Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 1 April 2010

Semoga Kita Terus Bahagia



"Hepi anniversary, Inah tgh claz"

Itulah bunyi sms Sakinah pagi tadi.

Anak-anak lain mungkin lupa hari ini adalah aniverseri perkahwinan mama dengan abah.

Hari ni genaplah 33 tahun kami hidup bersama. Segala suka duka menempuh kehidupan ini akan menjadi inspirasi dalam menempuh hidup mendatang.

Dikurniakan 5 orang anak. Anak kedua dah dijemput menemuiNYA. Sekarang dah dikurniakan 3 orang cucu yang comel. Syukur pada mu Ya Allah.


Izati - dah sekolah mulai tahun ni



Eresya, baru baik sakit



Nurkaisah, Bila nak jalan ni


Semoga Allah berkati kehidupan kami seterusnya dan dimurahkan rezeki serta diberikan kami kesihatan dan kesejahteraan.

27 ulasan:

iBu...gUru berkata...

salam,
maga terus bahgia, dimurahkan rezeki
dan dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat

Abd Razak berkata...

Salam kak ani...

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan akak...moga akak bahagia hendaknya

Kunang-Kunang berkata...

Walaalaikumussalam Ibu Guru

Terima kasih, begitulah juga harapan kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ustaz Razak,

Terima kasih doakan kami. Semoga Allah juga melimpahkah keberkatannya kepada ustaz.

pak long berkata...

salam buat kak ani....
selamat berulang tahun yg ke 33...lama tu...nanti nak blajor tip kebahagiaan ngan akak...
moga terus ceria dan diberkati ALLAH

fzi berkata...

Salam kak ani...
Hepi anniversary kak ani... InsyaAllah kekal bahagia selamanya...aminn

Werdah berkata...

Salam kunang-kunang

Selamat menyambut ulangtahun ke 33 perkahwinan. semoga bahagia selalu.. kak insyaAllah hujung tahun ni bln 12 ulangtahun ke 36.. anakpun 5 dan cucupun dah 5..

InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusan kehidupan menuju kepadaNya.. Allahumma Amiin.

piewahid berkata...

assalamualaikum kak,
tahniah & semoga terus berbahagia dunia dan akhirat...amin!

atie berkata...

Salam Kak..

Selamat ulang tahun perkahwinan semoga sentiasa diredhai AllahSWT

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, dah 33 tahun ye...kira kak ani lambat juga kawin ek...

tahniah, semoga pertalian ni terus berkekalan hingga akhirnya...

bertuah ada anak2 & cucu yang masih menyayangi kak ani n suami...

nanti masak sedap2 tau bagi anak2 dan suami kak ani makan...

INTAN RH berkata...

Kak Ani, slmt ulangtahun yg ke 33, lama tuh bertahan..alhamdulillah. Sy thn ni br msuk thn ke 13..

:)

endiem berkata...

salam..
semoga sihat sejahtera, aman bahagia hingga ke anak cucu.

Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Selamat ulang tahun perkahwinan kak :) Semoga terus bahagia di bawah rahmat-Nya, ameen...

Miecyber @ Sudu berkata...

Congrats Kak Nim...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu (Pak Long)

Alhamdulillah sehingga sekarang nampaknya abang sama macam masa kawin dulu cuma fizikal jer yang berubah, he he. Hati dia sama. Semoga terus begini sehingga ke akhir hayat kami.

Tipnya senang jer Pak Long, setia antara satu sama lain dan sanggup susah senang bersama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Fzi,

Terima kasih Fzi. Alhamdulillah mudah-mudahan kebahagiaan ini kekal ke akhir hayat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm Werdah,

Terima kasih.

Alhamdulillah dan tahniah dari saya juga kerana Werdah akan menyambut ulang tahun yang ke 36. Satu masa yang panjang, semoga terus bahagia dan diberkati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaimussalam Pie,

Terima kasih sudi doakan akak.

Semoga kita semua diberi kesejahteraan oleh Allah dan bahagian selalu

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Atie,

Semoga keluarga Atie juga diberkati Allah selalu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White Rose,

Terima kasih atas ucapan dan doa.

Tentang kahwin tu, akak berkahwin ketika berusia 24 tahun selepas habis belajar di ITM, kerja 3 tahun baru kawin.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,

Terima kasih atas doa Intan.

InsyaAllah Intan berkat kesabaran Intan selama ini mudah2an Intan juga bahagia ke akhir hayat.

Kunang-Kunang berkata...

Thanks Mie.

qaseh mas berkata...

salam Kak Ani
selamat ulang tahun perkahwinan ya kak...
wah dah lama tu..
"Semoga Allah berkati kehidupan kami seterusnya dan dimurahkan rezeki serta diberikan kami kesihatan dan kesejahteraan. "
amin

tunbegia berkata...

sungguh comel,

salamm anniversary,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam ummu,

Terima kasih. Semoga kehidupan kita semua diberkati Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam TB,

Terima kasih.

MrsNor berkata...

salam kak anim... maaf terkewat nak wish hepi aniversary..moga bahagia hingga ke akhir hayat..seronoknya tengok gambar cucu2 kak anim tu