Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 12 April 2010

Kenduri Naik Rumah



Hari Sabtu lepas seharian saya dan suami ke rumah seorang kawan. Dia telefon beritahu saya dia nak buat kenduri pindah rumah. Kalau orang Terengganu kita panggil kenduri naik rumah.

Diam-diam rupanya dia beli rumah kedua di salam satu taman di Subang. Kawan saya ini pun dah pencen. Majlis bermula dengan sholat zohor berjemaah dan disusuli dengan bacaan tahlil. Para jemputan hanya terdiri dari ahli keluarga kedua pihak suami isteri. Saya serta seorang lagilah orang luar dari keluarga yang dijemput.

Jiran baru sebelah rumah pun ada.

Jam 4.00 disusuli dengan Majlis Hari Jadi cucunya. Cucunya dah berusia 2 tahun. Cepat betul masa berlalu, rasanya seolah-olah baru sangat hadir dikenduri aqiqah dan cukur jampu cucu ni. Hari Sabtu baru lepas ini genap hari lahir ke 2.

9 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak

masa memang cepat sangat berlalu kan

INTAN RH berkata...

salam kak.

lawo gazebo kawan kak Ani tu, tempah katne ek?

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu normah,

Kata orang masa dan dekat nak kiamat kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Gazebo ni kira sekali semasa menempah kontraktor buat landskap rumah dia iaitu RM40,000.00. Memang cantiklah persekitarannya. Rumah banglo jadi tanah agak luas.

Kontraktor yang buat landskap tu terpaksa korek batu-batu yang tertanam dalam tanah dan letak tanah baja lain serta tanam rumput dan pokok2 di sekeliling rumah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Gazebo ni kira sekali semasa menempah kontraktor buat landskap rumah dia iaitu RM40,000.00. Memang cantiklah persekitarannya. Rumah banglo jadi tanah agak luas.

Kontraktor yang buat landskap tu terpaksa korek batu-batu yang tertanam dalam tanah dan letak tanah baja lain serta tanam rumput dan pokok2 di sekeliling rumah.

qaseh mas berkata...

Salam Kak Ani

masa terasa sangat pantas berlalu sekarang ni kan. cucu kawan akak lebih kurang umur anak saya nampaknya.

Abd Razak berkata...

Salam...

Eratkan pertalian ukhwah ya kak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam ummu,

Yer ummu, macam tulah. Diam tak diam dah 2 tahun akak bersara, rasa macam baru sangat. Segala yang diimpiankan sebelum bersara dulu masih banyak tak terbuat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaimussalam Abd Razak,

Memang akak sendiri pun tak sangka dan terharu hari tu, bila tiba di rumahnya akak sangka adalah kawan2 yang sama kerja di UM dulu, rupanya hanya kak ani dan suami saja orang yang di luar keluarganya, yang lain semua adik beradik mereka suami isteri.

Kadang2 tu susah kita nak jangka, orang yang kita rasa seolah2 tak rapat dengan kita, bila terjadi sesuatu yang tidak diingini dia orang yang tampil memberi bantuan. Terutama memberi kita semangat dan nasihat ketika kita amat memerlukan.

Ketika anak lelaki kak ani meninggal 2 tahun dulu, kak ani tak tahu kenapa, dialah orang yang kak ani ingat selain adik beradik sendiri. Dia suami isterilah yang menemani kak ani semasa mengecam jenazah di bilik mayat hospital dan menemani kami ketika diperkuburan mengebumikan jenazah (selain adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga). Sedangkan dia tinggal di Subang Jaya dan akak di Shah Alam dan tidak ada hubungan kekeluargaan langsung.

Itulah sebabnya apa saja majlis, kenduri kahwin anaknya, aqiqah cucunya waima apa saja, akak akan make sure akak free.