Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 6 Mac 2010

Rindu Terubat Di Alam Mimpi



Dalam tangisan sedih saya peluk erat tubuhnya yang amat saya rindui selama ini. Saya ingin melepaskan rindu saya ini. Saya begitu menderita dalam rindu yang tak ada penghujung ini.

"Mama kita tak kan jumpa lagi di dunia ini", katanya sambil memeluk saya erat.

"InsyaAllah kita akan berjumpa di dunia sana", sambungnya.

"Mama tau, mama rindu sangat dengan Is", balas saya.

Ketika itu saya berada di dalam sebuah perkampongan yang tenang dan cantik. Di sekelilingnya ada pokok menghijau. Bumi yang saya pijak juga menghijau rumputnya.

Saya memandang Iskandar yang baru lepas dari pelukan saya. Anak saya ni nampak sihat. Nampak dia tinggi dan berisi sikit badannya. Dia memakai baju lengan panjang biru kegemarannya. Rambutnya hitam dan lebat serta bersikat rapi. Sambil senyum dia minta izin untuk balik ke tempatnya. Saya angguk sebab saya tahu dia tidak boleh bersama saya lagi, dia ada dunia dia.

Akhirnya kami berpisah, dia menuju ke satu arah dan saya keluar dari kawasan berkenaan. Semasa saya nak keluar dari kawasan itu, ada seorang lelaki yang bukakan pintu pagar perkampungan itu. Sebaik saya keluar dari situ, lelaki tu menutup pintu pagar tu kembali.

Saat inilah saya terjaga. Fahamlah saya, saya temui Iskandar dalam mimpi. Tiba-tiba menangis, saya rasa gembira dan sedih. Gembira kerana terlepas rindu pada Iskandar yang dah hampir 3 tahun meninggalkan kami. Sedih kerana hakikatnya dia dah tak ada bersama kami. Allah melepaskan rindu saya kepadanya melalui mimpi.

Saya tertidur rupanya selepas menunaikan sholat zohor pada hari Jumaat semalam. Semalam selepas menunaikan sholat zohor, saya membaca al quran. Memandangkan suami saya belum balik dari sholat jumaat, saya baring-baring sambil membaca buku. Rupanya saya terlelap.

Semenjak Iskandar meninggal, saya jarang mimpikannya. Apa yang saya ingat, tahun lepas ada sekali saya mimpi berjumpa Iskandar. Mimpi itu berlaku ketika saya terlelap di satu pagi Jumaat. Selepas sholat suboh pagi tu seperti biasa saya akan sambung dengan mengaji alquran. Selepas mengaji saya rasa sangat mengantuk, saya baring dan terus terlelap. Masa tu pertama kali saya mimpikan Iskandar selepas dia tiada.

Saya bermimpi seolah-olah saya berada di satu tempat yang ramai orang. Di antara orangramai tu saya ternampak Iskandar sedang memandang saya sambil tersenyum. Lepas tu saya nampai dia nak beredar dari situ tapi saya memanggil nama dia bertalu-talu sambil melambai padanya dan saya beritahu dia "Is kejap Is, jangan pegi dulu, mama rindu dengan Is".

Dia datang pada saya. Saya peluk dia dan saya kata "Is mama rindu sangat kat Is". Dia jawab "Is pun rindu kat mama" samabil memeluk saya kembali. Saya tanya bagaimana keadaan dia di sana (di alam barzah, sebab dalam mimpi tu kononnya saya tahu dia dah meninggal). Dia senyum sambil jawab "mama jangan bimbang, tak ada apa", dia lepaskan pelukan saya dan kembali ke dalam kumpulan orang ramai sambil memandang saya dan senyum.

Adakan mimpi siang saya ini adalah gangguan syetan kerana mimpi itu terjadi disiang hari. Mimpi pertama di pagi Jumaat, mimpi semalam mungkin ketika orang sedang sholat Jumaat. Tapi ketika dua2 mimpi itu berlaku saya terlelap dalam keadaan masih berwudhuk dan selepas sholat dan mengaji.

Masih terbayang diingatan saya kali terakhir dia bersalam dengan saya selepas sholat maghrib dan ketika itu saya sedang membaca surah Al Mulk. Itulah salam terakhir dia dengan saya sebelum dia keluar dari rumah untuk satu urusan. Pemergiaan terakhir dia yang mana esoknya hanya jenazahnya saya bawa pulang untuk disemadikan.

