Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 2 April 2010

Penawar Hati Duka



"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" jawab saya

"Eh kak, dia tak mati, rumahnya saja terbakar, dia sekeluarga selamat" Kata kawan saya dengan nada kesal. Mungkin dia ingat saya tersilap dengar ceritanya.

Dalam hati terfikir, "dah agak dah" mesti dia akan rasa terkejut bila di sebut kalimah Istirja ini pada bukan orang yang meninggal dunia.

إِنَّا ِللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

“Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepadaNya lah kami akan kembali”.


Ramai orang menganggap bahawa kalimah istirja ini hanya diucapkan bila mendapat perkhabaran tentang kematian sahaja sedangkan kalimah istirja ini boleh kita gunakan bila-bila masa sahaja apabila seseorang terkena musibah. Sama ada musibah itu terkena pada diri sendiri atau orang lain.

Kalimah istirja juga boleh menjadi tempat berlindung dan tempat bernaung supaya syetan tidak menguasai fikiran orang yang terkena musibah sehingga hilang pertimbangan kerana terlalu sedih.

Di dalam musnad Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yang ditimpa musibah lalu mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un", ya Allah berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini dan berikanlah kepada ku yang lebih baik darinya"(HR. Ahmad 3/27)

Semua yang ada pada kita adalah milik Allah. Diri kita, anak-anak kita dan harta benda kita hanyalah dipinjamkan saja kepada kita. Sampai masa Allah akan mengambilnya kembali. Hanya ucapan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" sajalah yang menjadi pengubat dan penawar duka kita.

22 ulasan:

endiem berkata...

sebagai hamba kita kena redza dengan ketentuan Allah dan kena berlindung dengan Allah.

Abd Razak berkata...

Salam kak..:)

Hilangnya kesabaran dan sikap berserah diri adalah lebih besar dan lebih berbahaya daripada musibah itu sendiri. Kerana hilangnya kesabaran akan menyebabkan hilangnya keutamaan berupa kesejahteraan, rahmat dan hidayah yang Allah s.w.t. kumpulkan dalam sikap sabar dan istirja' (mengembalikan urusan kepada Allah).

INTAN RH berkata...

salam kak Ani, betul tu..slalu org salah anggap klu kita ucap
"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"

tak semstinya hal kematian kan.
hepi weekend, kak :)

kakpah berkata...

sebab ia selalu disebut bila ada kematian dan ramai yang tak paham makna dan penggunaannya.

salam. Apa program hujung minggu..

white rose berkata...

salam kak ani...

saya penah laa menyebut kalimah ni apabila duit anak murid saya hilang, dorang pelik n siap cakap, ustazah duit tuh bukannya mati...

adoih...budak2 kena diberi fahaman sepenuhnya tentang penggunaan kalimah ini...

alhamdulillah, skrg anak2 murid saya memahaminya...

pak long berkata...

salam buat kak ani...
haah kan..bila sebut kalimah tu..dalam minda kata mesti ada kematian...

Werdah berkata...

Salam Kunang-kunang.

Benar tu, ramai yang belum mengerti bahawa apabila kita terpijak duripun atau jarum patahpun kita harus ucapkan kalimah itu. Kerana apa sahaja adalah milik Allah dan kehendak Allah. Mudah2an degna itu hilanglah rasa gundah kerana kita adalah milik Allah.

si para para berkata...

selalulah dengan 4 kalimah...

piewahid berkata...

salam kak ani,
skang dah ramai sikit yg faham.

mase saya skolah dulu ada kwn saya nyaris kena penampar oleh mak ayah kwn kami bila cakap 'innalillah...' semasa anak dia demam. "ank aku belum mati lah!" tengking ayah budak tu...hehehe

Miecyber @ Sudu berkata...

Setuju dengan apa yang Kak Nim nyatakan dalam entry ini.
Ramai ingat "Inallilahiwainailahirojiun" untuk di ucapkan hanya bila berlaku kematian sahaja.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Dalam keadaan kita menghadapi kesusahan mohonlah pertolongaNYA kerana DIA Dekat, Maha Mendengar, Maha mengabul doa, firmanNYA

"Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(Surah Ghafir, ayat60).

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,
bersabar dan terima qadha dan qadar Allah kerana apa yang berlaku merupakan ketentuan yang telah ditakdirkan berlaku.

Kita juga harus ingat setiap kesusahan akan berganti dengan kemudahan kemudiannya.

Kunang-Kunang berkata...

Tulah Intan, kak ani pun kalau nak ucapkan kalimah "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" ni akak tengok dulu dengan siapa kita bercakap sebab takut tersilap orang, orang anggap kita lain pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Betul kak pah, mungkin sebab silap orang-orang dulu yang hanya mengucap kalimah "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" bila kita menerima berita kematian sahaja.

Rasanya kita kena sebar2kan perkara ni supaya generai sekarang tahu bila boleh menggunakan kalimah tu.

Hari minggu selalunya pada kak ani agak penuh sikit jadualnya, jadual tetap kelas-kelas yang perlu hadir (yang kita mintak sendiri) dan yang lain-lain urusan jemputan kawin serta hal-hal anak-anak (biasanya mereka akan balik dihujung minggu)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Rasanya sekarang ni memang dah ramai orang-orang faham mengenai perkara ini.

Guru rasa orang terbaik menyampaikan hal-hal macam nikan.

Kunang-Kunang berkata...

Yerlah Cikgu (Pak Long)

Dari kecik memang kita faham kalimah tu hanya disebut kepada orang yang meninggal sahaja.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam Sis Werdah

Sebenarnya penggunaan kalimah ini saya banyak contohnya saya pernah mendengar Datuk Profesor Dr. Mahmud Zoohdi pernah berkata, jika kita naik pangkat pun, sepatutnya kita mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" selain mengucapkan Alhamdulillah.

Ini adalah untuk mengingatkan kita yang tanggungjawab lebih besar sedang menunggu kita. Semoga kita mampu membawa tanggungjawab yang dipertanggungkan kepada kita. Sebab kalau kita gagal menjalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan tu, kita akan berdosa

Kunang-Kunang berkata...

Salam Para,

Mudah-mudahan kita tabah menerima apa saja ujianNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam pie,

Alhamdulillahlah masyarakat dah arif tentang penggunaan kalimah ini.

Dulu2 memang betul, akak pun ingat hanya untuk diucap bila orang meninggal, takut nak sebut tak tentu hala.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mie, tulah kan Mie, syukurlah sekarang dah ramai tahu mengenai hal ini.

Semoga sama-sama kita mengamalkannya.

tunbegia berkata...

terkezotlah tuh,

salamm,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Tun,

Terima kasih sudi singgah