Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 5 Mei 2010

Mengusik Emosi



Pagi tadi buka jer pintu rumah, wah seronoknya. Nampak ada cattleya putih sedang kembang dicelah pasu-pasu orkid di rumah orkid.

Macam mana saya boleh tak perasan dia berkuntum dan kembang. Tak heran sebenarnya. Sekarang ni saya jarang ambik tahu tentang bunga-bunga orkid saya lagi. Takut mati saya siram saja. Zalimnya saya. Makluk Allah yang cantik ni saya dah tak ada masa nak belai macam dulu.

Dengan hati yang gembira lebih kurang 9.05 pagi saya dah tercegat di depan RHB Bank. Saya tengok bank mulakan urusannya pada jam 9.15 pagi. Saya perlu ke bank berkenaan kerana ada urusan ASB. Saya terpaksa pegi awal kesana kerana selepas ini saya nak hantar Salam ke Sekolah Menengah Bukit Jelutung untuk peperiksa MUET.

Tepat jam 9.15 pagi, pintu bank dibuka, kami pun masuk. Beratur untuk ambik nombor. Ada orang bank yang berikan nombor dan borang mana yang perlu. Tiba giliran saya, saya diberi nombor giliran dan borang pengeluaran ASB. Saya beredar dari situ untuk mengisi borang. Selesai isi borang saya duduk di salah satu kerusi menunggu nombor dipanggil. Lebih kurang 15 minit menunggu, nombor saya belum juga dipanggil. Tiba-tiba nombor selepas saya terpampang di papan nombor digital tu (tak tau nak panggil apa).

Saya pelik kenapa nombor saya tak dipanggil. Saya pun bangun untuk bertanya dengan salah seorang pegawai bank yang hensem di situ dengan lemah lembutnya. Maklumlah saya kan warga mas.

Saya tanya pada Pegawai Bank lelaki tu (PBL) "Encik nombor ni dah panggil ker

"Oh nombor ni dah panggil", PBL jawab

Saya tanya "Yer ker, tapi saya tunggu di sini dah dekat 15 minit, tak nampak pun nombor ni naik, macam mana yer"

PBL "Kena ambik nombor baru"

Saya merayu "Aduh nak kena ambik nombor baru ker, saya dah tunggu dari tadi,tak boleh tolong ker panggil balik nombor saya"

Tiba-tiba dengan senyum yang menyindir PBL tu kata "Sebenarnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan urusan ASB"

Ya Rabbi!!!. Darah saya went upstairs, bodoh sungguh jawapan itu dan sungguh tidak bertanggungjawab. Dengan suara tak merdu lagi saya bertanya "okeylah kalau awak tak incharge, beritahu saya kaunter mana yang incharge urusan ASB"

Pegawai Bank "Kaunter 6 dan 7"

Saya beredar ke kaunter 6 berkenaan tanpa mengucapkan terima kasih. Seorang pegawai bank perempuan (PBP) bertugas di situ. Kebetulan dia baru saja selesai berurusan dengan pelanggan yang nombornya selepas nombor saya. Saya terus ulurkan slip nombor saya pada dia. Dia jawab "nombor ni dah panggil"

Jawab saya "tapi saya tak dengar, mungkin awak panggil masa saya isi borang"

PBP "Itulah lain kali isi borang dulu baru ambik nombor"

Sekali lagi darah saya went upstairs "bukan saya yang ambik borang, bukan saya yang ambik nombor, tapi orang di kaunter tu yang beri", jawab saya. "Habis sekarang macam mana"

PBL tu jawab "Kena ambik nombor baru, saya tak boleh cek"

Saya jawab balik "Alamak, Saya dah menunggu di luar tadi sejak dari jam 9.05 minit, sekarang awak suruh saya ambik nombor baru?. Sedangkan saya hanya terlepas sorang saja." Pada masa yang sama saya terfikir, apa yang nak dicek, saya belum beri apa-apa pun lagi pada dia, semua benda masih dengan. Sungguh saya tidak mengerti weh.

Dia beria-ria meminta saya ambik nombor baru. Yang nak gelak tu dia boleh kata, "sebenarnya sekarang dah tak ada orang, ambik jer nombor, saya terus panggil". Saya tak nampak logiknya alasan suruh saya ambil nombor baru.

Malas dan takut darah go upstairs lagi saya mengalah. PBP ni walau mana pun berurusan dengan saya dengan baik dan lemah lembut. Setelah selesai saya beredar dengan mengucapkan "terima kasih" kepada PBP.

Ketika saya berurusan dengan pegawai bank perempuan ni, saya nampak pegawai bank lelaki tu memandang ke arah kami. Bila saya pandang dia, dia palingkan mukanya kelain. Saya nampak pegawai bank perempuan tu macam serba salah. Tapi rasanya demi menjaga air muka kawan dia tu atau mungkin penyelia dia, dia terpaksa arahkan saya perkara yang sama.

