Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 2 Mac 2010

Perjalanan Ke Utara

Singgah Di Pulau Pinang Beli Buah Jeruk

Pada hari Jumaat lepas 26 Februari sempena hari Maulidul Rasul dan sempena juga hari lahir saya, kami bergerak ke Utara untuk ke Alor Star menghadiri jemputan walimatulurus seorang saudara dekat.

Dah tiba di Taiping, ada buat usul memandangkan waktu masih awal kita singgah di Pulau Pinang sebab cucu-cucu nak naik feri. Semenjak mereka dah besar ni tak pernah naik feri. Masa kecik-kecik dulu mereka tak ingat. Jadi kami pun terus ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang yang amatlah panjang itu.


Jabatan Pulau Pinang



Pemandangan cantik dari jambatan PP


Inilah pertama kali datang ke Pulau Pinang selepas PKR (DAP) ambik alih pemerintahan. Ketika kami di sana cuaca sangat panas dan kering.




Lambang Pulau Pinang - Komtar


Memandangkan kami ke sana hanya cucu-cucu nak rasa naik feri, jadi kami cuma singgah di Pasar Chowrasta yang terletak berhampiran dengan Komtar. Saya kalau ke Pulau Pinang memang tak sah kalau saya tak ke sini untuk beli buah-buah jeruk.

Semasa saya masih bekerja dulu, kalau datang ke Pulau Pinang untuk seminar atau berkursus, saya akan cuba sedaya upaya ke sini dengan mengambil teksi dan meminta teksi tu tunggu sehingga saya selesai beli jeruk.




Pelbagai jenis buah jeruk salak, betik,
buah pala, kedondong dll.


Sebagaimana dah berjanji kami balik menggunakan Feri. Seronoknya sikecik berdua tu bukan main.



Tiba Di Alor Star



Berbalik kepada nawaitul asal kami ke utara kami terus menuju Alor Star.




Peralatan Menumbuk Padi Di Pamerkan
Di Lobi Hotel


Di Alor Star Kami tinggal di Holiday Villa. Malam tu kami makan malam di kawasan berhampiran stadium di Alor Star.


Air 3 layer. Tak pernah tengok di Shah Alam


Esoknya kami ke rumah pengantin tidak jauh dari Pusat Bandar. Ketika tiba pasangan pengantin baru saja tiba dari rumah pengantin perempuan.




Pengantin dipersembahkan dengan silat dari pendekar-pendekar kecil


Pada malamnya kami dijemput oleh seorang sahabat untuk makan malam di rumahnya.


Bersebelahan pokok inilah kami menjamu selera.
Kebetulan bulan hampir purnama (13 Rabilulawal)


Lokasi rumah sahabat saya ini terletak berhampiran sawah padi. Sayangnya kami ke sana di waktu malam, kalau siang mesti cantik pemandangannya. Malam tu kami menjamu selera ditepi sawah. Banyaknya sahabat saya hidangkan untuk kami. Paling istimewa laksa kuah asam dan kuah lemak disamping nasi goreng, mehun goreng, buah mangga siam yang sangat manis dan lain-lain. Terima kasih banyak-banyak.




Laksa, kuahnya tak nampak, ulam-ulamnya
di dalam bekas sebelah tu





Sesi Fotografi di Lobi Hotel


Pada hari Ahad, selepas sarapan di Hotel berkenaan, kami ke Padang Besar. Jaraknya lebih kurang 80 km dari Alor Star. Niat di hati nak beli orkid sebab kawan-kawan orkid kata di Padang Besar orkid murah.

Tapi tiba disana, tak sanggup nak tunaikan niat, cuacanya teramat panas. Dahlah tersesat sehingga masuk ke kawasan imigresen untuk ke Siam, nasib baik orang imigresen tu faham dilepasnya kami keluar balik.

Sebelum balik saya sempatlah beli 4 biji beg yang diperbuat dari helai-helai plastik untuk menantu perempuan saya dan juga anak-anak. Saya juga beli sedikit kerepek. Kerepek di sini lain rasanya dari kerepek di tempat kita di Shah Alam.


Beg dari plastik keras



Kami disana lebih kurang satu jam lebih, lepas tu terus bergerak pulang ke Shah Alam.

16 ulasan:

pB berkata...

duluuuuu ....


chowrasta tu tempat tuju kalau nak mencari buku sekendhand.

dan juga baju blous n pants.

piewahid berkata...

tengok gambar jeruk tu terus nk meleleh air liur kak, mklumlah dulu² kaki jeruk...

Kunang-Kunang berkata...

Salam PB, dulu-dulu kalau masa pegi ke sana dalam keadaan relaks, suka juga jalan-jalan tengok barang-barang lain yang dijual tapi kali ni, abang tunggu dalam kereta, akak tuju terus kedai jeruk.

Kunang-Kunang berkata...

Salam pie, Hasben akak pun hantu jeruk, tapi memandangkan goutnya agak teruk, kawal2lah jugak makan, sebab benda berjeruk ni taklah elok sangatkan.

Tapi jeruk di sini kalau kita makan tak adalah rasa nak terbatuk. Jeruk-jeruk ni adal berbagai harga, yang paling mahal tu selalunya paling sedap.

tunbegia berkata...

tak naik bukit bendera?

salamm,

INTAN RH berkata...

Salam kak, beh nya gi Penang. Sy last gi Penang tahun 95..hehe..bygkan la brapa lama tak gi..

:D

white rose berkata...

salam kak ani...

wah, jauh perjalanan tuh...rajin ek opah bawak cucu2 berjalan2...

sy suka jeruk betik...sedap je...
kalo ke penang mesti beli...

xnaik menara alor star ke???

endiem berkata...

sambil pergi kenduri kawin, sambil melancong..bagus juga gitu.. tentu penat .

Miecyber @ Sudu berkata...

Lama dah cek tak pi Penang...

Kunang-Kunang berkata...

TB,

Kali ni tak sebab bukan perancangan nak bercuti di P Pinang. Lagi pun kami dah beberapa kali naik bukit benera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam intan,

Semenjak tahun 1995 banyaklah berbezaannya tu. Tapi pada kak hanim berapa kali pun ke Pulau Pinang, masih pening dengan jalan-jalannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam white rose,

Bukan akak yang jaga cucu2 tu tapi mak ayah dia orang sendiri. Kami ke sana dengn 2 kereta, kereta kak ani dan kereta menantu.

Kalau ke mana-mana tak bawak mereka ni rasa tak seronok.

Kunang-Kunang berkata...

endiem, memang penat, hasben kak ani dah dapatgout sebab memandu jauh dan dalam masa 3 hari saja.

Kata orang kill 2 birds wiht one stonelah sebab selain kenduri kawin dapat jumpa sahabat akak tu.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Pegilah melancong. Tapi sekarang panas sangat tak enjoy.

qaseh um masyitah berkata...

Salam kak Ani,
kerepek kat alor Star tu memang rsanya lain sikit.bestnya, makan tepi sawah.erm sekarang musim kering kan kak? rindunya ..dah lama tak balik sana

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Um Masyitah

Nampaknya memang panas sangat di sana sekarang. Sawah2 baru saja habis menunai.

Nampak ramai pesawah membakar jerami? di sawah untuk menanam semua padi. Kata sahabat saya tak lama lagi pesawah akan mengairkan sawah untuk mula menanam padi.