Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Mei 2010

Kisah Ash-habul Fiil



Kisah Ash-habul Fiil atau tentera bergajah sangat menarik perhatian saya betapa Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Jika tidak diizinkan sesuatu itu berlaku ia tidak akan berlaku.

Peristiwa bersejarah yang amat penting ini berlaku pada tahun kelahiran Rasulullah s.a.w. (570 masehi) yang dipanggil juga Tahun Gajah. Kisah ini diceritakan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad s.a.w. (Surat Al-Fiil) untuk menguatkan semangat perjuangan Nabi dalam menegakkan agama Allah dan juga untuk menyakinkan kepada Rasulullah bahawa pertolongan Allah sentiasa ada disampingnya.

Kisah Ash-habul Fiil

Dinegeri Yaman sebelum Ashamah Al-Najashi (Raja Habsyah) ada seorang Ketua bernama Abrahah, nenek kepada Al-Najasyhi yang sempat hidup pada zaman Rasulullah s.a.w..

Beliau telah membina sebuah gereja yang besar, indah dan lengkap bernama al-Qullays dengan tujuan menarik perhatian orang-orang Arab supaya mengunjungi gereja itu untuk melakukan ibadat Haji dan meninggalkan Ka'bah Baitullah Al Haram yang terletak di Mekah.

Apabila selesai pembinaan gereja berkenaan Abrahah telah mengisytiharkan diayahnya ke seluruh Tanah Arab dan sekitarnya supaya datang menziarah gereja itu. Diayahnya tidak mendapat sambutan. Ini adalah kerana Orang-orang Arab telah turun temurun mengganggap Baitullah itu sebagai rumah suci yang telah dibina bangunannya oleh Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Allah Ismail. Tambahan pula mereka adalah keturunan Nabi Ismail, jadi sudah tentu mereka berasa bangga dengan Ka'bah Baitullah Al Haram itu.

Malah pada satu malam seorang lelaki dari bani kinanah telah membuat air besar didalamnya. Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan Raja berkenaan dan beliau bersumpah untuk meruntuhan Ka'bah Baitullah. Dengan mengekspolitasi peristiwa ini beliau sebenarnya ingin menakluk Mekah dan menghubungkan Yaman dengan Negeri Syam disamping memperluaskan empayar Nasraninya.

Beliau telah menyediakan bala tentera yang besar dengan gajah yang banyak. Ada yang mengatakan bilangan gajah tersebut sebanyak 12 ekor tapi ada pendapat lain mengatakan 1,000 ekor. Tujuannya untuk menimbulkan kegerunan penduduk Mekah. Bila tiba di al-Mughammas tidak jauh dari Mekah, Raja Abrahah telah menghantar utusan kepada pendudukan Mekah mengatakan yang mereka datang bukan untuk berperang tetapi untuk meruntuhkan Ka'bah. Masyarakat Mekah ingin menentang tetapi mereka tidak mampu menentangnya. Jadi mereka bersembuyi di bukit dengan keyakinan bahawa Ka'bah dan penjaganya pasti menjaganya dengan rapi.

Setelah tentera bergajah menghampiri Mekah, Abrahah telah memerintahkan supaya merampas harta pendudukan Mekah antaranya termasuklah 200 ekor unta Abd Muttalib, datuk kepada Rasulullah s.a.w..

Abraham mengutuskan utusan untuk menemui Ketua orang-orang Mekah yang kebetulannya ialah Abdul Muttalib dan memaklum bahawa Raja Abraham hanya ingin merobohkan Ka'bah. Kalau mereka tidak menentang, mereka tidak akan diganggu.

Abdul Muttalib berkata

"Demi Allah, Kami tidak akan memeranginya dan kami memang tidak berdaya untuk berbuat demikian. Ini Baitullah Al Haram yang telah dibina oleh Ibrahim, kalau pun Allah akan mempertahankkannya maka ini memang Rumah SuciNYA. Kalau pun DIA hendak membiarkannya, maka demi Allah kami tidak berdaya mempertahankannya."

Kemudian Abdul Muttalib dijemput menghadap Abrahab. Abrahah telah memuliakannya. Abrahah telah turun dari tempat duduknya dan duduk disamping Abdul Muttalib. Dia pun berkata kepada juru bahasanya

"Tanyakan kepadanya apa hajatnya"

Abdul Muttalib mejawab

"Hajat ku ialah agar kamu mengembalikan 200 ekor unta yang telah dirampas oleh askar-askar mu itu."

Apabila disampaikan kepada Raja Abrahah jawapan Abdul Muttalib itu, beliau berkata kepada jurubahasanya

"Katakan kepadanya, sebelum itu aku sangat kagum denganmu, tetapi setelah engkau berkata begitu engkau telah jatuh pada pandangan ku. Adakah engkau lebih memetingkan 200 ekor unt mu daripada Rumah Suci yang menjadi kebanggaan mu dan agama datuk nenek mu itu."