Selesai berurusan di RHB, saya dan suami balik kerumah kejap menjemput Salam dan hantar dia ke SMK Bukit Jelutung. Beredar dari SMK Bukit Jelutung, kami ke Seksyen 16, nak makan cendol, nak sejukkan hati yang dah 'upset' ni.





Minum Cendol Pak Akob. Cendol Pak Akob ni terletak berhadapan dengan Masjid Tun Uda, Seksyen 16 di Shah Alam ni. Rasanya orang Shah Alam ramai yang tahu tempat ni. Tiap-tiap hari banyak kereta-kereta berhenti untuk menikmati cendol Pak Akob atau makan rojak.

Ada lagi mengubat 'upset'. Semalam White ada berikan award ni kepada saya. Terima kasih White Rose.

15 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam kak..

Tak boleh nak kata kak..ada juga rasa kemarahan tu nak tercetus bila baca cerita kakak tu..pun begitu kita manusia tak sunyi dari kesilapan, kesalahan, keegoan dan lain-lainnya.

Tak sabar pasti macam-macam boleh berlaku..

Pn Kartini berkata...

Salam my dear sis..Kak Ani

Aduhaii..
Sabar jeklah kan...

Agaknya mereka pun terlupa dgn piagam pelanggannya sendiri tuuu..!!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Kak ani pun sebenarnya cuba mengawal emosi sebaik mungkin. Tak guna marah2 tengok muka mereka pun teringat anak sendiri, tapi mereka tengok muka kami yang dah berusia ni tak teringat mak dia ker.

Uhuk uhuk, sedih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Sebenarnya orang-orang yang terlibat dengan kaunter ni kena beretikalah sikit kan.

Tapi yerlah, apa nak buat, kalau dah begitu keadaannya ataupun mungkin dia pun mood tak berapa elok masa tu. Entahlah.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Kadang-kadang bila berurusan dengan kaunter beginilah kan, tapi kita tak dapat memikirkan mengapa terjadi sedemikian. Adalah benda-benda yang bersarang di hatinya tu. Kita pula sukar nak menegur, jadi terkilan jugalah kita.

Mudah2an Ani bersabar, insyaAllah.

IKRAB family berkata...

Salam Kak Ani.
hehehe...sungguh berhemah,cekap,pantas....sombongnyaorg tu ye kak.
p.c.

IKRAB family berkata...

sekurang2nya akak tak disuruh balik umah dulu, pergi ke daerah lain, kemudian diarah untuk dtg situ semula.kemudian diarah lagi ke daeerah lain.padahal disitulah tempat untuk pengurusannya.
p.c.

azlanlin berkata...

Kekadang mmg kita kena sabor bila kita nak berurusan degan depa. Tak terbabas garisan sabor noooo...Alhamdulillah.

>>Kita minum cendol..

white rose berkata...

salam kak ani...

ahai...tu laa, mereka ni dah terikat dengan sistem shinggakan xleh nak bertolak ansur dlm perkara2 yg simple...bkn mereka juga, bahkan dicawangan2 lain pun mcm 2 jugak...

keadaan itu berlaku juga disekolah...



tq jugak sebab letakkan award ni dlm n3 akak...

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..gitulah manusia yg berurusan didepan counter ni, mereka tak menggunakan akal n logik..apa salahnya diambil je sebab bukannya salah pun,tapi sebab mereka merasakan yg mereka ada 'kuasa' boleh ditolaknya kita yg mesti berurusan dgn mereka..sabar jelah nim..mujur ada cendol kan hehehe..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sis Werdah,

Kita yang pernah berurusan dengan orang ramai ni rasa terkilan sangat bila ada orang dikaunter berkeadaan demikian.

Sebenarnya kerana kita sebagai pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka menjadikan mereka ada kerja. Mereka lupa tu.

Kadang-kadang budak2 baru nak hidup ni macam tulah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam shima,

Macam-macam ada kan.

Sebab tu nak kena speaking kot supaya dia orang tahu kita ni bukan lekeh sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Salam saudara azlan,

Kadang2 kita tak terduga benda-benda macam ni akan berlaku.

Yer kita minum cendol dulu. Tulah agaknya ada setengah orang bila upset boleh jadi gemok, nak lepas geram, makan. He he

Kunang-Kunang berkata...

Walaalaikumussalam White Rose,

Itulah orang yang kerja dikaunter ni kenalah banyak bersabar dan perihatin dengan masalah pelanggan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak yam,

Kita yang dah berumur ni cepat juga menyirapnya bila diberi jawapan yang tidak menyelesaikan masalah macam tu.

Kuasa atau peraturan yang dibuat boleh digunakan budbicara untuk menjadikannya lebih fleksible sebab tidak mengganggu gugat sesiapa. Lainlah saya potong Q.

Sebenarnya dia boleh beri jawapan yang tidak mengusik perasaan seperti terus beritahu saya untuk ke kaunter yang menguruskan ASB, biar orang itu yang buat keputusan, jangan awak yang tidak berkenaan memberi jawapan bagi pihak orang lain dan lepas tu nak lepas tangan.