Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 14 Jun 2010

Perkahwinan Di Baling



Ini kali ketiga saya dan suami ke Baling. Ketiga-tiganya untuk urusan perkahwinan anak saudara lelaki saya.

Jodoh anak saudara lelaki saya dengan gadis Baling yang membawa saya pertama kali ke Baling kira-kira 5 tahun lalu. Masa tu Baling sangat jauh ketinggalan. Jalan-jalan raya sedang diperbesarkan. Tempatnya nun jauh ke pendalaman.

Kali kedua akhir tahun lepas untuk urusan pertunangan anak saudara yang kawin pada 6 Jun baru-baru ni dengan gadis Baling juga. Saya perhatikan Banyak perubahan yang berlaku. Dah ada jalanraya yang cantik. Dan ada hotel di pekan Baling. Dulu hanya ada Rumah Rehat Kerajaan saja. Kali ini rumah pengantin kalau tak salah saya di sebuah kampong bernama Lanai.

Pernikahan dijalankan di Masjid Kampong tu pada hari Sabtu. Hari Ahadnya kenduri.


Ketibaan kamidi Kampong Lanai dalam hujan yang renyai-renyai



Persembahan Silat menyambut ketibaan Pengantin
dan tetamu dari jauh dan dekat


Saya meninggalkan Baling pada hari yang sama. Memandangkan adik saya dan 3 orang anaknya mengikut saya ke Baling, kami sekali lagi menuju ke Pulau Pinang dalam perjalanan balik ke Shah Alam kerana orang 4 beranak ni tak pernah sampai ke Pulau Pinang. Jadi nak rasa naik jambatan Pulau Pinang dan naik Feri. Ikut jerlah.




Batu Peringgi


Memandangkan tiba di Pulau Pinang, hari dah petang, kami bermalam di sana pada malam tu. Keesokan harinya selepas pusing-pusing Bandar George Town termasuk juga sesat jalan, kami balik ke sini melalui Feri pula.

Sebenarnya saya ada nak pastekan beberapa gambar tapi sayanya saya tak dapat uploadkan melalui photobucket, saya nak tahulah apa image uploader yang kawan2 gunakan. Saya perhatikan photobucket sangat slow sekarang ni dan selalu fail bila upload.

24 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

org baling kenduri mesti masak gulai kan..gulai daging jantung pisang..betul tak???

Abd Razak berkata...

Salam kak ani,

Moga sihat hendaknya..

Seronok dapat melihat cara orang kampong mengadakan kenduri kahwin ya kak..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Lauk gulai daging dengan jantung pisang ni berlaku semasa perkahwinan anak saudara kak ani yang pertama dulu.

Tapi perkahwinan kali ini itu semua tidak berlaku. Sesuatu yang sebaliknya berlaku. Tapi tak eloklah kita bercerita buruk orang kan, cuma kita anggap dah itu rezeki kita pada kali ini.

Satu pengajaran walaupun sama tempat dan negeri tapi ada benda yang tidak sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Itulah kata orang, berjalan tempat orang banyak benda yang kita belajar dan boleh perhatikan untuk dijadikan sempadan dan tauladan.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
endiem berkata...

Baca pada tajuk tu... ingat satu insiden yang berlaku pada musim perkahwinan ini.

Tapi bila baca isinya barulah tahu hal yg sebenarnya...

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua pengantin.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Ini anak saudara kak ani yang tinggal di Kuantan tu.

Hari Sabtu ni kenduri di Kuantan pulak, akak akan ke sana pada 18 Jun ni.

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, dah cat lain...

cantek, rasa tenang je...
rajin laa kak ani tukar2 cat...
hehehe...

rindu kat baling...
last g baling pada tahun 2008...

masa sy convo di maktab sg.petani...
baling adalah laluan sy ke sg.petani...
mesti singgah umah mak sedara kawan sy...

sy suke makan ketupat palas...
sedap...

kak ani, sy tak penah pakai photobucket, sbb ianya susah & ade terhad time tuk publish...
sy hanya guna yg bloggger nya item...
senang upload & senang nak letak dimana...

kakpah berkata...

salam. Jauh tu menghadiri majlis. Tapi sempat jugak cuti2 melesia..
tahniah kepada pasangan...

