Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 7 April 2010

Jangan Cincai Membersihnya



Saya masih ingat semasa masih bekerja dulu, kawan-kawan perempuan yang bukan beragama islam yang kebetulan selalu bertemu di 'bilik Air pejabat' sering tanya kami yang beragama islam soalan ni "mengapa you all semasa dalam tandas (bilik kecil tempat melepas hajat) suka berdehem, pelik, you all baca jampi ker".

Pada yang tahu sebabnya senyum saja. Tapi antara kami tu saya rasa ada juga yang tak tahu kenapa "berdehem" bagi perempuan ketika masuk tandas selepas menunaikan 'hajat'.

Kebetulah pada hari Khamis malam Jumaat minggu lepas saya berkesempatan mendengar kuliah Datuk Dr. Haron Din di Masjid Negeri.

Malam tu beliau banyak menceritakan tentang siksa kubur. Banyaklah perkara-perkara yang disebutkan yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat siksa kubur. Antara yang paling menarik perhatian saya ialah bab bersuci dari hajat besar dan hajat kecil.

Pesannya, bila beristinja' sama ada kerana melepas hajat besar atau hajat kecil pastikan ia dibersihkan betul-betul, jangan cincai sajer. Nampak perkara ni kecil dan remeh tetapi dia boleh membawa kepada siksa kubur. Beliau menceritakan tentang satu hadis:

"Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering."

Itulah saja yang nak saya kongsi bersama. Kadang-kadang kita dizaman serba moden dan serba nak cepat ni terlupa tentang kesucian terutama selepas memlepaskan hajat kecil. Takut kadang-kadang tak perasan, air masih menitis selepas dibersihkan dari buang air dan kita terus mengerjakan sholat atau mengaji tanpa perasaan kita menanggung najis. Itulah sebabnya kena "berdehem" bagi perempuan untuk mempastikan air kencing tidak ada lagi menitis.

14 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Mudah2an kita semua tidak mengambil mudah akan perkara yang membawa kpd siksa yang pedih ini..

Bila sebut ttg org2 bkn beragama Islam tu.. teringat semasa di hospital, kebetulan wad penuh, di sisi kiri dan kanan ramai di kalangan mereka.. terpaksa menahan hidung, dan ketika di dalam lift bayangkan jika mereka ramai dan kita di atas kerusi roda.. paras hidung kita separas pinggang mereka.. subhanallah.

Untunglah kita jadi Muslim dan Mukmin.. Allah ajarkan kita melalui utusanNya.

ummzaid berkata...

terima kasih kak sudi berkongsi nasihat/ingatan..

byk cara utk selesaikan masalah menitis ni..yg mudah senaman kegel, pembedahan pun boleh jg..

INTAN RH berkata...

salam kak, mmg ramai lg yg tak tau napa kita berdehem tika tu. Even klu lps bersalin pun, doktor2 suruh berdehem atau batuk kan.

kak zeem, ce explain sket psl senaman kegel tu.

Abd Razak berkata...

Salam kak Ani..

Moga kita ambil perkara ini dengan penuh cermat dan serius.

Antara puncanya solat atau ibadah lain tidak mendatangkan kesan kepada seseorang ialah disebabkan beristinjak yang tidak sempurna sehingga terbawalah najis dalam solat, masjid dan sebagainya.

Berwaspadalah...

Kunang-Kunang berkata...

Salam sis werdah,

Syukurlah kita orang islam kena bersuci, jadi tak adalah bau yang tidak menyenangkan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Salam ummzaid,

Kita bimbang perkara ni berlaku secara tak sedar bukan sengaja.

'Air' yang sentiasa menitis kerana sakit tu lain pulak cara bersuci dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam intan,

Betul intan, kita kenalah ingatkan anak-anak kita lelaki atau perempuan tentang hal yang orang selalu terlepas pandang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Memang hati selalu takut kalau perkara ini terjadi kerana tak sengaja. Sia-sialah amalan kita, tak diterima Allah.

Kenalah lebih cermat bila tak tahu

piewahid berkata...

slm kak ani,
betul kak.
lelaki pun kena gitu juge.
kalau tak salah istilah fiqh nya dpanggil 'istibghom' @berdehem. umpama selepas minum pakai straw, kita kena pastikn air dlm straw tu habis... wallahu a'lam!

pak long berkata...

salam buat kak ani...
info berilmiah..terima kasih banyak kak...

Miecyber berkata...

Teruskanlah kita berdehem...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam pie,

He he ibarat air dalam straw, satu perumpamaan yang sangat bertepatan untuk menerangkannya situasi sebenar. Terima kasih pie kerana menjelaskan lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam cikgu (Pak Long)

Sama-samalah kita kongsi mana yang tahu tu.

Kunang-Kunang berkata...

Begitulah seharusnya Mie.