Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 28 April 2010

Mengossip dan Tergossip



"Kak, akak tau tak kakak ina (bukan nama sebenar) cakap ngan saya dia ditukarkan ke tempat lain kerana orang di canseleri (sambil sebut jawatan orang tu) menghasut kepada Bahagian Sumber Manusia tentang keburukan dia. Sebab tu dia kena tukar.", kata Ros kawan sebilik saya ketika menghadiri satu seminar di Pulau Pinang. Dia tidak mengenali saya selain dari cuma tahu nama saya saja.

Berderau darah saya, orang dimaksud oleh si Ros adalah saya. Tak sangka saya kawan baik saya sanggup menuduh saya. Sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara sebusuk itu.

"Ros, awak kena ker orang yang awak sebut tadi tu", tanya saya.

"Tak Kak", jawab Ros

"Sayalah tu", Jawab saya menahan marah dan sedih. Muka Ros pucat.

"Maafkan saya kak, maafkah saya" berkali-kali Ros minta maaf. Apa nak saya maafkan pun bukan salah dia.

Hati saya benar-benar luka, kalau ikutkan hati mahu rasanya balik saja dari Pulau Pinang nanti, saya akan jumpa dia dan semuka dengan dia tentang hal ini. Tapi saya berfikir sendiri seandainya saya melakukan begitu, saya juga seperti dia. Jadi saya ambik keputusn saya simpan saja perkara ini dalam hati dan akan berkawan dengan dia seperti biasa seolah-olah tidak pernah ada apa-apa pun terjadi. Alhamdulillah sehingga sekarang kami masih berkawan tapi pada saya, saya sentiasa berjaga-jaga. Percaya tidak sepenuh hati lagi. Bercerita mana yang perlu saja.

Jadi pada minggu lepas bila kami membincangkan tafsiran Surah "Al-Humazah" dalam kelas, kenangan ini datang lagi. Gerunnya hati bila mendengar tafsiran yang disampaikan oleh Ustaz.



"Celaka bagi orang yang mengumpat menista"

Ayat pertama dalam Surah "Al-Humazah"


Perkataan yang bererti "kecelakaan, azab dan kekecewan atau sebuah gaung di neraka".


Kata Ibnu Abbas kalimah ini membawa maksud orang yang membawa mulut ke sana ke mari merosakkan persahabatan orang dan mencari-cari keaiban orang yang tidak bersalah.

Kedua-dua kalimah ini telah digandingkan begitu rupa seolah-olahnya membawa pengertian bahawa sebarang rupa gangguan yang dibuat oleh manusia terhadap saudaranya sama ada dengan lisan ataupun dengan tangan akan termasuk dalam golongan mereka yang bakal menerima azab kecelakaan yang disediakan bagi mereka di dalam neraka.

Baginda SAW sendiri ada memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Antara keburukan lidah ialah bercakap perkara yang tidak berfaedah, tidak baik, mengucapkan kata keji, mencaci, mencarut, menghina, membuka rahsia orang, mengumpat dan perbuatan negatif lain yang tidak sepatutnya.

Allah Taala juga mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Takut juga kita kalau-kalau orang-orang yang kita termengumpat tu tidak memaafkan kita sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

19 ulasan:

INTAN RH berkata...

salam kak, gosip sentiasa ada. cuma ada gosip tak elok, ada jg gosip elok. yg penting kita cuba elakkan menyimpan pra-sangka kan.

have a nice day kak :)

Abd Razak berkata...

Salam kak ani..

Moga kakak sihat..:)

Subhanallah...begitu besar dosanya mengumpat sehingga boleh mengatasi dosa berzina..

qaseh mas berkata...

salam kak Ani

semoga Allah beri kekuatan pada akak.amin

dalam hidup ini,seringkali perkara yang tidak disangka berlaku,kan kak.termasuk kawan sendiri.

bagi saya,pendekatan berhati2 akak itu tepat.dan bersangka baik itu jua bagus.manakala mengumpat dan fitnah sangat besar dosanya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam intan,

Memang kadang2 ada gossip yang membina contohnya jika gossip dari segi kerjaya kita atau ada pekerti kita yang perlu ditegur.

Tapi kalau mengatakan sesuatu dibelakang kita dan perkara itu kita tak buat, orang yang buat gossip tanggunglah sendiri kan.