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..wow jauh je pergi kenduri..kak yam hanya disekitar kampung je..sebab kak yam tak berapa sihat..anak n cucu juga tak sihat..mungkin sebab hari sangat panas...

a kl citizen berkata...

tak pernah ke Baling lagi
teringat peristiwa memali kalau sebut pasal Baling..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Seronoknya White rose aktif balik berblogging.

Kak ani dah tau sekarang, bukan salah phtobucket tapi salah pc kak ani, slow yang amat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Sebenarnya ke Penang tu betul-betul sekejap sangat.

Lepas harap anak2 saudara nak naik jambatan dan feri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Saya sebenarnya tak kenangkan anak saudara sendiri rasanya tak larat nak ke Baling. Jauh sungguh,

Ni hari Jumaat ni nak ke Kuantan pulan, kenduri pihak pengantin lelaki (anak saudara). Berjalan lagi, tapi Kuantan tu dekatlah sikit.

Dah berumur-umur ni tak larat dah nak berjalan-jalan sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

Rasanya anak-anak muda sekarang dah tak berapa ingat kisat Memalikan.

Mungkin kemiskinan pun dah kurang di Baling ni. Dulu semasa masih kerja di UM, selalu juga baca laporan penyeldik2 di UM tu tentang penyakit2 di Baling disebabkan kekurangan zat. Kesian.

aby berkata...

salam k hanim ..
24 thn dok kt utara, tulisan tempat2 k hanim tu mengamit kembali kenangan2 wak kt sane .. termasuk la berjalan kt baling dan memali ni ..
penang apetah lg la ..

cume yg buat kelainan sikit antara kenduri kahwin kt sane n sini ..
khemah laki dan perempuan asing2 ..
manakale kt sini khemah bercampur laki dan perempuan ..

agaknye semangat gotong royong atau org jawe kate Rewang masih kuat kt baling ni .. sedangkan kt sini .. dah makin pupus .. sume main catering jer ...

Pn Kartini berkata...

Salam kak Ani...:)
Moga sihat akak di sana..:)
yelah kan..perjalanan jauh..pasti memenatkan..
:):)
Sesekali melihat suasana di tempat org..seronok juga..:):)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam wah,

Keadaan memang kampong sungguhlah. Ada dua tiga orang pihak kami yang jatuh tersungkur tersepak tunggul, Adik sendiri 2 kali tertonggeng.

Memang mereka mengadakan khemah berasingan lelaki dan perempuan. Sebenarnya di Terengganu pun memang diadakan khemat berasingan, cuma pada kita yang tak biasa ni rasa jangkal sebab terpaksa makan bersama dengan orang yang tidak dikenali.

Wak, disepanjang perjalanan ke utara banyaklah 'padang golf yang panjang rumputnya tu' terbentang luas. Saya senyum sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Berjalan jauh memang memenatkan tapi seronok.

Semoga Sis Tinie juga berada dalam keadaan sihat sentiasa.

ummu berkata...

salam kak Anim
minggu lepas keluarga mertua balik Kedah menziaarahi sanak saudara di sana. Saya je tak nikut sebab keadaan saya tak memngizinkan saya untuk berjalan2.takpelah jalan2 je kat Blog akak kan,nampak juga dunia luar.

piewahid berkata...

salam kak,
salam ziarah & ukhwah sambil2 membaca berita dari baling.

moga akak sekeluarga sentiasa sihat, ceria dan bahagia dunia akhirat :)

penjejak maya berkata...

salam,

best ye sambil pergi kenduri kahwin sempat juga makan angin..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Terima kasih atas doa pie tu.

Akak juga doakan semoga pie sekeluarga sihat selalu. Semenjak sekolah cuti ni keraplah ke luar dari Shah Alam. Musim orang kawin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam penjejakmaya,

Sambil menyelam sambil minum air. Ada juga orang kata sambil menyelam sambil pancing ikan.