Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 9 Mac 2010

Terima Kasih Daun Keladi Yer Bang





PDA Samsung Hadiah Hari Lahir


Ni nak share kegembiraan saya dapat PDA Samsung dari Cik abang saya. Hadiah sempena hari lahirlah katanya. Hadiah ni diberi selepas 2 hari tarikh sebenar. Ingatkan dah tak dapat hadiah tahun ni selain dinner malam tu. Apa pun hadiah bukanlah segala-galanya. Kasih sayang dan timbang rasa serta cinta yang tidak berbelah bagi itulah hadiah yang paling saya harapkan setiap kali bertambahnya usia ini.

Cik Abang saya kata dia belikan saya PDA supaya senang saya nak berblog kat mana-mana saya berada selagi ada liputi Wi-Fi. He he, sporting jugak dia. Saya tak pasti sama ada dia pernah singgah blog saya.

Sekarang ni liputi Wi-Fi ada di mana-mana waima di masjid. Banyak masjid yang sempat saya singgah sekarang ada Wi-Fi. Yang Jelas masjid Negeri Shah Alam (tempat persinggahan saya yang paling kerap) memang ada.

Sekarang saya masih terkial-kial nak sesuaikan diri dengan PDA ni. Saya tak pernah guna h/phone Samsung sebelum ni, Jadi saya masih belum familiar dengannya. H/Phone saya yang dulu-dulu kebanyakannya jenis NOKIA. Cuma ada sekali saya guna h/phone motorola.


Phone NOKIA yang guna sekarang


Ini pulak H/phone yang saya gunakan sekarang. H/phone ni masih berfungsi dengan baik. Dah 3 tahun saya guna. Kalau ambik gambar cantik. Saya tak payah bawa kamera. Musik pun sedap didengar.

Jadi saya putuskan untuk tidak menghadiahkan h/phone saya ni kepada sesiapa sebagaimana nasib h/phone saya yang terdahulu. H/phone ni anak saya Dzulkarnain dan Salam yang belikan. Dia orang yang tahu hal-hal terkini tentang phone ni. Saya gunakan jer.

14 ulasan:

white rose berkata...

salam kak ani...

waaaaa...rasa nak nangis nih...sonoknya dapat hp...
adui, bila laa sy nk ade suami ni...hehehe...

xplore laa hp baru tu ye kak ani...kalo kak ani xnk, kasi kat sy je...lalalala

piewahid berkata...

slm. smoga trus berbahagia dunia akhirat.

hfon lama tu kasi kat saya dah la kak... hehehehehe...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak ani

tahniah atas rezeki

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam White rose,

Rezeki orang nak beri. Mintak taklah, orang beri ambik. He he.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam pi,

Terima kasih doakan agak. Begitulah hendaklah kita semua bahagia dunia akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu normah,

Yer betul syukur Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan Allah. Semoga kita semua hidup dibawah rahmatnya.

IKRAB family berkata...

:).bagus abg Osman support kak Ani layan blog hehehe.
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Tulah shima, dia kata dia kesian kak ani tinggal sorang-sorang kat rumah bila dia ada hal.

Dia kata buatlah sesuatu yang tidak menjadikan minda akak ni tertutup sebab dia kata dia tahu dunia akak dah terhad sekarang selepas berhenti kerja.

Jadi dia tak halang, nak gi nurseri orkid ker, nurseri bunga ker, atau window shopping dengan member ker yang boleh occupied masa akak.

INTAN RH berkata...

Waaa..kak ani, ni kena bg upah kat asben ni..heheh

Kunang-Kunang berkata...

Intan, akak nak beli sendiri sayang duit, lagi pun yang dah ada masih baik, tapi kalau rezeki dah datang tak tolak punya.

Shida berkata...

Selamat Ulang tahun Kak Hanim, semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Shida

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Shida

Miecyber @ Sudu berkata...

Tahniah Kak Nim....
Epi Besday.....