Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 3 Jun 2010

Dua Cerita



Puuh, penatnya. Walaupun penat tapi senang hati bila depan rumah dah bersih. Pokok-pokok bunga pun dah saya siram. Saya tak ada bibik. Sebelum ni yang ada cuma 'part time' yang datang seminggu sekali untuk berkemas dan bersihkan rumah. Itu pun dah agak lama berhenti. InsyaAllah minggu depan dapat orang lain. Ringanlah sikit.

Semalam saya pasang grill untuk pintu rumah saya. Pintu ni satu-satunya yang saya tak pasang grill dari semenjak dulu Ini kononnya 'in case emergency' senang keluar. Tak terperangkap dalam rumah sendiri.

Tetapi memandangkan sekarang ni bermacam-macam kejadian jenayah berlaku dan saya pun sentiasa tinggal sendirian di rumah pada waktu siang, saya rasa ada baiknya saya pasang grill. Sehingga maghrib baru siap kerja-kerja pemasangannya. Tu yang baru pagi ni saya bersihkan.



Gambar ni saya ambik dari tempat saya menaip ni. Dari beranda rumah saya ni, saya boleh nampak macam-macam sandiwara yang berlaku di padang permainan kanak-kanak yang berdekatan dengan rumah saya. Jika mereka bercakap pun saya boleh dengar dari sini. Ketika waktu tengahari hari bekerja, kawasan perumahan ni memang sunyi. Jadi adalah kadang-kadang tu individu-individu yang ambik kesempatan berdua-duaan di sini.

Apa yang nak saya ceritakan ialah kisah pada setiap hari Jumaat dimana budak-budak sekolah lelaki yang siap memakai baju melayu bersamping melepak di situ. Mungkin mereka beritahu mak ayah mereka untuk sholat Jumaat di masjid yang berhampiran, Kebetulan rumah saya juga berdekatan dengan masjid. Mereka berkumpul di sini bukan untuk ke masjid tetapi untuk melepak. Ketika orang lelaki lain sedang sholat Jumaat budak-budak sekolah ni akan bercerita sesama sendiri dan bercakap dengan kuat. Mereka bergelak ketawa, mencarut dan sebagainya. Saya boleh mendengar percakapan mereka ni dengan jelas.

Dah lama hati saya bengkak dan sedih melihat fenomina ni. Tapi tau-tau jerlah budak-budak sekarang bukan boleh ditegur. Ada juga saya nampak orang-orang yang nak sholat Jumaat tu meminta mereka ke masjid, tapi tak dipedulikan.


Permainan gelonsor nilah menjadi tempat
yang strategik budak-budak tu lepak.


Dua minggu lepas, sedang mereka ni bergelak ketawa dan orang lelaki lain sedang sholat Jumaat, saya nampak ada sebuah kereta pancuan 4 roda berhenti didepan padang permainan kanak-kanak tu berdekatan dengan tempat budak-budak tu buat lepak.

Kemudian beberapa orang wanita beruniform nampak keluar dari kenderaan tu. Pada masa yang sama saya juga nampak budak-budak sekolah tu bertempiaran lari. Saya heran juga kenapa budak-budak tu lari bila nampak wanita-wanita tu. Lepas tu baru saya perasan bila nampak di kenderaan pancuan 4 roda tu, tertulis JAIS. rupanya kakitangan JAIS datang. Mungkin ada yang report agaknya.

Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas tak ada lagi nampak budak-budak tu.

15 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga Kak Ani sihat hendaknya..:)

Elok juga pihak JAIS buat serbuan sebegitu ya kak!

Pn Kartini berkata...

Salam..:)

Semmgnya kecaknaan orgramai perlu utk awasi gejala yang melanda..
Kiranya mata di mana2...:):):)

Moga kak Ani Sihat dan dilindungiNya selalu..:)

mohdandmeriam berkata...

salam nim..kita tak boleh menegur sekarang ni tak seperti dulu..cuba kita tegur ,dimarahnya kita..yg peliknya emak ayah datang menyerang..jaga tepi kain sendiri..sebab tu budak2 sekarang tak heran kalau kita tenguk terkeluar biji mata pun..

ummu berkata...

Salam Kak Ani
yelah kak,anak2 sekarang kalau kita tegur,mereka berani melawan,walau dengan cikgu pun..lagilah kalau lepak macam tu...

INTAN RH berkata...

salam kak, cantik grill baru tu. brapa kos untuk 4 frem tu? sy pun tgh usha nak psg grill kat umah baru sy :)

thanx kak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Mudah-mudahan keadaan ini berkekalan.

Kadang2 tu sakit telinga kita mendengar perkataan mencarut dia orang, seolah-olah tak diajar macam mana bercakap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Mana boleh ditegur, silap2 kita dimakinya.

Kadang2 budak2 ni bukan dari area sini. Tapi yang group ni tak pastilah pulak. Itu yang lelaki, yang perempuan pulak mengilai sekuat-kuatnya ketika berjalan, mulut tu ringan rasa nak tegur nak kata "orang perempuan tak elok mengilai2 kat jalan".

Tapi macam kata tulah, tak berani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Sebenarnya kerana tak boleh ditegurlah budak2 remaja jadi macam nikan.

Sebab dia orang tahu kita takkan beritahu mak bapak dia orang. Itulah berana buat apa saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Yang peliknya sekarang ni, mak bapak boleh salahkan cikgu pulak bila anak didenda cikgu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan

Harga grill tu RM1750 dibuat dari wrought iron.

endiem berkata...

Perkara maksiat jangan dibiarkan.. mencegah adalah kewajipan..

kakpah berkata...

salam. budak2 ni kena sergah macam tu. baru dorang takut...

Kunang-Kunang berkata...

waalaikumussalam endiem

Budak2 ni memang budak yg susah ditegur cuma boleh lapor pd pihak berkuasa sajalah yg ambik tindakan

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam kak pah.

Cuma dgn pihak berkuasa jer baru jalan kalau dgn kita ni dia org buat tak tau jer.

aby berkata...

k hanim ..
lawa grille baru tu ..

k hanim lupe ade towkey kedai besi tengok gmbo grille tu ..
ha..ha...

psl kenderaan jais tu ..
tunggu la ramadan yg tk lame lg ..
depa gune van jenazah utk tangkap org tk puase plak ...
pajero tk di gune waktu ut ..