Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 26 April 2010

Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani



Pada hari Ahad 17 April baru-baru ni saya berkesempatan menghadiri satu seminar sehari mengenai Penulisan Rasm Uthmani di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam.

Penuhlah Dewan Seminar Masjid tu. Alhamdulillah ramai yang berminat nak tahu. Masing-masing sabar menunggu hingga tiba waktu asar.

Saya ingin nak kongsi sedikit mengenai sejarah penulisan Alquran. Pada yang dah tahu tu, jadikan ia sebagai ulang tayanglah.

Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq R.A.


Selepas Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat telah melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.

Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulan al-quran kerana dibimbangi al-quran akan terhapus kerana ramaiQurra' yang gugur syahid.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang pada mulanya tidak bersetuju, akhir bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al quran yang telah ditulis dan dihafaz di zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Maka terkumpullah al quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.

Setelah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila beliau wafat, lembaran suhuf itu disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saidatina Hafsah bin Umar al-Khattab r.a. iaitu isteri Rasulullah s.a.w.

Penulisan Al Quran Pada Zaman Saidina
Uthman Bin Affan R.A.


Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca alquran menurut kaedah-kaedah bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a. dan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.

Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan Saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a.

Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a., Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit r.a, Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Abu Musa al-Asha'ari, r.a.

Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan Abdullah bin Mas'ud, Saidina Ali bin Abi Talib, r.a. Saidina Uthman bin Affan r.a, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.


Pada tahun 25 hijrah satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-quran.

Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a.. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saidina Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.

Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari:

Abdullah bin Zubair

Said bin Al-'As

Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.


Lembaran-lembaran suhuf al-quran yang diambil dari simpanan Saidatina Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a. dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al quran ini hendaklah berdasarkan bacaan Qurra''. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6 mushaf al quran. Sebuah mushaf untuk Saidina Uthman bin Affan dinamakan "Mushaf-al Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk wilayah-wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan al quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka dari daripada:

1. Abdullah bin Saaib r.a. ke Mekah
2. Al-Mughirah bin Abi Syibab r.a. ke Syam
3. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah
4. Amru bin Qais r.a. ke Basrah
5. Zaid bin Thabit ke Madinah

Selepas itu, Saidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran alquran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan.

Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan telah diterima dari Baginda Rasululah s.a.w. secarmutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Saidina Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al quran

Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan

Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf

Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang.


Sumber di atas adalah sebahagian dari kertas kerja Ustaz Haji Shafiee bin Shaari yang dibentangkan di seminar ini.

17 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam kak ani..

Moga kakak sihat di sana..:)

alhamdulillah bertambahnya ilmu, terima kasih utk tulisan kakak kali ini..

Werdah berkata...

Salam Ani.

Segala Puji Bagi Allah kerana Allahlah Yang Memlihara Al-Quran, ditakdirkan untuk kita membaca, mentadabbur dan mengikut segala ajarannya.

Pengorbanan suci para sahabat Rasulullah SAW merupakan hadiah yang tak terhingga kepada kita umat seluruhnya.

Terima kasih atas perkongsian ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Terima kasih atas doa dan ingatan pada akak.

Itu jerlah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama kawan2 dan saya rasa ramai pun yang dah tahu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Bayangkanlah kesulitan kepada kita orang ajam ni nak membaca alquran seandaikan Allah tidak mendatangkan ilham kepada Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk membuat mushaf ni.

Jenuhlah kita nak kena belajar bahasa arab dulu baru boleh membaca alquran.

Apa yang berlaku semua ada hikmahnya yer kak.

jane berkata...

;)
thnaks sharing ye aunty;)

si para para berkata...

masa sekolah dulu pernah belajar sejarah pengumpulan al-quran..tapi sekarang hampir lupa..terima kasih atas pencerahan....

sesugguhnya setiap yg di sampaikan itu tidak di kira sbg sia sia..insyaallah..

piewahid berkata...

salam kak,
aduih... lamanya rasa tak ziarah kak ani.

t kasih atas perkongsian ilmu. ilmu yg bermanfaat ni ulanglah sebanyak manapun, insyaallah tetap mendatangkan pahala kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Jane,

Terima kasih sudi singgah dan sudi baca. Semoga ia bermanfaat sediki sebanyak.

Kunang-Kunang berkata...

Salam para-para,

Kata orang, ibarat menulis di batu, walau tertutup debu, bila dibersihkan semula kesannya masih ada.

Semoga ianya bermanfaat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Tak ada tak sempat nak singgah asalkan masih ada diingatan.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Seronoknya dapat kalu dapat hadir ke seminar2 camni kak ani... dapat menambah ilmu perihal Rasm Uthmani ni...

p/s: cantik tirai baru blog kak ani..hehe

Kunang-Kunang berkata...

Salam Fzi,

Dah sihat ker.

Kadang2 berkali-kali pun kita dengar/baca perkara-perkara macam, lama-lama kita lupa.

Tirai jer ganti baru, isi rumah masih serupa.

qaseh mas berkata...

Salam kak ani
tq ya atas perkongsian ini

IKRAB family berkata...

salamun alaik kak Ani.baru ni dpt reply kat entry akak.ada masalah teknikal kut sebelum ni.moga akak sihat dan ceria selalu.All the best kak.
p.c.

IKRAB family berkata...

salamun alaik kak Ani.baru ni dpt reply kat entry akak.ada masalah teknikal kut sebelum ni.moga akak sihat dan ceria selalu.All the best kak.
p.c.

IKRAB family berkata...

salamun alaik kak Ani.baru ni dpt reply kat entry akak.ada masalah teknikal kut sebelum ni.moga akak sihat dan ceria selalu.All the best kak.
p.c.

anizah berkata...

assalamualaikum...izinkn sy share yerr.Syukran jazilan