saja yang kurang memahami apa yang terkandung dalam alquran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Alhamdulillah kak ani selain sakit lutut ni, sihat. Semoga Abd Razak juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Itulah sekarang ni terbongkar satu persatu kebenaran yang tertulis dalam alquran selepas banyak perkara terjadi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Semoga kak pah juga sihat.

Sekarang ni kebenaran apa yang difirmankan Allah dah terbongkar satu persatu bagi mereka yang selama ini meraguinya.