Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 21 April 2010

Hari-hari Yang Melesukan


Perjalanan Dari Puncak Alam Ke Sham Alam


Dah 6 hari rupanya saya tak update blog ini. Saya cuma onkan pc kejap-kejap dan baca ulasan dari kawan2 saja untuk N3 terakhir saya. Sambil tu saya sempat juga singgah di beberapa blog kawan-kawan tapi ada yang saya tak tinggal apa-apa ulasan. Maaflah yer.

Semenjak hari Jumaat lepas, masa saya agak terhad sangat. Hari Sabtu, Ahad dan seterusnya terlalu banyak perkara yang nak diuruskan. Mungkin inilah yang menyebabkan keletihan yang melampau ni.

Malam tadi iaitu malam selasa, memandang kelas bahasa arab dibatalkan kami, saya dan suami ke rumah zulaikha di Puncak Alam dengan harapan letih dan sunyi ini akan hilang dengan kerenah 2 orang cucu saya tu. Jadi malam tadi saya bermalam di Puncak Alam.

Pagi tadi selepas cucu berdua tu bangun tidor, kira-kira jam 8.00 pagi kami bergerak meninggalkan rumah anak saya untuk balik ke rumah.




Kehijauan mengiringi perjalanan Dari Puncak
Alam Ke Sham Alam


Perjalanan dari Puncak Alam berjalan lancar dengan pemandangan yang menghijau di sepanjang jalan. Tiba saja di persimpangan Bukit Jelutong, jem bermula. Saya tiba dirumah lebih kurang pukul 9.00 lebih. Perjalanan yang tak sampai 3 kilometer dari persimpangan Bukit Jelutung ke rumah saya tu mengambil masa lebih dari setengah jam.

Tiba di rumah lepas menyelesaikan beberapa kerja di rumah dan selepas minum segelas susu saya tidor hingga waktu zohor, lepas zohor saya tidor balik hingga asar. Lepas sholat asar, inilah saya duduk depan pc walaupun letih dan pening masih terasa, saya tak nak ikutkan sangat.

HADIAH DARI SAHABAT AKRAB


Hari Isnin lepas, dari bilik tidor saya di tingkat atas, saya nampak posmen sedang memegang sebuah bungkusan di depan gate rumah saya. Tapi memandangkan sendirian di rumah dan saya rasa tersangat tak larat nak turun ke bawah, saya diamkan saya. Minta maaflah encik posmen. Bukan saya sengaja.

Petangnya bila saya ke peti surat saya nampak encik osmen tinggalkan kad meminta kami mengambil bungkusan berkenaan di Pejabat Pos. Saya pelik juga, bungkusan apalah pulak tu, suspen. Semalam zulaikh tolong ambikkan bungkusan tu di Pejabat Pos, rupa ini dia



Sebuah buku dari seorang sahabat akrab. Terima kasih sahabat. Allah saja yang dapat membalas ingatan mu pada kakak ni.

Buku bertajuk "Alexander Adalah Zulqarnain" tulisan Muhammad Alexander seorang penulis dari Indonesia. Seorang pelajar Ph.D di ITS, Surabaya. Perbincangan mengenai Zulqarnain yang Allah ceritakan dalam Surah AlKahfi dari ayat 83 hingga 99.

Saya memang berminat dengan perbincangan-perbincangan mengenai Iskandar Zulqarnain ni dan banyak sudah saya baca dalam buku-buku. Kebetulan tajuk buku di atas berlawan pulak dengan buku yang pernah saya beli dulu



Buku ini ditulis oleh Afareez Abd Razak Al Hafif, seorang pelajar Ph.D di UIA. Kisah ini juga pernah dibincang di saluran Astro tak berapa lama dulu. Seronok juga membaca perbincangan-perbincangan didalam buku ini

Saya nak tahu apa pulak hujjah Muhammad Alexander yang mengatakan "Alexander Adalah Zulqarnain. Pertama kali adalah orang dengan yakin berkata begini.

20 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, seronok melepaskan penat bersama cucu2 ye...

sy lom hbis baca buku "benarkah iskandar bukan zulqarnain"...

semoga kak ani bertenaga smula...

Pn Kartini berkata...

Salam kak ani..:):)

Moga akak dah bertenaga semula..banyak2lah rest yaa..:):)

errmm...seronok sesekali terima kiriman yang tak dijangka2 kan ni..:):)
Pe2...moga akak sihat selalu..:):)

Abd Razak berkata...

Salam kak ani..:)

Moga kakak sihat hendaknya...

Kena byk berihat kak, jgn paksa sangat.

pak long berkata...

salam buat kak ani..
cantik pemandangan tu...
sentiasa mendoakan moga akak terus berbahagia...

a kl citizen berkata...

dah baca nanti bolehlah kak ani ulas kat sini ya, teringin juga nak tahu

kakpah berkata...

salam. semuga sehat selalu...

Werdah berkata...

Salam Sis Ani,

Semoga kembali lapang dan tenang fikiran.

syahbandar87 berkata...

salam kak..sy ada ambil tahu serba sedikit tp x bnyk la..tentang knp alexander bukan zulqarnain..antara hujjahnya adalah beza waktu yang akan jauh antara sejarh alexander dengan iskandar zulqarnain..dan itu memustahilkan untuk menyamakan individu alexander dngn zulqarnain..dan banyak lagi hujjah2nya..

tp keliru jg bila ada pula buku yg akak tunjuk tu menyatakan alender adalah zulqarnain..mungkin akak dah baca kedua-duanya..jadi kalau boleh sy nak tau jg apakah hujjah yg menguatkan pandangannya iaitu alexander adalah individu yg sme dngn isqandar.

qaseh mas berkata...

Salam Kak Ani
saya pun minta maaf kat akak,saya tak sempat nak tinggalkan jejak di blog akak.sejak dah bekerja kembali, sebelum subuh dah bersiap nak bertolak ke tempat kerja,saya terlalu letih bila balik ke rumah bila matahari semakin tenggelam.maklumlah,saya kena suaikan diri dengan keadaan saya yang baru ini.apapun,kehijauan alam itu penawar kan kak?

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Itu kebahagian seorang nenek. Nampak cucu hilang penat dan letih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih Sis Tinie.

Yerlah, menerima pemberian dari seseorang memang menyeronokkan kita yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd. Razak,

Terima kasih sudi doakan akak.

Semoga Abd Razak juga diberi Allah kesihatan yang berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Pak Long,

Terima kasih. Semonga kita semua diberi kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Normah,

Baru baca beberapa muka surat. Interesting tapi kadang-kadang keliru dan ragu2.

Nanti dah habis boleh ceritalah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Terima kasih banyak2 atas ingatan kak pah pada kak ani ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Terima kasih atas doa, semoga kita semua Allah beri kesihatan yang baik dan melindungi kita selalu dari sakit-sakit yang tidak terdaya oleh kita menahannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syah,

Hujjah2 yang diberikan sangat bertentangan dari buku "Iskandar Bukan Zulqarnain".

Saya akan keberatan untuk menerima sesetengah hujjah yang ditulis. Nantilah saya baca hingga habis mungkin lebih faham dan jelas.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Tak aper, sudi singgah pun dah Alhamdulillah.

Yerlah kita ada tanggungjawab yang lebih perlu, utamakanlah dulu.

Semoga ummu masyitah gembiran dengan karier yang diceburi tu.

Miecyber berkata...

Menarik juga buku tu yer...

Kunang-Kunang berkata...

Yer Mie, interesting.

Tapi ada juga yang rasa masih ragu-ragu untuk mengatakan yer pada certain part dalam buku berkenaan