Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 29 April 2010

Bila Ia Membahagiakan

Bahagia. Semua orang nak bahagia. Tetapi apa sebenarnya bahagia. Pada saya bahagia sesuatu yang sangat subjektif. Bahagian pada orang itu tidak bermakna ia bahagia pada kita. Ada orang kata sesuatu yang membuat kita bahagia itulah bahagia.

Menurut Ibn alQayyim Rahimahullah bahagia terbahgi kepada 3:

Kebahagiaan Pertama



Kebahagian luaran dari diri manusia, iaitu kebahagiaan harta dan kebahagiaan hidup. Dengan kebahagiaan ini seseorang menjadi bahagia dan disegani org lain. Namun perlu diingat bahawa kebahagiaan ini tidak kekal selama-lamanya di mana dalam satu hari mungkin ia akan menjadi manusia yang paling hina dan paling rendah martabatnya.


Kebahagian Kedua



Kebahagiaan fizikal seperti kesihatan, bentuk tubuh yang menarik, anggota tubuh yang sempurna, warna kulit yang bersih dan tubuh yang kuat. Jenis kebahagiaan ini lebih baik berbanding kebahagiaan yang pertama, tetapi pada hakikatnya ia di luar hakikat dirinya. Seseorang manusia itu dinilai dari segi jiwa danhatinya, bukan fizikal dan tubuhnya.


Kebahagian Ketiga



Kebahagiaan hakiki, iaitu kebahagiaan memperolehi ilmu yang bermanfaat. Kebahagiaan ini bersifat abadi walau dalam keadaan apa pun jua. ia sentiasa mengiringi seseorang dalam setiap perjalanannya termasuk dalam ketiga-tiga alam, yakni alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Dengan kebahagiaan ini, dia mampu menaiki tangga keutamaan dan tingkat kesempurnaan.


Kalau kita tidak bahagia sekarang, ingatlah mendong tidak akan selamanya singgah dalam kehidupan kita InsyaAllah akan tiba jua saat dan ketika di mana mentari akan menjengok dalam kehidupan kita.

13 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Ani.

Semoga sihat di sana.

Mudah2an kita dapat capai kebahagiaan yang hakiki, dapat merasai kemanisan iman kerana itulah yang menjamin kebahagiaan yang abadi. InsyaAllah.

iBu...gUru berkata...

salam kak ani
bahagia................ sesuatu yang tidak dapat di nilai dengan wang ringgit .........andai kita telah memilikinya , bersyukur lah kepadaNya

Ros Illiyyuun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Terpikat dengan kata-kata ini:

"Kalau kita tidak bahagia sekarang, ingatlah mendong tidak akan selamanya singgah dalam kehidupan kita InsyaAllah akan tiba jua saat dan ketika di mana mentari akan menjengok dalam kehidupan kita."

Hanya Allah Yang Maha Tahu segalanya dalam hidup kita.

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina azabannar." Ameen Ya Rabbal Alamen.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sis Werdah,

Alhamdulillah nampaknya kesakitan di kaki/lutut ni ada kurangnya selepas ambil kedua-dua ubat tu.

Yer, semoga kita berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibu Guru,

Betul tu ibu guru, duit bukan segala2nya. Duit sekadar salah satu pemangkin kebahagian. Kebahagian sebenar terletak di hati dan dijiwa yang tenang sebagai rahmat dari Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Memang perjalanan hidup kita dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi tapi kita tidak tahu.

Jadi mungkin dia boleh berubah dengan berdoa kepadaNYA.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Nak kongsi kata2 pasal bahagia...

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal
6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Moga kita sume bahagia dunia akhirat..kan kak ani.. :)

IKRAB family berkata...

Moga akak sekeluarga dan kit asemua bahagia di dunia dan akhirat.
kak, ensem gambar helang tuh ;)
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Fzi,

Terima kasih sudi menambah bahan yang bagus ni di sini.

Itulah doa kita setiap hari semoga setiap hari ada perubahan yang baik pada diri kita.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih sahabat,

Semoga kita semua bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Amen.

mohdandmeriam berkata...

salam hanim..sangat tertarik dgn n3 ni..pandai hanim berbicara n bermain dgn kata2..menyentuh hati makcik..semoga kita semua beroleh kebahagiaan dunia n akhirat..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Yam,

Yer Kak semoga kita beroleh kebahagian dunia dan akhirat. Semoga Kak sihat sejahtera yer.