Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 29 Mac 2010

Relaks Jap Terapi Mata


Campuran bunga keledang, bunga melor dan ros kampong


Pagi tadi, embun masih tak kering lagi di daunan, matahari pun belum terik, saya dah keluar rumah untuk melawat kawasan. Kawasan rumah jer bukan kawasan pilihanraya.

Hasil dari lawatan tu, nampak pokok bunga keledang memutih bunga, harum semerbak, ambik sikit. Ros pun ada kembang, ambik sikit dan bunga melur pun tak nak kalah, kembang juga putih bersih. Ada yang bunga kelopak berlapis dan melur yang kelopaknya selapis saja. Saya satukan ketiga-tiga tu dalam dalam mangkok. Jadi bunga rampai dalam gambar di atas untuk harumkan rumah. Jimat.


Bunga Kertas Panjat Pokok Palm


Sebenarnya semenjak sakit lutut ni datang balik, saya jarang ambik tahu pasal pokok-pokok bunga di tepi pagar di luar rumah. Kiranya pandai pokok tulah nak hidup. Allahlah yang menyiramnya dengan jirusan air hujan, Alhamdulillah, air free dari Allah. Cuma bila rasa dah lama tak hujan dan kebetulan saya rajin, saya siramlah. Pokok2 ni semuanya ditanam atas tanah, tu yang berani buat macam tu, kalau dalam pasu, malas atau rajin kena siram. Kita yang membelanya kenalah jaga makan minumnya.

Pagi ni terkejut tengok pokok bunga kertas dah panjat pokok palm.

Jadinya, tadi perlahan-lahan berjalan, takut sakit lutut, maklumlah kaki nak pakai lama, saya ambil cutter, potong sikit-sikit mana yang dah berserabut sangat tu. Selain menyakitkan mata, bimbang-bimbang takut ada makhluk lain yang lepak di bawahnya, maklumlah dibawah rimbunan bunga kertas tu sejuk.


Ros Bandar



Ros kampung yang wangi


Jengok-jengok kat tepi paip di penjuru pagar rumah, nampak ada ros-ros kembang. Ros-ros bandar dan kampong ni rajin kembang. Ros kampung tu wangi dan tak berhenti berbunga.

17 ulasan:

piewahid berkata...

slm kak,
sata rasa kalau masukkan bunga2 tu dlm baldi (apa2 bekas) campur air dan buat bilas terakhir semasa mandipun best tu, mesti segar rase badan. haa... yg ini real punya 'mandi bunga' sbb segar dari laman.

Abd Razak berkata...

Salam kak...

Indah taman akak tu..:)

pak long berkata...

salam buat akak..
nanti nak try la buat trapi mata cam akak buat tu

ummzaid berkata...

saya suka dgn idea ltk bunga dlm mangkuk tu..

ada yg saya tgk dorg ltk kelopak2 bunga shj, tgh2 ltk lilin... cantik buat hiasan..

Kunang-Kunang berkata...

Salam pie,

Sebenarnya mandi bunga ni bagus kerana aura kewangian bunga tu dapat menyegarkan badan kita.

Sekali sekala ada jugak buat. Selawat dulu sebelum mandi.

Pernah hadir satu seminar Dr. H.M. Tuan dia kata, amalkanlah mandi bunga, tak payahlah tunggu bulan mengambang, duduk dekat simpan tiga baru nak mandi. Mandi saja aura bunga sangat bagus.

Bagus dalam soal apa tak taulah tapi mungkin kita merasa segar dengan kewangian bunga-bunga tu, dan penyeri wajah kot.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Razak,

Sebenarnya pokok bunga kertas dan palm tu berada di luar kawasan rumah iaitu ditepi pagar rumah, dan nampak batu-bata atas tanah tu adalah tempat orang berjalan kaki (tempat umum).

Tu yang kak ani jaga sangat jangan pokok-pokok bunga tu menghalang perjalanan orang-orang ni terutama budak sekolah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Pak Long,

Kak ani pernah tengok di Blog cikgu, pemandangan sawah padi cikgu yang amat cantik, itu sudah cukup penyejukkan mata dan menyegarkan fikiran.

Kami di bandar ni harapkan tanam bunga2an sikitlah untuk relaks fikiran dan mata.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ummuzaid,

Selalunya kalau ada bunga2 kembang daripada membiarkan dia membazir akak petiklah, tapi kadang2 tu sayang nak tengok kembang di pokok.

atie berkata...

Salam Kak..

Rajinnya akak berkebun.....salam ukhuwah

pB berkata...

akakkkkkk


sayer kerja kat area Seksyen 18 tu jer ....


akak dok mana???

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam atie,

Terima kasih sudi singgah.

Hobi akan suka berkebun, tanam bunga, orkid pun ada jugak. Ini semua untuk memenuhi masa, tu pun kalau rasa badan sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Salam PB,

Keciknya duniakan. Akak tinggal di seksyen 19 berdekatan dengan Masjid Al Ubudiah tu.

Seksyen 18 tu tempat feveret kitalah pegi Giant atau oleh-oleh.

white rose berkata...

salam kak ani,

rajinnye melayan bunga ye...

wah, saya memang suke ros kampung...
bau wanginya lain dari lain...

setiap pagi saya akan pegi ke kelas PRASEKOLAH tuk mencium bunga2 ros yang ada dalam taman kelas tuh...

pastu dah puas, bru saya masuk kelas...

laa ni dh jrg buat sebab tak sempat...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose,
Ros kampong ni memang wangi cuma sayangnya tak tahan lama.

IKRAB family berkata...

kak,teringin nak nengok gambar pokok rokid akak.kak MAHA bulan november nanti katanya nak buat lagi yer?
p.c.

Kunang-Kunang berkata...

Salam shima,

Nak tengok gambar pokok orkid kak ani pegilah ke orchidrohani.blogspot.com.

Akak dah lama tak beli pokok baru. Masa dah makin nipis, bela mana yang dah ada sajer. Tak larat nak ke MAHA.

DrSinga berkata...

orang panggil ros kampung ya ???
boleh buat pot pourri..
:)
salam..