Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 29 Mei 2010

Tahniah Kak Ngah......


Ni gambar dari facebook kak ngah


Tahniah Kak Ngah. Tahniah berjaya dapat first class. Che'Ngah tumpang gembira. Semoga Kak ngah terus berjaya mencapai cita-cita seperti yang diidamkan.


Saat yang membahagiakan


Berbaloi rasa penat lelah kita sebagai ibubapa bila anak berjayakan. Segala kepayahan, air mata yang tumpah bila anak bersedih, wang ringgit yang dibelanjakan untuk mereka tidak pernah diminta balas. Apa yang diharap dan didoakan selalu ialah mereka berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sekarang ni nampaknya tibalah musim anak-anak dan ibubapa menuai hasil penat lelah selama ini apabila anak-anak berjaya. Ada yang bergembira dapat masuk universiti dan ada yang bergembira kerana anak-anak dah graduate. Alhamdulillah. Sekarang tinggal mencari pekerjaan pula.

Begitu juga dengan keluarga kami, minggu lepas emak saudara sebelah hasben saya datang singgah kerumah. Mereka kemari kerana menghantar anaknya mendaftar di Uitm.

Hari Rabu lepas pula, adik ipar sekeluarga dari Dungun berkunjung kerumah untuk majlis konvokesyen anak keduanya di Uitm. Seronoknya tengok mereka ni dah berjaya.




Seronok berkumpul ramai-ramai



Nanti giliran awak semua konvo pulak yer


Sempena graduation Kak Ngah, malam tu kami ramai-ramai ke sebuah restoran di Seksyen 11 untuk meraikan kejayaan Kak Ngah. Lepas ni Kak Ngah sambung buat Master pulak.

Sayangnya restoran tu penuh sesak mungkin dipenuhi oleh orang-orang yang datang untuk konvokesyen juga.

Makan malam tu Abang Kak Ngah belanja. Baru ni Che'Ngah dapat rasa belanja Abang sejak dah jadi engineer. Kebetulannya tunang Abang pun grad sekali dengan Kak Ngah. Jadi malam tu bolehlah kami saling berkenalan dengan keluarga tunang Abang.

13 ulasan:

Pn Kartini berkata...

Salam Kak Ani..:)

Tahniah utk Kak Ngah..
....moga terus success..:)

Utk sis..moga akak sihat2 selalu dan dirahmatinYa :):)

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih sis Tinie, bagi pihak Kak Ngah.

Memang seronok tengok anak-anak dah berjaya macam ni. Anak kak ani tinggal 2 orang lagi sedang belajar. Selalu doakan semoga berjaya.

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..:)

Tahniah buat kakak dan juga kak Ngah! Syukur kak..

penjejak maya berkata...

salam,

syabas & tahniah kerana jarang anak Melayu boleh dapat first class..

farah berkata...

thanks c'ngah utk post ni.. terharu rasanya.. lepas ni tunggu konvo salam & inah pulak..=)

white rose berkata...

salam kak ani...

rindunye dgn kak ani...
sy msih blum nak menulis semula...

but the way, sy akan dtg sini nak tau cerita2 kak ani...

tahniah kak ngah...

bertuah dapat anak2 yg bijak pandai nih ye...

mudah2an kak ani sekeluarga sehat2 belaka ya...

ejie berkata...

salam c.ngah ani...
tahniah jugak ntuk k.ngah...
rajin c.ngah ani update blog...hehe=)

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..tahniah untuk kak ngah..dapat first class..wow hebat tu ..bukan senang nak dapat first class ni..
nim..begitu bangga menjadi emak ayah yg anak2 berjaya..moga2 anak kita semua berjaya dunia akhirat..
hanim sihat ke..

Werdah berkata...

Salam Ani,

Semoga sihat di sana.

Alhamdulillah anak-anak berjaya. Tahniah n tumpang gembira.

kakpah berkata...

kita ibu bapa berbangga bila anak-anak berjaya. Semuga kejayaan di dunia diimbangi dengan kejayaan ke akhirat... ameen.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Penjejakmaya,

Terima kasih bagi pihak Kak Ngah

Sama-sama Farah,

Ceh' Ngah tumpang gembira dengan kejayaan anak-anak saudara.

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih bagi pihak Kak Ngah

Waalaikumussalam Ejie,

Kita tunggu konvo Ejie pulak, kali ni Kak Ngah belanja, okey

Waalaikumussalam Kak Yam,

Alhamdulillah. Saya tumpang gembira dengan kejayaan anak-anak saudara. Anak saya sendiri dah 3 orang lepas, tinggal 2 lagi masih di U. Saya sentiasa berdoa semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Terima kasih. Semoga akak sihat selalu.

Waalaikumussalam Kak Pah,

Terima kasih atas ingatan. InsyaAllah mudah2an mereka tidak lupa diri dan menjadi anak yang baik dunia dan akhirat. Sebenarnya Kak Ngah ni dari sekolah agama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah akak sihat, sakit kakit tu dah biasalah.

Terima kasih bagi pihak Kak Ngah.

fArAh nAbiLA berkata...

tahniah k.ngah..