Abdul Muttalib menjawab

"Aku hanya tuan punya unta-unta itu, tetapi Rumah itu ada Tuan yang akan mempertahankannya"

Kemudian Raja Abrahah menjawab

"Tiada siapa pun dapat menahannya daripada ku"

Jawab Abdul Muttalib

"Cubalah". Kemudian beliau kembali kepada unta-untanya.

Sekembali Abdul Muttalib ke Mekah dia pun memberitahu orang-orang Quraisy supaya masing-masing menyelamatkan diri di pergunungan Mekah, kemudian dia dengan beberapa orang telah berdoa di pintu Ka'bah sambil berpegang kepada besi penyelak pintu Ka'bah memohon agar Allah menyelamatkan Ka'bah Baitullah.

Ketika berdoa Abdul Muttalib berpaling ke belakang, tiba-tiba dia melihat burung dari arah Yaman (dari arah laut), lalu dia berkata

"Demi Allah, sesungguhnya ia adalah burung yang amat ganjil, tidak terdapat di Najd dan juga Tihamah. Setiap seekor burung membawa bersamanya batu-batu kecil di paruh dan di kaki. Dilontarnya baru-batu tersebut. Sesiapa yang terkena akan binasa."

Berbalik kepada kisah Raja Abrahah. Dia akhirnya menjalankan rancangannya dengan memerintah tenteranya menyerang Mekah. Tetapi apabila sampai di hadapan Mekah, gajah-gajah yang dibawahnya telah berhenti tidak mahu masuk. Mereka telah berusaha dengan berbagai cara untuk memaksa gajah-gajah masuk ke Kota Mekah tetapi tidak berjaya. Akhirnya mereka semua telah masuk ke Mekah meninggalkan gajah itu di luar Kota Mekah.

Masa itulah lalu Allah Ta'ala pun menghantar burung-burang yang telah membawa wabak yang telah memusnahkan mereka semua. Melihat keadaan itu tentera-tentera Abrahah termasuk Abrahah sendiri telah melarikan diri ke Yaman. Malangnya mereka beguguran mati terkena lontaran batu tersebut

Oleh kerana peristiwa itu merupakan satu detik yang bersejarah bagi orang-orang Arab maka dinamakan tahun itu dengan "Tahun Gajah" iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

10 ulasan:

pak long berkata...

salam buat kak ani..
nak mintak kebenaran ambik petikan ni buat bahan bacaan bebudak kiter...

Abd Razak berkata...

Salam kak ani..

Moga kakak sihat di sana..

Ini merupakan ulangan cerita dari kelas sirah yang pernah saya hadiri...alhamdulillah kak, ia mengingatkan saya sirah ini semula

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu (Pak Long)

Silakanlah. Tak menjadi hal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak

Sebenarnya cerita ni akan suka sangat tentang jawab daripada Abdul Muttalib mengenai penjaga Ka'bah tu.

kakpah berkata...

salam ani. walaupun cerita ini sudah diketahui tapi tak jemu2 membacanya..

semuga sehat.

INTAN RH berkata...

salam kak, lama tak jenguk sini. dah berubah wajah rupanya :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Dalam cerita ni saya suka sangat dengan jawapan Datuk Rasulullah iaitu Abdul Muttalib kepada Raja Abrahah yang menyatakan bahawa Ka'abah itu ada tuannya. Jadi terpulang kepada tuannyalah sama ia mahu menyelamatkan ka'bah atau tidak.

Begitu bertawakkalnya hati beliau walaupun beliau sangat sayang kepada Ka'bah. Tawakkal yang macam nilah yang sukar untuk kita praktikkan. Pada sayalah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaaikumussalam Intan,

Kelam kabut dan huru ketika renovate rumah ni. Maklumkan kak ani ni pandai sikit2 jer benda macam gini.

Intan, ada dapat jemputan dari orang Felda belara tak, 12 Jun ni. Kak ani tak dapat pegilah sebab tiap-tiap ada anak-anak saudara kawin jauh-jauh pulak tu.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Kak teringat suatu ketika dahulu Ustaz yang kami jemput semasa memberikan ceramah motivasi di sekolah kami, menceritakan tentang surah ini. Menurut ustaz tersebut orang2 Barat telah mengkaji Al-Quran dan dalam banyak ayat2 Al-Quran mereka menemui banyak perkara atau idea bagi menghasilakan ciptaan2 untuk tujuan sesuatu. Sebagai contoh katanya dalam surah Al-Fil ini mereka mengakaji lalu mengambil ilham dan mencipta kapal terbang, peluru berpandu berdasarkan batu2 yang dijatuhkan oleh burung2 Ababil mengenai sasaran mengikut orang2 tertentu yang disasarkan, begitu juga mereka mencipta kereta kebal berdasarkan surah ini.

Kak ada salin dp blog lain di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/08/surah-al-fil-gajah-ababilsunnatullah.html

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Itulah yang dikatakan semua ilmu ada dalam alquran.

Terima kasih kak InsyaAllah saya akan ke link tu.