
Kelmarin (Rabu) terima panggilan telefon dari adik ipar saya. Dia beritahu anak saudara suami saya dah selamat bersalin anak keempatnya, baby perempuan, berat 3.1 kg.
"Alhamdulillah", spontan saya menjawab.
Dia sambung lagi "tapi babynya meninggal, katanya ada masalah jantung dan paru-paru"
"Innalillah hiwainnailaihirajiuun", sedihnya.
Baby tu lahir hanya untuk ditatap wajahnya oleh ummi dan abinya untuk beberapa jam sahaja. Mesti umminya merasa sedih dengan kembalinya si baby kepada Penciptanya. Tabahlah, itulah ujian Allah pada kita untuk menguji keimanan kita kepada DIA. Si anak akan menanti di pintu syorga.
Saya dengar khabar semasa dalam kandungan lagi kandungan kali ni bermasalah.
"Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu" (Surah At-Talaq:3)
Pada Sabtu lepas, anak saudara saya telah melangsungkan perkahwinannya di rumah adik saya di Ampang. Tahniah, semoga perkahwinan yang dibina kekal abadi.

sendiri upacara akad nikah


Putaran hidup, ada ketika duka, ada pula ketika suka.
14 ulasan:
suka dan duka dah jadi adat hidup.
suka dan duka juga mjadikan kita btambah matang & mnyedari btapa kerdilnya kita di sisi-Nya
Salam...
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun..
Segala-galanya atas kehendak Maha Pencipta
salam kak ani...
innalillah...
xpe, setiap musibah yg Allah bagi tu mesti ada hikmahnya...
tahniah kat anak saudara kak ani ek...
wah, padat jugak jadual kak ani cuti2 sek ni ye...
Salam endiem
Itulah yang sepatutnya menerima takdir Allah dgn tabah.
Dengan ujian yg diberikan Allah mudah2an menjadi kita lebih tabah.
Waalaikumussalam Abd Razak
Terima kasih.
Waalaikumussalam Whte Rose
Terima kasih bagi pihak anak saudara kak ani.
Cuti sekolah banyak jemputan kawin. Takut juga blood pressure go upstairs. He he
Salam my lovely sis..:)
Sebegitulah kita..suka dan duka silih berganti...
Semoga ketabahan sentiasa ada di sanubari..
Kak Nim,takziah...
Yerlah sis Tinie. Semuanya dtg DIA.
Terima kasih Mie
takziah untuk keluarga bby tu..
tahniah untuk orang baru..
Terima kasih si para-para bagi pihak kedua-dua keluarga ini.
Catat Ulasan