Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 2 Jun 2010

Jalan-jalan Jer

.
Pensil box


Pagi tadi jalan-jalan ke Alam Central dengan sakinah. Sakinah nak ambik cermin mata dia di England Optical. Dia takut nak pegi sorang sebab katanya parking di bahagian basement bangunan Alam Central tu sunyi.

Tiba di sana lebih kurang jam 10.30 pagi. Kedai cermin mata tu belum buka lagi. Jadi kami ke tingkat 3 untuk ke Hot Market sementara menunggu kedai buka.

Memandangkan kaki ni tak berapalah nak sehat sangat, saya jalanlah perlahan-lahan bralih dari satu barang kesatu barang yang dijual disitu. Macam-macam barang yang dijual dari sepit rambut, sikat hinggalah ke pinggan mangkok, gelas serta periok, cerek dan macam-macam barang lagilah.

Teruja juga dengan penyepit rambut yang berbagai bentuk. Beli jugalah. Sakinah pulak beli pensil box.

Dia kata dia berkenan sebab cute sangat. Sampai 3 dibelinya. Hai tak habis-habis perangai budak-budak.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami turun ke tingkat bawah. Kedai cermin mata tu dah buka. Sementara menunggu sakinah di kedai tu saya berjalan ke tempat menjual buah-buahan.

.

.

Saya beli buah mangga ni. Nama mangga ni 'rainbow'. Baunya wangi sangat. Mungkin mangga siam. Harga RM6.80 sekilo. 3 bijinya beratnya 1 kilo lebih. Harga RM9.00. Belum makan lagi tak taulah manis ker tidak.

Memandangkan kaki dah berdenyut-denyut dan sakinah dah selesai urusannya, kami singgah minum sekejap di salah satu restoran di situ.

.

.

Selesai menghilangkan denyut kaki dan dahaga serta perut pun dah kenyang, kami terus balik.

6 ulasan:

mohdandmeriam berkata...

salam nim..suka sangat kalau dapat berjalan dgn anak2 kan..terasa macam berjalan dgn kawan2 je hehehe..

Abd Razak berkata...

Salam kak..

Moga kakak sihat..:)

Suka tgk mangga, buah kegemaran saya. Tapi ada kawan bagitau pada sapa yang ada gout tak boleh makan buah ni, kandungan asidnya tinggi. Saya takder masalah tu takpe..:)

kakpah berkata...

salam.
tu bukan setakat minum lagi tu. dah kira lunch haha..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak yam

Memang seronok berjalan dengan anak. Sekarang ni yang selalu ikut saya atau abahnya ke mana2 hanyalah salam dengan sakinah jerlah.

Dulu ketika arwah Iskandar baru meninggal saya selalu sedih bila lihat ibu berjalan dengan anak lelakinya.

Sebab dulu Iskandar yang rajin bawa saya kemana-mana kalau abah dia tak boleh ikut. Saya selalu bayangkan betapa bahagianya seorang ibu dapat
anak lelaki yang sanggup membawa mak ke sana situ.

Saya pernah menangis melihat satu insiden dimana seorang ibu dan anak lelaki bangsa india. Begitu baiknya anak tu melayan maknya yang dah tua makan. Dilayannya kerenah maknya tu, unjukkan air dan pimpin maknya. Masa tu saya sedih dan terharu sangat.

Alhamudulillah sakinah dan salamlah yang selalu pimpin tangan saya kalau saya nak naik/turun tangga. Merekalah juga tempat saya berpaut bila kaki tak kuat ketika berjalan. Dia oranglah yang rajin sangat ajak saya berjalan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Memang betul. Hasben kak ani ada gout memang sakitlah kalau dia makan mangga. Jadi kalau dia teringin sangat dia makanlah sikit.

Ada orang kata kalau orang baik demam pun tak berada elok makan mangga ni sebab demam boleh berbalik semua (bentan).

Sebenarnya apa pun yang dimakan, makan ala kadar jerlah kan. Itu sebaiknya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

He he betul tu, dah bukan minum lagi. Kenyang hingga ke petang.