Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 7 Mei 2010

Pengoda Terhebat



Iblis juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu memenuhi perintah Allah SWT supaya memberikan penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga mengingkari perintah Allah SWT. Ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya. Ia menerima ketentuan ini walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justera, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah SWT: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al Quran.

"Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekelian malaikat, semuanya sekali melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah SWT brfirman" Hai Iblis. apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?"

Iblis menjawab "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk."

Allah SWT berfirman "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus menerus hingga ke hari kiamat"

Iblis berkata" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka dibangkitkan"

Allah SWT berfirman "Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh hingga ke hari masa yang termaklum"

Iblis berkata "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba Mu yang ikhlas di antara mereka".

Allah SWT berfirman "Inilah satu jalan yang lurus yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba Ku tidaklah ada bagi mu kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurut mu dari orang yang sesat."
(Surat al-Hijr: 30-40)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia. Datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya "Sesungguhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan keuntungan peribadi sahaja tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cendekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan. Nabi Adam a.s. dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan (syorga).

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam a.s. iaitu Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah SWT sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya tidak mentaati Allah SWT dan melanggar segala perintahNya sehingga sama-sama memasuki neraka.

"Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekelian mereka yang menurutnya (iblis). (Surah al-Hijr: 43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah SWT.

Contohnya, dalam menghadapi orang beribadah, iblis berusaha dengan menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersholat. Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam sholat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit. Ini menjadikan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan.

Kesimpulannya semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis kecuali bagi mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman akan terjerumus ke dalam perangkapnya.

10 ulasan:

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..kak yam suka singgah rumah hanim,penuh dgn ilmu yg menafaat buat semua..iblis memang suka n merasa megah setiap kali berjaya memujuk n menyesatkan kaum adam n hawa ni..sebab tu sekarang banyak gejala2 yg buruk terjadi kerana manusia telah kurang iman n tidak takut kepada Allah n azab yg akan mereka terima dialam akhirat nanti.

iBu...gUru berkata...

salam kak ani
ya Allah....... jauhi la hamba mu ini dari godaan penggoda laknat

zaidharis berkata...

Terima kasih diatas peringatan yang diberikan.

Dijemput ke halaman saya,
http://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Terima kasihlah sudi membaca coretan saya ni.

Mana-mana artikel yang saya jumpa rasa dan rasa boleh dikongsi bersama, saya kongsilah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Guru,

Mudah2an kita semua tidak senang tergoda olehnya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Zaidharis,

Terima kasih sudi singgah blog saya ni.

InsyaAllah nanti saya ke blog zaid.

aby berkata...

salam k hanim ...
wak punye first posting ...

psl godaan ni yer ...

klu kite rajin solat berjemaah ..
setan akan bisik kt telinga kite ..
solat la masboq jer..
klu kite solat la masboq ..
setan kan bisik .. solat la sendiri jer ..
klu dah solat sendiri .. setan akan bisik .. tk yah la solat kt masjid ... kt umah pun ok ..
bile solat kt umah .. setan akan bisik lagi .. tk yah la awal wktu ..buat lewat pun ok ..
bile buat lewat2 setan akan bisik .. tk yah buat la .. qodo pun pun boleh juge ..
bile dah mule qodo qodo ni ..
setan akan bisik lg ...
tk payah solat la ... jadi mcm aku jer ... bile dah sampai tahap ni setan dah senang .. sbb blh jadi ejen dia utk mempengruhi kwn2 yg lain ... tk payah solat la .. tengok jom heboh lg best .. gitu la gamak nye ..
agaknye kite dalam godaan yg mane ...

qaseh mas berkata...

salam akak
penggoda ni tak mudah putus asa kan...
ada je agendanya

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam,

Terkena pukulan penalti ni.

Terima kasih wak dalam nak tergelak ada message besar yang disampaikan.

Mudah2an kita semua dihindar masuk dalam golongan yang wak sebut tu.

Terima kasih wak sudi singgah rumah kak hanim ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Memang dia ni penggoda tegar. he he