Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 15 April 2010

Jangan Bertangguh Lagi

Saya selalu bayangkan seandainya jarum jam boleh diputar ke belakang alangkah baiknya. Saya ingin membaiki sesuatu yang saya rasa saya tidak lakukan dengan sempurna satu waktu dulu. Saya juga ingin mengulangi saat-saat indah ketika badan masih cergas dahulu.

Adalah mustahil untuk saya gostan ke zaman yang telah saya tinggal. Melainkan dalam mimpi. Apa yang perlu saya buat ialah merebut peluang yang ada pada saya sekarang dan memanfaatkannya sebaik mungkin sebagaimana Rasulullah S.A.W. sendiri ada berpesan rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.

Masa muda sebelum masa tua



Masa sihat sebelum datang sakit



Masa lapang sebelum waktu sibuk



Masa kaya sebelum jatuh miskin



Masa hidup sebelum datang ajal



Muda telah berlalu dari saya. Kecergasan juga sudah berkurang. Langkah kaki tidak selaju dulu. Yang tinggal hanya sisa-sisa tenaga untuk mencari dan merebut bekalan sedaya mungkin untuk saya bawa ke sana. Semoga saya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup yang sedang menginjak senja.

27 ulasan:

kakpah berkata...

salam jumaat kakani. Memberi peringatan kepada kakpah juga yang setiap pagi bila bangun pagi merasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menatap keindahan ciptaan Ilahi.

Abd Razak berkata...

Salam..

Kita perlu gunakan masa yang ada sebaik mungkin utk menyediakan bekalan...

Tq kak..:)

piewahid berkata...

salam ziarah & ukhwah,
t kasih kak...:)

endiem berkata...

salam, hargailah masa. Kadang kadang kita lupa, maka akan berlakulah penyesalan diakhirnya.. Mudah mudahan di ampunkan Allah jua.

Miecyber berkata...

Insaaf baca entri Kak Nim...

Melor berkata...

terasa insaf jap. byk benda yg belum dibuat gi ni

Kunang-Kunang berkata...

waalaikumussalam kak pah. memang setiap kali bangun syukur alhadulillah.

Kunang-Kunang berkata...

waalaikumussalam Abd Razak. yerlah kan rebutlah sebanyak peluamg yg ada selagi ada daya

Kunang-Kunang berkata...

sama-sama Pie

Kunang-Kunang berkata...

ada org kata masa ibarat. tapi mas boleh beli kalau ada duit, tapi masa dah hilang tak dapat dibeli dgn wang ringgit

Kunang-Kunang berkata...

samalah kita rebut peluang ketika masih ada daya.

Kunang-Kunang berkata...

terika kasih Melor sudi singgah.

Bercakap tentang masa teringat sisa usia yang berkurang setiap hari.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Terima kasih kerana mengingatkan.. kak ni dah kehilangan masa muda, masa sihat.. alhamdulillah masa lapang terlalu banyak, mudah2an Allah bagi peluang merebutnya sebelum saatnya sampai.

Kak nak tanya ni,

Ani ada pernah cuba ambil glucossamine n chondroitin tak? jika belum cubalah krn ini membantu mengatasi masalah sakit lutut. InsyaAllah.

Kak mengalami masalah sakit lutut juga dan pernah diinject cecair sekali pd 1999. Kmd amalkan glucossamine.. alhamdulillah lutut tak sakit lagi.

Pn Kartini berkata...

Salam my lovely Sis...
tksh utk segala peringatan..
Moga masih ada kesempatan masanya....InsyaAllah..

Semoga sis ani sentiasa dirahmatiNya selalu..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Doktor memang berikan saya makan glucossamine semenjak bulan Oktober tahun lepas. Tentang chondroitin baru sebotol saya cuba iaitu dari keluaran cosway. Kira 1 bulan baru cuba.

Sebelum ni saya tak tentang chondroitin. Rasanya adalah kurang sikit ni. Nak teruskan lagi. Kak Werdah guna chrondoitin jenis apa maksud 'manufacturernya'. Mungkin saya boleh cuba.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Itulah juga harapan kita semoga kita sempat berbuat yang terbaik sebagai bekalan.

Terima kasih atas doa sis tinie. Akak juga harap kita semua sejahtera selalu.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Dulu ambil atril s dengan consulf, doktor suruh ambil lebihkurang setahun 2 kali sehari. alhamdulillah. Tak perlu inject lagi selepas 1999 tu.

Tak lama lepas tu kak tukar kordel's sebab tak perlu ambil 2 kapsul sekaligus kerana dalam sebiji capsules dah ada dua-dua (glukosamine n chondroitin)

Sekarang, sekali sekala ambil juga bila terasa sedikit sakit di lutut tu.

Kita berusaha Allah menyembuhkan insyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Sis
Werdah, bila yang saya ambik ni habis saya akan cuba cari yang akak cakap tu.

Saya pernah diberi doktor vitril rasanya kalau tak silap dah lama kira-kira beberapa tahun lalu.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak ani

sama2lah kita beringat, kan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

InsyaAllah mudah2an kita tergolong dalam golongan yang sentiasa beringat.

qaseh mas berkata...

Salam Kak Ani
kalau kita boleh gostan balik,bestnya kan tapi kenyataanya, kita harus melalui masa kini kita dengan apa yang kita ada hari ini dengan sebaik mungkin kan kak?

tunbegia berkata...

sungguh insaf kanns,

salamm,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummu,

Yerlah ummu kalau kita digostankan balik rasanya nak kita tebus semua yang terkurang disatu ketika dulu.

Yang perlu dihadapi sekarang kita memohon semoga hati kita tidak diterbalikkan Allah setelah dia menunjukkan kita jalan yang lurus.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Tun,

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan kasihnya.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam Kak Ani :)

Peringatan bagi yang masih muda...Terima kasih...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

He he orang seusia kak ani pun lagi kena rebut peluang yang ada sikit-sikit ni, entah sempat kumpul entah tidak.

Werdah berkata...

Salam Ani.

Tentang viatril tu sama spt atril s, tak ada dua-dua, iaitu glucossamine dgn chondroitin,cuma ada glucossamine sahaja, Jadi lebih berkesan beli yang ada dua-dua tu.