Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 10 Mei 2010

Kenang Daku Dalam Doa Mu



Saya terlewat sehari untuk mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua kawan-kawan yang selalu dan pernah singgah di Blog saya ni. Maaflah yer. Tapi bak kata orang putih "better late than never", jadi saya hendak juga mengucapkan selamat hari ibu pada kawan-kawan. Doa saya semoga anak-anak kita sentiasa ingat dan sayang pada kita. InsyaAllah.

Malam ahad lepas sedang nyenyak tidor, sayup-sayup saya terdengar bunyi telefon. Dalam mata separuh celik, saya capai handset yang diletak berhampiran. Rupanya ada sms, antara terang dan kelabu, saya baca message sms tu

"Selamat Hari Ibu, Mama atie sayang mama, jangan lupa makan ubat ok. Muah"

Terbayang di mata wajah pengirim sms ini. Atie, bekas tunang arwah Iskandar. Kesian dia. Saya selalu doakan semoga dia bertemu jodoh dengan orang yang baik dan bertanggungjawab. Semoga dia hidup bahagia. Setiap kali ditanya tentang kawin, jawapan yang sama pasti "tak dapat cari orang yang serupa dengan arwah". Kami selalu ingatkan dia, tak akan ada orang yang serupa.

Hari Sabtu tu ketika Inah balik ke rumah, dia bawa kotak besar. Tiba dekat saya dia terus hulurkan kotak tu, "mama hadiah untuk Hari Ibu".



"Terima kasih, Alhamdulillah ingat pada mama".

Pagi Ahad semalam seperti biasa saya tergesa-gesa ke Masjid Negeri sebab pagi tu ada kelas Khas Tajwid Intensif diberikan oleh Imam Besar Masjid Negeri. Seperti biasa saya akan tutup handset, tak nak mengganggu majlis kalau-kalau ada panggilan.

Habis kelas, baru onkan handset, wah berderet sms dari kawan-kawan dan juga adik-adik yang mengucapkan selamat Hari Ibu.

Salam juga hantar sms ucapkan "Selamat Hari Ibu Mama".

Satu lagi message saya baca dari Dzulkarnain dan isterinya yang kebetulan balik ke Taiping berjumpa mertuanya juga mengucapkan"

"Salam Mama, Selamat Hari Ibu, semoga hidup mama bahagia dan mendapat rahmat dan kebaikan Allah sokmo"

Tiba di rumah terima call dari zulaikha, dan yang bercakap si kecik eresya. Selepas tanya lebih kurang, terdengar sayup suara dia "Nek Ma selamat Hari Ibu".

Terima kasih duhai anak-anak dan cucu, semoga kalian semua mendapat keberkatan didalam menjalani hidup di maya pada ini.

35 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...
wah, beshnye ada anak2, kawan2 n cucu ucapkan selamat hari ibu...

saya dapat 1 ucapan dari kwan sy...
"selamat hari ummi"...

(anak2 buah panggil sy ummi)

terharu bila ade orang ucapkan walaupun sy blm kawin & tiada anak lagi...

selamat hari ibu ya kak ani...
smoga Allah merahmati & melindungi kak ani...

jane berkata...

salam aunty

selamat hari ibu yer;)

Abd Razak berkata...

Salam Kak Ani..

Moga Allah kurniakan keberkatan pada usia kakak dlm mengharungi kehidupan di dunia ini..

Selamat Hari Ibu kak..:)

qaseh mas berkata...

salam kak ani

moga ingatan anak2 beriringan doa mereka,bisa membahagiakan hati seorang ibu.

