Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 30 Jun 2010

Exam Oh Exam



Aduss, sedang sedap-sedap berehat kejap sambil menonton tv, tiba-tiba h/set saya berbunyi. Member Kelas Guru Mengaji beritahu "Ni, malam exam, tafsir",

"Aah, exam. Ya Allah apa nak jawab. Apa hal lebih dari bidan terjun ni. Mana ada exam bagi notis less than 12 hours ni". Jawab saya,

Terdengar suara dia gelak. "Entahlah tadi orang pejabat Pentadbiran Masjid Negeri beritahu, minta sebarkan perkara ini", tambah kawan saya.

Nasib baiklah kami tak ramai. Masa permulaan kelas dulu kami ada 15 orang. Sekarang tinggal 12 orang. Dan kami masing-masing ada nombor telefon antara satu sama lain. Yang tarik diri 3 orang tu pelajar lelaki. Kami yang perempuan 'maintain'.

Sebenarnya memang kami telah diamklumkan mengenai peperikssan ni, tapi tarikh belum tahu, akan dimaklumkan. Tak sangkalah pulak short notice macam ni. Tawakkal jerlah nampaknya.

Baru berangan-rangan malam ni nak ke rumah Zulaikha di Puncak Alam. Malam ni kat kawasan rumah dia ada Pasar Malam. Kat pasar malam tu saya suka beli nasi kerabu dan pecal. Kedua-duanya saya rasa sedap.

Jadi nampaknya mulai saat ini kenalah saya baca buku tafsir ni. Pulun habislah ni. Dua tiga hari ni asyik ulangkaji bahasa arah komunikasi. Tak tahu bila pulak examnya. Jangan-jangan esok. Kalau esok habis. Baru-baru ni dah lepas exam bahasa arab alquran. Result pun dah dapat, Alhamdulillahlah, lulus cemerlang.

Doakan semoga saya berjaya dalam exam tafsir ni dan lain-lain subjek yang akan menjelang.

20 ulasan:

pB berkata...

kat masjid negeri tu ker ??


kawan pB ada sorang , belajar kat situ....

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, ade exam...

bagusnya dpt lulus cemerlang dlm BA alquran...

kak ani ni hebat la...
leh berguru dgn kak ani...
hikhik...

smoga akak ani berjaya menjawab soalan exam ek...

Abd Razak berkata...

Salam kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Semoga Allah permudahkan kakak dalam peperiksaan tu nanti..ameen

penjejak maya berkata...

salam,

moga terang fikiran menjawab soalan exam nanti..

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Semoga dipermudahkan Allah dalam segala-galanya...Ameen :)

sahromnasrudin berkata...

kami mendoakan semoga urusan sdri dipermudahkan oleh-Nya...

endiem berkata...

semoga lulus dengan jayanya

Werdah berkata...

Salam Ani

Baru dapat ke blog Ani

Semoga dipermudahkan Allah sgl urusan.

endiem berkata...

ada award kat blog koi... bolehlah ambik..

mohdandmeriam berkata...

salam nim..lama makcik tak singgah,agak sibuk..apa khabar ..diharap hanim n keluarga sihat je..macam mana dengan exam tu..dapat buat ke..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PB, Maaf lama sungguh tidak masuk blog. Baru ni berkesempatan nampaknya

Betullah tu. Kursus di Masjid Negeri. Macam2 kursus boleh diikuti.

Cita-cita Imam Besarnya dan JAIS kalau boleh nak dijadikan Masjid Negeri ini seperti Universiti Al Azhar sekarang dimana ianya dulu juga sebagai sebuah masjid.

Mudah2an hasrat suci itu menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih sudi doakan kak ani.

Mudah2an hajat kak ani diperkanankanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Lama sungguh kak ani tak masuk blok. Bannyak Miss N3 awak.

Terima kasih doakan kak ani. Semoga Abd Razak juga dalam keadaan sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Menjejak Maya,

Doa kawan-kawan sangat saya harapkan dalam mengejar ilmu yang dulu tak sempat dicapai ni.

Terima kasih atas doa tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Maaflah lama sungguh tak masuk ke sini.

Terima kasih atas doa Ros tu. InsyaAllah rasanya untuk lulus tu bolehlah agaknya. Nak tahap cemerlang tak berani nak sanggup

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Terima kasih doakan kak ani. InsyaAllah semoga Allah permudahkan dan berikan kak ani terang hati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam endiem

Terima kasih atas doa dan InsyaAllah akak akan ke blog endiem untuk ambik award tu, terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah kak dah mula menyambong berblog. Dapatlah saya menimba sedikit sebanyak ilmu-ilmu dari N3 akak yang banyak memberikan pengajaran dan kesedaran.

Terima kasih atas doa kak werdah. Semoga kak werdah dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Terima kasih doakan saya. Peperiksaan tu Alhamdulillahlah. Rasanya bolehlah lulus, nak hajat cemerlang dan sebaiknya tu tak berani.

Semoga kak yam sekeluarga sihat selalu yer.

Tanpa Nama berkata...

TefSmeneice Kevin Walter Jersey
Duane Brown Jersey
Brooks Reed Womens Jersey
Abensevab