Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 25 April 2010

Jamu Mata Di Alam Central


Deretan kedai-kedai dan booth-booth yang menjual perlbagai jenis telefon bimbit dan komputer memenuhi ruang di tingkat 3


Pagi tadi dengan satu tujuan kami ke Plaza Alam Central. Sakinah nak beli h/set baru.

Memandangkan baru pukul 11 pagi ketika kami tiba, untuk mendapatkan tempat letak kereta tak ada masalah. Selalunya agak susah nak dapat parking. Kami ke tempat lift terus ke tingkat 3.

Semasa mereka mengajak saya ikut tadi, kami dah berjanji akan terus ke tingkat 3, tempat pusat menjual telefon dan komputer. Tak mahu singgah mana-mana sebab saya tak larat nak berjalan jauh. Memang meriah penjualan telefon di sini nampaknya.



Makin meninggi hari makinmeriah tempat ni. Ramainya orang berkunjung ke sini. Saya yang duduk tak jauh dari mereka sempat ambil gambar ni.


Orang Bertiga beranak ni sedang khusyuk memilih dan tawar menawar telefon


Memandangkan mereka mereka bertiga beranak mengambil masa yang agak lama, meilih, membelek telefon yang hendak dibeli, saya yang tak larat berdiri lama ni duduk di satu kerusi tinggi di salah satu booth yang menjual telefon di situ.

Akhirnya selepas tawar menawar belilah telefon ini untuk inah. Duit dia sendiri dan abahnya tambah sikit-sikit.



Dari situ beredar ke tingkat bawah Di salah satu butik (jual beranika jenis baju siap) saya beli 3 helai kain pelikat.

Sebelum balik singgah di kedai buah-buahan sikit untuk beli buah. Saya suka beli buah-buahan disini sebab buah-buahnya segar-segar dan harganya taklah mahal.

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam kak...

Shopping ya kak...

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, dah cat lain ye di umah nih...
nostalgia...

amboi, shoping2 ye...

Miecyber berkata...

Uwa... cantek handset baru Inah tu...

Werdah berkata...

Salam Ani.

Alhamdulillah, sambil meneman anak beli nset, dapatlah juga tenangkan fikiran dapat membeli buah2an :):):)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Tulah sesekali ikut anak-anak berjalan, nanti tak ikut karang kesian pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Akak ni jarang ke mana-mana shopping kompleks kalau tak perlu sangat, tak larat nak jalan jauh.

Ini pun banyak duduk mana-mana terdapat kerusi, dah tak malu dah. Di Plaza Alam Central ni memang ada disediakan kerusi-kerusi mungkin untuk orang2 seperti kak anilah. Orang mu tak aper, kuat berdiri.

Dinding dengan lantai jer baru, perabut2 maih guna yang lama juga.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Mei,

Tulah anak-anak, serba salah, tak ikut karang, muncung pulak nanti.

Kita guna handset lagi tak rosak tak tukar. Dia orang tukar handset tak kira masa, nak ikut kelajuan model handset parah kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Perangai Sakinah kalau nak ke mana-mana suka sangat ajak saya ikut sekali.

Kadang2 tu kesian jugak kalau bertalu2 ajak, itulah ikutkan jugak. Selalunya kalau ke mana-mana memang tuju terus ke tujuan asal kesitu.

Mana-mana yang ada di sekeliling tempat lalu tulah singgah kejap2.