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..selamat hari ibu dari kak yam..bertuah hanim ada anak2 n cucu yg menyayangi n mengingati ...sebenarnya itulah hadiah yg paling berharga yg kita dapat iaitu ucapan n ingatan mereka..sedih kak yam baca tentang cik Atie..begitu setia n sukar mencari pengganti..tapi hidup mesti diteruskan nim..

penjejak maya berkata...

salam,

best dikelilingi insan yang menyayang..

aby berkata...

selamat hari ibu k hanim ..

cume bagi wak ..
tk ade istilah hari ibu ...

setiap hari berlalu adalah Hari Ibu .. ibu sentiase muliakan ...
dalam memuliakan ibu, tk ade hari yg lebih dan tk de hari yg kurang,,,,

Syurga di tapak kaki ibu ...

piewahid berkata...

salam kak,
kakak adalah antara ibu dan kakak yang sgt2 saya hormati.

semoga Allah melimpahkan kakak sekeluarga dgn keberkatan, keredhaaan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely Sis Ani..:)

"better late than never"....
......Selamat Hari Ibu....
:)
Semoga akak sentiasa diberkatiNya dan dirahmatiNya ...dianugerahkan kesihatan yang sihat...dan kekuatan dlam menghadapi liku2 cabaran dan dugaan hidup ini....Amin....

kakpah berkata...

selamat hari ibu juga ani. Semuga anak2 tetap menjadi penyeri hidup kita hingga ke akhir hayat.

IKRAB family berkata...

Selamat hari ibu juga buat kak Ani.
Moga gembira selalu dan DIrahmati Allah.bila nak gi makan2 ni kak?;)
p.c.

TENGKU ARIFF TUAN ISMAIL berkata...

hargailah mereka seadanya
ucaplah selamat hari ibu selagi mereka masih bernyawa
sy sudah tidak punya ibu dan bapa di dunia ini

saudari kerdipan rohani,
kommentla new entri saya
masih baru dalam berbloging
harap sudi memberikan feedback

INTAN RH berkata...

salam kak, selamat hari ibu. hari2 adalah hari ibu.

:)

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga kita jadi ibu yang baik kepada anak2 kita dan anak yang baik kepada ibu kita. InsyaAllah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih White Rose. Anak saudara adalah anak kita jugak kan. Alhamdulillah White Rose ada anak-anak saudara sebagai penghibur sunyi dan mereka ada mak saudara yang penyayang seperti White Rose tempat mereka bermanja.

Kak ani perhatikan anak-anak kak ani juga begitu sayangkan anak-anak saudara mereka. Yang anak-anak saudara pun (cucu kak ani) begitu rapat dengan mak/bapak saudara mereka. Mudah-mudahan kasih sayang ini berkekakalan walaupun mereka dah ada anak sendiri besok.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak

Kak ani juga doakan semoga Allah juga sentiasa memberkati hidup Abd Razak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Begitulah harapan setiap ibu semoga anak-anak sentiasa ingat dan sayang pada kita sebagaimana kita mengasihi ibu kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Terima kasih dan selamat Hari Ibu juga pada kak yam.

Doa kita semoga hidup kita dan anak-anak sentiasa diberkatiNYA.

Saya sentiasa doakan semoga Atie bertemu jodoh. Semenjak Arwah tiada, dia panggil saya 'mama' sebab dia kata dia nak jadi anak mama pengganti arwah.

Walaupun dia mohon nak jadi anak angkat kami tapi saya dan abahnya serta anak-anak yang lain sayang sangat kepada dia mungkin mereka rasa seperti ganti abang mereka.

Kalau dia lama tak datang ke rumah (masa arwah ada, hari raya saja dia datang), anak-anak mesti bertanya kepada kak atie tak datang dan saya akan terasa rindu pada dia.

Memandangkan dia disayangi arwah memandangkan dia terlepas juga rindu saya pada arwah.

Laa kak yam panjang pulak ceritanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam penjejakmaya,

Memang bahagia hidup bila diri dikasihi. Jadi untuk diri dikasihi, kita juga mesti mengasihi orang sekeliling.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Benar apa yang wak kata, kasih sayang tidak ada saat dan waktu ianya beterusan sepanjang masa.

