Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 12 April 2010

Allah Lindungi Dia



Sepanjang dia bercerita, tak lepas-lepas saya mengucap 'Alhamdulillah" dan Astarafirullah halazim".

Saya rasa sangat terkejut dan sedih. Kalau tak kenangkan, ramai orang di dalam kelas mengaji tu, saya nak peluk dia erat-erat. Tak tau kenapa, saya rasa sedih hingga menitiskan air mata. Terbayang-bayang di mata saya wajah 2 orang anaknya yang sentiasa mengikutnya ke Kelas mengaji ni.

Tadi ketika masuk saja ke kelas, saya terus tanya dia "kenapa tak datang malam selasa tu, tak sihat ker".

Dia senyum sambil berkata "Nasib baik saya masih dapat bertemu kak ani lagi".

Dia mula bercerita, pada malam Isnin minggu lepas tu, sebaik habis kelas talaqi alquran di Masjid Negeri, dia memandu kereta balik kerumah. Malam tu suami dia shif malam. Sepanjang perjalanan balik dia asyik menghafal surah Al Sajadah. Kami sebagai pelajar guru alquran memang dikehendaki menghafal beberapa surah dan salah satunya ialah Surah Al Sajadah.

Tiba-tiba dia terasa keretanya terangkat. Bila menoleh ke kanan, rupa-rupanya keretanya dah terangkat dan berada di bawah perut trelar panjang. Dia tak tahu bila treler tu terbabas dan merempuh keretanya. Kereta dia terangkat dan senget ke kiri. Dia pandang anaknya, yang perempuan berusia 7 tahun sedang tidur ditempat duduk depan. Anak lelakinya yang berusia 10 tahun tidor di tempat duduk belakang.

Masa tu yang dia fikir hanyalah bagaimana nak keluar dari kereta tu. Dia bimbang kereta tu akan meletup sebab injen kereta dia dengan injen lori dah melekat. Memandangkan kereta tu dan senget ke kiri, dia beraleh ke kiri kereta sambil mengejut anak-anaknya

"nak bangun nak, kereta kita bawah perut lori ni"

Berkali-kali dia kejutkan budak-budak tu. (masa ni air mata saya tak boleh dikawal lagi).

Akhirnya diangkatnya anak perempuan dia dan buka pintu kereta untuk terjun. Masa ni lori tu dah bergerak agak perlahan. Keretanya diseret sekali. Bila dia buka saja pintu kereta, dia nampak orang dah ramai, ada yang kata

"kak jangan terjun kak, jangan terjun, nanti kita tolong, anak kat belakang kita ambik".

Dia tak tahu macam mana, sedar-sedar dia dan anak-anaknyadah dah keluar dari kereta. Masa tu seluruh badanya menggigil. Shukur Alhamdulillah. Mungkin kerana terlalu terkejut semenjak malam Isnin hingga Selasa tu dia demam seharian.

Bila saya bersendirian, terfikir di hati saya, mungkin ketika kejadian berlaku, dia sedang menghafal Surah Al Sajadah, jadi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah melindungi dia dan anak-anaknya dari kejadian yang lebih buruk walaupun kereta dia rosak teruk.

13 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ros Illiyyuun berkata...

Salam :)

Allah s.w.t merupakan payung bagi kerahmatan kita di dunia ini. Oleh itu, sentiasalah mohon petunjuknya dalam apa jua keadaan.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan sentiasa berada di bawah naungan payung-Nya. Ameen

Abd Razak berkata...

Salam kak ani...

Subhanallah..Maha suci Allah yang memelihara hambaNya yang sentiasa ingat kepadaNya..

endiem berkata...

Syukur.. Alhamdullillah..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalm Ros,

Itulah yang kita harapkan selalu dari NYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Subhanallah, Allah Maha berkuasa menentu segalanya.

Kunang-Kunang berkata...

Salam endiem,

Semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindunganNYA

qaseh mas berkata...

Salam Kak Ani
maaf baru malam ini saya berkesempatan meninggalkan jejak di sini.

Allah Maha Kaya kan kak?
Baiknya Allah...teringat kejadian kereta yang dipandu suami tiba2 berpusing2 di ats jalan raya, masa itu saya teringat anak. Tapi bila saya toleh ke belakang melihat anak tidur dengan nyenyak,terasa kebesaran Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummu,

Tak aperlah tak dapat berkesempatan menitipkan apa-apa, asalkan sudi singgah tak cukup akak hargai.

Memang ummu, Allah selalu ingat kepada kita kan, cuma kita kadang2 terlalai.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmatNYA.

white rose berkata...

salam kak ani...

SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH...

bgitulah kehebatan KUASA ALLAH, tiada tandinganNYA...

Miecyber berkata...

Dasyat juga kejadian tu tetapi Allah itu lagi Maha Berkuasa..

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam White Rose,

Alhamdulillah dia dan anak-anaknya selamat.

Betulkan seperti firman Allah:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetpkan Allah bagi kami". (At Taubah ayat 51)

Kunang-Kunang berkata...

Yer Mie, segala-galanya dari DIA.