Tapi kita orang islam kan disuruh sentiasa memaafkan, jadi baiklah memaafkan semoga mereka insaf.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah buat masa sekarang akak sihat cuma sakit lutut dan kaki tu biasalah mungkin mengambil masa untuk semboh. Tapi bila dipandang orang lain yang langsung tak boleh bergerak, akak bersyukur sangat dengan keadaan akak sekarang ni.

Berzina kita berdosa dengan Allah. Allah kan Maha Pengampun selagi kita tidak menduakan dia. Senang kita berdosa dengan Allah saja. Tapi dosa mengumpat, kita berdosa dengan manusia, itu yang payah, buat dia tak nak maafkan di akhiratlah nampaknya kita berkira.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu mas,

Semoga ummu dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Memang dalam bercakap kita perlu berhati2 kan. Kita tak maulah orang kata, buka saja mulut kita melukakan hati orang. Itu yang kita takut sangat tu.

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..subhanaallah takutnya bila membaca n3 ni..thanks for sharing..diharapkan kita tak termasuk dalam golongan begitu.

piewahid berkata...

salam kak,
bagus n3 akak ni. sy pun tfikir nk buat tapi akak dh buat dulu, elok lah. gossip tu bunyi je lembut sbb asal pkataan english. kalau ikut kamus dewan sama je maksudnya dgn mngata mengumpat....

mengumpat berbeza dgn mkritik dan menegur...kerana mngumpat ni kat belakang empunya badan!

Miecyber berkata...

Dugaan tu...
Kesian Kak Anim..

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Moga sihat sentiasa hendaknya.

Sakit fizikal mudah untuk diubati sakit di hati hanya Allah saja yang tahu.

Begitulah kita sebagai manusia jarang sekali bersyukur dengan anugerah kesihatan yang dikurniakan Allah. Lantaran itulah timbulnya penyakit di hati.

Gosip menggosip ini merupakan salah satu penyakit hati yang sukar untuk diubati jika diri sendiri tidak berusaha untuk mengubati.

Bukan vitamin A, B, C atau kapsul seumpamanya diperlukan tetapi kekuatan melawan hawa nafsu yang perlu ditanam dalam jiwa setiap manusia.

Perlu muhasabah diri selalu apakah betul tindak tanduk yang dilakukan semalam, perlu perbetulkan hari ini agar kehidupan kita pada esok hari lebih bermakna dan lebih baik hendaknya. InsyaAllah.

P/S Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri yang selalu terleka...

Pn Kartini berkata...

Salam My dear sis..kak Ani..:)

Semoga dipelihara lidah dr memperkata sesuatu yg sia2...

fzi berkata...

Salam kak ani...
Saya setuju dengan kata2 Pn kartini..
..moga Allah pelihara lidah kita dari bercakap perkara yang sia2...
ianya tak lain membawa kepada dosa dan dosa pula membawa ke neraka...kan kak ani...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mie,

Itu juga merupakan dugaan dalam kita berkawan kan mie.

Tak semua kawan sudi jadi kawan mengangis.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak yam,

Terima kasih sudi singgah rumah saya ni.

Yerlah kak, perkara yang selalu kita terlupa betapa mengumpat tu Allah kata ibarat kita memakan daging saudra yang sudi mati.

Semoga Allah melindungi kita dari digossip dan mengossip ni. Takut....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pie,

Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan yang satu ni kak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Terima kasih, kak ani okey. Sihat orang macam kak ani ni, okeylah.

Mengumpat ni satu penyakit hati yang teruk jika kita tidak cuba sedaya upaya membendungnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Kadang-kadang rasanya lebih baik kita diam ajer jika kita tidak tau perkara sebenar daripada kita menyampuk satu-satu cerita yang kita tidak faham duduk perkara.

Sekurang-kurangnya selain dikatakan mengumpat orang tak tau kebodohan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Fzi,

Mudah2an kita dijauhkan sifat sedemikian, InsyaAllah kita sering mengingatkan diri kita betapa azab yang Allah balas jika kita cuba mengumpat atau mengaibkan orang sama ada cerita tu benar atau tida.

Shida berkata...

Assalamualaikum kak,

Kalau nak tau, perkara sedang berleluasa di forum kita tu, ada jenis yg gunting dlm lipatan dan talam 2 muka...habis dikutuknya kami ke sana sini...saya rindu forumers lama yg sgt berhemah.