Masih terdengar di telinga saya selepas bersalam dia beritahu saya "Ma Is Pegi", saya jawab "yerlah" dan terus menyambung mengaji. Dia pulak terus turun dari rumah dengan keretanya. Kereta kesayangannya yang sama-sama berakhir dengan dia.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkan dia ke dalam golongan orang-orang yang solihin dan shodigin. Amin.

21 ulasan:

tunbegia berkata...

siapalah tak sayang anak,

salamm,

Pn Kartini berkata...

Salam ...
menyelami hati seorang ibu membuat diri terasa hiba dan sayu...
Semoga kekuatan sentiasa mengiringi akak...
& Semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org yang beriman..Amin...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam TB. Sama2lah kita doakan semoga anak kita sayang pada kita sebagaimana kita sayang pada diakan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu normah. Terima atas doa pada arwah dan kerana menyelami perasaan hati akak.

white rose berkata...

salam kak ani...

alamak...sebak & sedih sangat baca warkah dari seorang ibu yg begitu rindukan anaknya...

bagaimana agaknya keadaan ibu saya seandainya saya pergi dlu dari dia...
huwaaa...sedey2 sangat...

Al- Fatihah buat arwah Is...semoga doa iringan dri seorang ibu membawa keberkatan & kerahmatan kpd arwah...

kak ani, semoga tabah menghadapi hari2 mendatang ye...

piewahid berkata...

semoga ruhnya ditempatkan di sisi org2 yg beriman...

IKRAB family berkata...

Kak Ani,jangan sedih2 ye.
Insya Allah doa akak mengiringi dan menemani dirinya di sana.
p.c.

Shida berkata...

Sedihnya....

Alfatihah untuk arwah Is.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose,

Terima kasih doa untuk Iskandar.

Itulah ujian Allah pada kak hanim. Kak ani juga sentiasa berusaha untuk menerima dengan redha ujian ini.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pie. Terima kasih doakan iskandar.

Kunang-Kunang berkata...

InsyaAllah shima. Terima kasih.

Tsetiap kali ingatan datang akak selalu cuba sedaya upaya untuk menghindarinya.

Apa yang shima ajarkan selalu akak amalkan. Baca Surah Al Rahman, Al Wqiah dan Al Hadid. Semoga Allah kuatkan hati kak ani ni.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih shidah atas doakan yang diberikan.

Miecyber @ Sudu berkata...

Kasih Ibu tiada bandingnyer...tetapi ada juga Ibu yang sanggup membunuh dan membuang anaknyer..

Al Fatihah untuk arwah Is..

fzi berkata...

Salam kak ani...
Sedih baca citer kak ani...
Sabar ya kak... dapat rasa apa yang kak ani rasa...
Al-fatihah buat arwah Iskandar..

Kunang-Kunang berkata...

salam mie.

Rasanya kes ibu buang anak tu kes terpencil. Kita tak tau penderitaan dan tekanan jiwa ibu tersebut.bukan setuju dgn apa yg dia orang buat tapi sebagai manusia mesti dia hidup tersiksa jiwa. Siksaan dunia. Terima kasih mie
.

Kunang-Kunang berkata...

salam Fzi,

Terima kasih doakan Iskandar.

Itulah Fzi lagi lama dia pergi bukan lagi lupa tapi lagi ingat. Tapi memandangkan bukanlah sesuatu yang baik jika kita asyik bersedih, akak cuba sedaya upaya menjadi tabah.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum kak ani

ameen, ameen, ameen untuk doa kak ani.

Mak Su berkata...

kak, boleh saya panggil kak?

salam kenal.

biarpun ramai org kata mimpi mainan syaitan, ada juga mimpi yang seriously benar. apa-apa pun, al fatihah untuk arwah Is.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam cikgu normah,

Terima kasih banyak2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mak Su,

Boleh saya panggil Su saja. Terima kasih sudi singgah dan terima kasih kerana mendoakan anak saya.

Yerlah mimpi sukar dijelaskan. Apapun ianya melegakan rindu saya pada dia. Alhamdulillah, Allah amat mengetahui kerinduan di hati ini.

aZuRa AhMaD berkata...

Sedih baca citer mimpi kak ani bertemu dgn arwah anak...wpun zura belum lagi ada anak...tapi hati zura tersentuh & sedih..menitis air mata..tentu berat dugaan ini bagi kak ani..Al-Fatihah buat Arwah