Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 13 April 2010

Feningnya



Hai, sidai kain dah!!!, siram pokok bunga dah!!!, basuh pinggan mangkok dah!!!.

Sekarang bolehlah duduk depan pc kejap. Sekarang ni agak fening sikit sebab tak terkejar oleh masa yang ada 24 jam tu.

Saya minta maaf pada kawan-kawan kerana sekarang ni tak dapat nak kunjung mengunjungi rumah-rumah sahabat maya sekerap mungkin kerana kekangan waktu.

Semenjak saya mengikuti kelas guru alquran ni, masa saya sangat terhad. Kadang-kadang saya sedaya mungkin cuba jugak masuk blog kejap-kejap melepaskan rindu dan mengetahui perkembangan kawan-kawan semua.

Di kelas ni salah satu subjek yang sangat mencabar bagi saya ialah hafazan. Banyak surah-surah dalam alquran yang perlu dihafaz setiap minggu. Otak yang dah tua macam saya ni agak 'benok' kata orang terengganu. 'Benok' tu maksudnya payah nak mengingati sesuatu yang dipelajari. Jadi saya perlu meluangkan banyak masa ke sini.

Untuk memudahkan ingatan, saya juga membaca ayat-ayat penerang hati dan surah Al Insyirah. Yerlah firman Allah bukan senang nak menerima amanahnya. Kalau boleh kawan-kawan tolonglah saya. Kalau ada petua untuk memudahkan menghafal ayat-ayat suci alquran ni, beritahu saya yer.

17 ulasan:

INTAN RH berkata...

salam kak, moga berjaya dlm kelas tu ye.

:)

Abd Razak berkata...

Salam...

Banyak makan kekacang kak, utk kuatka ingatan. Moga kakak berjaya nanti..

white rose berkata...

salam kak ani...

urm, ntah laa...
rasanya dari segi pemakanan laa kena banyak dijaga dalam bab2 nak menghafaz ni...

makan kismis slalu sbb nk kuatkan ingatan...

insya'ALLAH, kak ani leh buat...

tunbegia berkata...

sungguh bz kanns,

salamm,

Pn Kartini berkata...

salam..:)
InsyaAllah..Akak boleh buat ..:):)
Good luck utk akak yaa..:):):)
Take care..:)

Werdah berkata...

Salam Ani.

Pernah dengar disuruh kerap membaca surah ar rahman selain surah al-Insyirah.. insyaAllah.. nak juga ikut contoh mula menghafal ni..

pak long berkata...

salam buat kak ani...
pak long doakan moga segala ilmu yang ditimba tu memberikan pertunjuk buat penghidupan kita...

Kunang-Kunang berkata...

Salam intan

Terima kasih doa2kanlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Terima atas cadangan, InsyaAllah akak akan cuba walaupun tak berapa gemar makan kacang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

InsyaAllah akan akak cuba. Sekarang pun dah amal makan kismi ni. Mudah2an.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Tun,

Sebok mengejar waktu yang semua orang diberi sama banyak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Terima kasih kerana memberi harapan dan doa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Werdah,

Saya akan berusaha juga. Mudah2an ia menjadi bekal kepada saya untuk ke sana nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Pak Long,

Terima kasih atas doa Cikgu.

Mudah2an dengan kawan-kawan semua, hati akak akan senang menghafal firman-firman Allah ini.

Miecyber berkata...

Kak Nim pasti boleh....:D

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah Mie, mudah-mudahan berkat doa kawan2 akak tabah menempohnya

HIASAN REKA INDAH berkata...

amin...