Tapi dah jadi satu trend dikhaskan satu hari sebagai memeriahkan 'Hari Ibu'. Tapi ianya tidaklah bermakna hanya pada 'Hari Ibu" kita atau anak-anak kita patut menyayangi ibubapa masing-masingkan. Sesuatu yang baik tak salah kalau kita ikut walaupun ianya bermula dari orang barat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Terima kasih sudi doakan kakak.

Semoga keluarga Pie juga sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera dan diberkatiNYA selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih atas doa dan ucapan.

Kak ani juga sentiasa mendoakan Sis Tinie sekeluarga dan kawan2 semua sentiasa diberkati Allah dalam hidup dan di bawah lindungannNYA selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Sama-samalah kita kak pah.

Saya juga sentiasa berdoa semoga kita sentiasa di kasihi anak-anak dan cucu semasa kita didunia dan di akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shima,

Terima kasih sudi doakan kak ani.

Kita ni susah nak berjanjikan. Kadang-kadang berjanji tapi tak jadi. Jadi ke Terengganu nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Tengku Arif,

Terima kasih sudi singgah di blog saya ni.

Kadang2 memang ada yang secara tidak disedari tidak menghargai sesuatu yang ada di depan mata, dah hilang dari mata baru kita rasa kehilangan.

Sebagai anak yang baik, semoga kita semua tidak lupakan ibubapa kita sama ada ketika mereka masih bersama kita apa lagi yang dah kembali.

Kirim-kirimkanlah selalu doa dan apa juga amalan yang boleh membahagiakan ibubapa di 'sana'.

InsyaAllah Allah akan berkati hidup kita di sini dan di sana kelak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Jane,

Terima kasih atas ucapan, auntie doakan semoga Jane sentiasa diberkatiNYA dalam hidup.

Selamat Hari Ibu juga aunti ucapkan pada Ibu Jane.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Terima kasih Intan. Betul-betul hari-hari adalah hari ibu.

Walaupun kadang-kadang sayang dan kasih tak diucapkan secara zahirnya pada setiap hari tapi dihati sentiasa sayang kan. Setiap saat dan waktu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah semoga sihat sentiasa,

InsyaAllah semoga kita menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.

Semoga mereka mengasihi kita sebagaimana kita mengasihi ibubapa kita.

aby berkata...

Pagi Ahad semalam seperti biasa saya tergesa-gesa ke Masjid Negeri sebab pagi tu ada kelas Khas Tajwid Intensif diberikan oleh Imam Besar Masjid Negeri. Seperti biasa saya akan tutup handset, tak nak mengganggu majlis kalau-kalau ada panggilan.

kak hanim ...
dah belajar tajwid bile blh la masuk Taranum ..
blh alonkan Bayati atau ras ..

Kunang-Kunang berkata...

wak, tentang kelas tranum tu saya rasa biarlah dulu, ia tidaklah satu keperluan sangat. saya akan mahirkan yg wajib ni dulu.

aby berkata...

bukan ape k hanim .. wak tengok kt Tv klu mase bacaan taranum ni di paparkan ayat2 tu kt skrin .. bile kite mengikuti bacaan nye, rase cukup puas dan indah bile tajwid2 ni di bace dgn cukup sempurna ...
tk ramai yg boleh membace dengan berlagu yg baik ..

mungkin ianye satu anugerah kot ...
subhanuullah ...

Miecyber berkata...

Yepi Amma Day...:D

IKRAB family berkata...

insya-Allah, mmg plan nak gi.kak gi tak?
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Wah Mie, hepi arr. Thank you

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shima,

Kemungkinan besar akak tak ke sana sebab pada minggu sebelumnya tu anak saudara kawin di Baling (tu pun belum tentu pegi), minggu berikutnya anak saudara kawin diKuantan, jadi rasanya tak pegilah.

Yang kak ani janji tu, InsyaAllah akan kak ani masukkan yer. Tapi Melur diam jer tak ada beritahu apa-apa pun.